10 hari PERTAMA bulan Zulhijjah adalah sebaik-baik hari di dunia kerana padanya ditetapkan rukun haji dan juga korban.

7:21 AM 0 Comments A+ a-

Info ni Fai ambil daripada facebook Ustaz Ahmad Taufiq. Fai memang follow facebook beliau. Banyakkk info terutamanya tentang agama yang Fai sebelum ni tak tahu.. Fai belajar daripada apa yang beliau share kan di fecebook. Salah satunya inilah, 10 hari PERTAMA bulan Zulhijjah, adalah sebaik-baik hari di dunia kerana padanya ditetapkan rukun haji dan juga korban.

.

Kalau malam yang paling baik itu malam Lailatul Qadar...

Maka siang yang paling baik itu adalah siangnya 10 hari Zulhijjah.

Ia adalah sebaik-baik hari di dunia ini kerana padanya ditetapkan rukun haji dan juga korban.

.

Banyakkan:

- Puasa sepanjang 9 hari ni. Puasa hari ke-9 paling utama.

- Zikir. Takbir, tahmid, tasbih dan istighfar.

- Baca Quran dan bersedekah.

- Dirikan solat-solat sunat siang dan malam.


Banyakkan. Maksudnya lebih banyak amalan harian dari 350 hari yang lain.


Hari ni dah pun 5 Zulhijjah.. Masih berbaki 5 hari lagi untuk kita sama-sama rebuttt peluang keemasan ini...


# Salam Zulhijjah.




 




Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)