Awas sekiranya anda mempunyai tanda-tanda penyakit Vertigo, kerana ianya boleh menyebabkan PEKAK

8:00 AM 0 Comments A+ a-

Dua minggu lepas, seorang customer lama Fai bertanya tentang VIVIX.. Katanya dia risau, takut dirinya menghadapi penyakit VERTIGO. Hasil pencariannya di Google, hampir kesemua tanda Vertigo terdapat pada dirinya. Vertigo? Apa itu Vertigo? Mungkin masih ramai lagi yang tidak tahu tentang penyakit Vertigo ini. Jom baca selanjutnya..


Apakah Penyebab Vertigo Ini Sebenarnya?


Sebenarnya penyakit ini terjadi kerana terdapat gangguan kepada sistem keseimbangan badan kita. Umumnya, keseimbangan tubuh manusia dikendalikan oleh otak. Apabila otak menerima maklumat, ia akan memproses maklumat tersebut dan menghantar mesej kepada anggota tubuh untuk digerakkan. 

Sistem keseimbangan badan manusia ini bertumpu di sekitar mata dan di kedua-dua bahagian telinga.

Gangguan atau penyakit vertigo ini akan menyerang apabila terdapatnya gangguan pada bahagian dalam telinga dan juga penglihatan seseorang. Gangguan dalam telinga ini dipercayai berlaku disebabkan oleh cecair yang terkumpul dan perubahan tekanan dalam telinga. Ia boleh menyebabkan kita menjadi pekak dan tak boleh berdiri dengan betul kerana kehilangan keseimbangan.



Jenis-Jenis Penyakit Vertigo

  • Vertigo ocularis; rasa berpusing-pusing akibat gangguan saraf di sekitar organ mata.
  • Vertigo nocturna; pesakit berasa seolah-olah akan terjatuh semasa hendak tidur.
  • Vertigo laryngea; tubuh rasa berpusing-pusing akibat daripada serangan batuk.
  • Vertigo epileptica; keadaan berpusing setelah mengalami serangan sawan.
  • Vertigo positional; serangan vertigo mendadak yang menyerang kurang dari satu minit. Pencetusnya seperti perubahan posisi kepala ketika seseorang itu  berpaling ke belakang atau ketika berbaring, bangun dan berguling di tempat tidur.
 
 




Tanda-Tanda Anda Mungkin Diserang Oleh Vertigo

  • Seseorang yang mengalami vertigo akan berasa dirinya atau persekitaran seperti berpusing-pusing.
  • Gerakan mata yang tidak normal. Ini  merupakan petunjuk bahawa fungsi bahagian dalam telinga terganggu melibatkan saraf yang menghubungkan otak.
  • Tubuh rasa berdebar-debar
  • Telinga terasa berdengung
  • Pandangan kabur
  • Rasa mual tekak dan hendak muntah
  • Berpeluh-peluh walaupun dalam keadaan rehat
  • Nadi berdenyut dengan cepat
  • Tidak dapat berjalan dengan lurus atau mengimbangkan badan
  • Telinga tidak dapat menangkap butiran percakapan seolah-olah hilang pendengaran.

 

Faktor Pencetus Vertigo


Secara umum serangan vertigo adalah disebabkan oleh gangguan sistem peredaran darah dan keadaan tubuh yang tak mampu menjaga keseimbangan.


Hakikatnya, perkara ini mungkin berlaku disebabkan oleh pengaruh berikut iaitu;

  • Pola makan yang tidak sihat (tinggi kolesterol, gula, dan lemak) serta tabiat buruk merokok.
  • Migrain akibat perubahan tekanan darah (hipertensi) akibat kurang tidur dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
  • Gangguan fungsi otak akibat kurangnya aliran darah menuju otak. Ini menyebabkan oksigen yang tak cukup untuk diangkut ke seluruh tubuh. Akhirnya sistem pembuluh darah dan saraf terganggu.
  • Terjadinya radang dan jangkitan telinga oleh bakteria sehingga menyebabkan gangguan kepekatan cairan pada organ telinga. Lalu akibatnya tubuh tidak dapat keseimbangan.
  • Gangguan saraf di sekitar mata. Ini menyebabkan sistem keseimbangan tubuh terganggu.
  • Mungkin terjadi akibat mabuk darat atau mabuk laut. Pergerakan persekitaran yang mengganggu keseimbangan tubuh.
  • Gangguan neurologis yang disebabkan oleh sklerosis, tumor otak atau tumor yang menyerang saraf. Perlu segera berjumpa doktor untuk memastikannya.


