Biskut raya paling senanggg, Cornflakes Madu..

2:15 PM 1 Comments A+ a-

Dua minggu lepas saje melayan si Adam nak buat kuih raya. Google lah resepi cornflakes madu, budak-budak memang confirm suka lah kalau conrflakes madu ni. Lagipun sebab ni je yang paling senang yang Adam boleh tolong. Hihi..


Bahan-bahan:

Sekotak cornflakes 200/250g
Madu 60g
Butter 125g
Gula Castor 30g


Fai guna butter twin cows ni je, murahhh.. RM3.77 kat Mydin






Panaskan kuali.. Madu, butter dan gula castor dicampurkan semua sekali. Masak sampai berbuih macam dalam gambar. Lepas tu masukkan cornflakes yang dah dihancurkan. Semua dah sekata, padamkan api..


Masukkan cornflakes dalam paper cup. Nak cantik sebenarnya guna paper cup hitam. Fai guna apa yang ade je kat rumah. Jimattt.. Hihi.. Tapi make sure cornflakes tu sejukkk sikit, kang melecur pula tangan anak korang..









Dah siap masukkan dalam paper cup, boleh la letak hiasan ceri. Tapi Fai tak letak pun.. Hehe.. Lepas tu bakar pada suhu 150 darjah dalam 7-10 minit. Dah siappp...

Hari tu buat dua kotak, dah habisss dah pun cornflakes madu tu.. Bukan Adam je makan, ibunya pun makan sekali. Leka makan sambil tengok tv.. Tengok-tengok je dah habis. Hihi...






Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk Shaklee boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)