5 sebab belajar Advance Blogging dengan Cikgu Ieta

Bismillahirahmanirrahim.. Setelah sekian lama blog ni sunyi, Fai mulakan entri dengan 5 sebab Fai pilih untuk Belajar Advance Blogging dengan Cikgu Ieta.

Setelah terbaca sharing Cikgu Ieta di Channel Telegram beliau, ianya bagai pucuk dicita ulam mendatang. Fai ambil keputusan untuk belajar Advance Blogging secara online dengan beliau kerana ia lebih mudah dan flexible. Fai hanya perlu belajar dari rumah sahaja. Bila ada soalan, Fai akan pt sahaja Cikgu Ieta di Telegram, dan beliau akan jawab setiap soalan dengan terperinci.
 
Fai berharap sangat dapat menguasai Teknik Advance Blogging daripada Cikgu Ieta walaupun cuma belajar secara online. Kerana sebelum ni Fai memang tiada guru khas untuk belajar tentang blogging.

Impian Fai sebagai blogger, kalau boleh teringin juga nak jadi seperti blogger-blogger terkenal di Malaysia. Perasan retis sekejap, hihi.. Impian utama Fai berblogging sebenarnya nak merasa pasif income daripada blog, kerana blog adalah satu medium pemasaran jangka panjang


Inilah dia Cikgu Ieta


5 sebab kenapa Fai pilih untuk Belajar Advance Blogging dengan Cikgu Ieta
  1. Pengalaman beliau yang sudah lama dalam dunia blogging. Cikgu Ieta mula berblogging pada 2/6/2009.. Hampir 9 tahun beliau berpengalaman dalam dunia blogging.
  2. Nak jadi macam beliau yang sudah pun merasa income 5 angka hanya melalui blog.
  3. Sejak mula berblog pada 2011 sehingga sekarang, Fai memang tiada guru khas untuk belajar mengenai blog. Fai pilih Cikgu Ieta kerana masa yang flexible,boleh belajar secara Online.
  4. Fai nak hidupkan semula zaman kegemilangan sewaktu rajin berblog dahulu. Kerana majoriti customer Shaklee Fai datangnya daripada blog.
  5. Harga personal coaching yang sangat berpatutan jika nak dibandingkan dengan ilmu yang bakal beliau ajarkanFai nanti. Bagi Fai, ia merupakan satu perlaburan yang sangat-sangat berbaloi.

Baru kelas intro dengan Cikgu Ieta, tapi banyakkk yang Fai dah belajar. Tak sabar nak belajar teknik seterusnya. Semoga dipermudahkan.. Aamiiiiiin


Antara medium pemasaran Fai yang lain, adalah melalui instagram.
Fai mula berjinak-jinak dengan instagram pada Mei 2017. Masih banyak lagi yang perlu belajar. Jom singgah instagram FaiNardir

You Might Also Like

0 comments