Tips Mencegah Penyakit Vertigo Daripada Berulang!

Mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Penyakit vertigo ini boleh dicegah dari awal. Sekiranya terasa ada tanda-tanda untuk diserang vertigo, amalkan tips-tips ini untuk mencegahnya dari menjadi lebih kronik.

Jika anda inginkan supplement yang boleh membantu masalah penyakit Vertigo ini, jawapannya ialah Vivix Shaklee.



Vivix Shaklee adalah tonik yang dirumuskan secara teliti membantu memulihkan kesihatan tubuh hingga ke peringkat sel. Kajian makmal telah menunjukkan ramuan utama dalam Vivix melindungi dan membaikpulih sel-sel DNA.
  • Dalam satu ujian klinikal yang dijalankan oleh saintis Shaklee, ramuan utama dalam Vivix juga telah melindungi tubuh dari tindakbalas keradangan yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat yang menyebabkan tubuh menjadi semakin tua dari usia sebenar.
  • Di samping itu, melalui ujian klinikal juga telah menunjukkan tindakbalas Vivix yang melambatkan pembentukan protein AGE yang merosakkan sel-sel badan.
  • Vivix membantu mempertingkat fungsi otak. Ambillah supplemen yang semulajadi selamat dan berkesan untuk mengatasinya
  • Jika pesakit mempunyai gejala hipertensi, maka kurangkan pengambilan garam dan amalkan diet yang sihat. Vivix juga terbukti dalam membantu pesakit darah tinggi kembali stabil. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran demi menghalang pertumbuhan radikal bebas dalam tubuh anda.
  • Aktiviti bersenam seperti aerobik, jogging atau berjalan selama 30 minit perlu diatur sekurangnya 4-5 hari dalam seminggu. Aktiviti ini bukan sahaja menghindari vertigo malah menyihatkan jantung dan paru-paru sekaligus melancarkan peredaran darah dalam tubuh.
  • Faktor stress juga merupakan salah satu pencetus penyakit ini. Jangan tak tahu stress ini juga adalah salah-satu punca yang membawa kepada kanser. Ini disebabkan oleh peningkatan hormon kortisol dalam darah sehingga dapat menyumbat dan mengganggu peredaran darah. Jika anda rasa stress boleh baca cara atasi stress. Pengambilan vivix yang membaiki dan melindungi sel akan mencegah tubuh kita dari diserang radikal bebas penyebab kanser.
  • Pastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi. Hindari gangguan tidur. Tidur yang berkualiti adalah seawal jam 10 malam.


Jangan memandang remeh sekiranya diserang sakit kepala atau rasa dunia ini berpusing-pusing.

Serangan vertigo yang terjadi kerana aliran darah yang terganggu kerana pembengkakan arteri sebenarnya adalah satu gejala atau simptom awal untuk terjadinya risiko diserang penyakit stroke.

Ini kerana berkemungkinan besar pembuluh darah membengkak dan berkemungkinan pecah kerana tekanan darah yang tinggi.

Credit HERE


"sejak dia makan Vivix, Vertigo dia dah ok. Takde dah rasa pening melayang tu. Tak sampai sebotol die makan, dah tak rasa dah. So dia cakap nak continue je makan Vivix since risau bila tengok kawan dia merana KENCING MANIS akibat dulu suka sangat minum air gas dalam tin kat tempat kerja. Dah la suami pun suka juga dulu. Alhamdulillah.. Hepi saya dengar dia dah mula nak ambil supplement.. Dah la En Husband saya ni susah makan supplement pil pil, VIVIX je dia OK! :)










Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi: 

Fai Nardir 
Hp: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com


Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)