Rahmat dan Kasih Sayang Allah terhadap kita sebenarnya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya... Allahu...

5:49 PM 0 Comments A+ a-

Rahmat dan Kasih Sayang Allah terhadap kita sebenarnya melebihi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya... Allahu...  
 




Tak Solat Subuh bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas diatas muka bumi Allah.
 
Tak Solat Zohor balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.

Tak Solat Asar masih boleh pergi gym angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
 
Tak Solat Maghrib nak bini Allah bagi, nak anak Allah bagi, nak rumah Allah bagi, nak kenderaan Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.

Tak Solat Isyak Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat walafiat, tak sakit.


 
Beruntung kita ni walaupun tak solat, Allah tak azabkan kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Taala bagi CASH jadi muka khinzir.


Tapi kita ni menumpang Rahmat Nabi Muhammad SAW la Allah tangguhkan dulu azabNya.
Allah beritahu dalam Al-Quran, balasan di Akhirat sangatlah dasyat bagi orang yang meninggalkan solat.

Fikirkan sejenak petikan diatas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yg Allah bagi..




Dah la solat tak cukup waktu, nak berselawat pun susah.. Allahu... Semoga kita dijauhkan daripada golongan tersebut...







NOTE: Coretan ini perkongsian dari sahabat facebook Fai. Terlupa nama facebook beliau, maaf Fai tak dapat nak kreditkan semula. 







Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi:
Fai Nardir
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)