Resepi Kek Buah Kukus sedap.. Cubalah, inshaaAllah jadi...

9:02 AM 0 Comments A+ a-

Bila buat kek buah ni, biasanya orang takut buah mendak. Ataupun keknya tak lembap.Kalau sebelum ni dah pernah buat kek buah ni, tapi tak jadi. Ikut je resepi ni, inshaaAllah jadi..

Ni resepi "legend" arwah mak mertua Fai. Cuma ada perubahan sedikit sahaja.. Fai buat Kek Buah ni sampai 3 kali percubaan, baru betul-betul jadi. Sebabnya belajar dengan husband. Dulu masa arwah ada, Fai tak tahu pun arwah mama terror buat kek buah kukus ni.
Itupun husband yang bagitahu mama terror buat kek buah kukus ni.  Allahu...  


Hari ini Fai nak kongsikan resepi "legend" tersebut. Semoga pahalanya sampai ke arwah mama Rahmah binti Anuar. Amiiinn..


Husband bagitahu ni tulisan arwah abah, sebab mama dulu tak sekolah. Jadinya abah lah yang jadi tukang "rekod".. Hihihi...



Resepi ini Fai kongsikan untuk semua. Bismillahirahmanirrahim...
 





Resepi Kek Buah Kukus

Bahan-bahan:

Bahan A
250g SCS unsalted butter
100g gula castor
3 biji telur gred B

Bahan B (diayak)
150g tepung gandum Baker's Choice
1 sudu kecil soda Bikarbonat
2 sudu kecil Cream of Tartar

Bahan C (digaul sahaja)
150g tepung gandum Baker's Choice
Mix fruit 250g

Bahan D
200g gula pasir untuk dibuat gula hangus



Butter tu kena betul-betul cair pada suhu bilik. Kalau nak buat pagi, malam sebelum tidur dah keluarkan butter dari freezer. Macam dalam gambar, butter tu sampai keluar minyak.


Pukul butter dengan gula castor sampai sebati, anggaran dalam 20 minit.

Masukkan telur sebiji-sebiji. Dah masukkan 3 biji telur, pukul lagi dalam 10-15 minit. Sampai kembang..
 


Ayak bahan B, masukkan sikit-sikit dalam mixture.

Bila semua tepung dah sebati, pukul dalam 5-10 minit je lagi. Jangan pukul lama sangat lepas tepung dah sebati, nanti keknya tak naik.



250g mix fruit + 150g tepung gandum Baker's Choice


Gaul sebati mix fruit dengan tepung gandum 


Gaulkan bahan A tadi dengan tepung yang dah campur mix fruit. Gaul sebati. Biarkan tepi.

  
Masak gula hangus pula. Tuang gula atas kuali dengan api kecil. Fai guna kuali non-stick. Senang sikit sebab gulanya tak melekat. Gaul guna sudu kayu tau. 


Tak boleh lama sangat, kang nanti terpahit pula kek nya. Agak-agak semua gula dah cair macam dalam gambar ni, terus matikan api. 



Tuang gula hangus dalam campuran tadi. Hati-hati sebab gula tu panasss. Masa ni kena gaul kuat tau. Memang tough sikit, boleh keluar muscle. Hihi. Kalau tak sebati, tak jadi nanti kek buahnya.

Masa dah tuang gula tak sempat nak amik gambar, sebab kena cepat.

Sebelum tuang ke dalam loyang, alas dulu loyang dengan kertas minyak. Tuang separuh je, macam dalam gambar. Kalau lebih separuh nanti keknya akan mendak. Naik tak rata. Nanti tak cantik..

 
Lepas tu bungkus loyang dengan aluminium foil.

Pastikan air kukus dah mendidih baru masukkan loyang dalam pengukus. Kukus dengan api sederhana dalam 4.5 - 5 jam.. Lagi lama lagi sedappp keknya tau. Lagiii tahan lamaaa...

Dah masak, biarkan kek sejuk dalam pengukus. Jangan terus angkat, ni pun boleh buat kek mendak. Fai biasa anggaran dalam setengah jam baru keluarkan dari pengukus.






Ni rupa kek yang dah siap. Buahnya sekata je, tak mendak pun.... Keknya pun kenyal dan basah. InshaaAllah sedap..

.
Selamat mencuba 😊

.

Kalau rasa "malas" nak buat, boleh order dengan Fai.. Hihi...

+-1kg RM40.. 
Delivery ke kawasan Johor Bahru, Skudai, Perling, Pasir Gudang..

Yang luar kawasan JB pun boleh order..
Abang courier tolong hantarkan ke rumah anda.. Hihi..
 
Yang di Singapura, Fai boleh COD ke CIQ JB.. Kita jumpa kat situ ye..

.

Cas Delivery RM3 sekitar JB..
Cas Postage RM8 untuk 1-2 biji kek buah..





Boleh hubungi Fai,
019-7428120

 

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)