Masalah kentut vagina.. Para wanita jangan ambil mudah perkara ini...

5:16 PM 0 Comments A+ a-

Kentut Vagina? Bagi yang belum pernah mengalaminya, mungkin anda akan memikirkan bahawa perkara ini adalah suatu yang remeh sahaja. Tetapi, bagi wanita (biasanya yang sudah berkahwin dan melahirkan anak), masalah ini pastinya pernah menimpa anda. Hanya ketika ianya berlaku, barulah anda risau dan cuba mencari Cara Mengatasi Masalah Kentut Vagina ini.

 


Lebih-lebih lagi ketika solat, nak sujud, nak bangun dari sujud, dan hampir setiap pergerakan dalam solat menyebabkan angin tersebut keluar. Keadaan ini amat mengganggu ibadah solat setiap waktu dan setiap hari.



Mari kita ketahui apakah punca dan bolehkah masalah ini dirawat? Apa pula bezanya dengan kentut?

Jawapan :

Kentut Vagina atau kentut faraj (Vaginal Flatulence) ini merupakan satu keadaan di mana alat kemaluan wanita atau faraj mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut.

Kentut vagina ini selalunya berlaku akibat udara yang terperangkap di dalam faraj. Angin atau udara dalam faraj adalah udara dari sekeliling yang masuk ke dalam faraj. Keadaan ini biasanya berlaku semasa atau sejurus selepas melakukan hubungan kelamin atau seks. Ia juga lazimnya menjadi masalah kepada wanita yang sudah menopaus.

Kentut vagina juga boleh disebabkan otot-otot yang lemah di sekitar vagina yang mampu menyebabkan mudahnya pengaliran keluar masuk udara ketika melakukan apa-apa aktiviti. Kentut vagina tidak berbau seperti kentut dubur. Tetapi, jika kentut vagina itu berbau, kemungkinan besar berlakunya jangkitan mikroorganisma yang menyebabkan ianya berbau. Jika ini berlaku, sila rujuk dengan doktor anda segera.

Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.

Manakala “kentut” pula adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur.



Hukum dan Implikasi Kentut Vagina

Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang 
berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya

Hadis diriwayatkan Muslim dan Bukhari.




Bagaimana mengatasi Masalah Kentut Vagina?

1 Mengamalkan senaman Kegel.

 


2. Sentiasa memastikan alat sulit bersih. 
Cuci dan bersihkan alat sulit dengan baik dan pastikan ianya tidak selalu lembab. Amalkan juga pemakaian pantyliner. Menjaga kebersihan alat sulit akan dapat membantu mengelakkan jangkitan mikroorganisma.


3. Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar dan masih mampu membenarkan udara keluar masuk.


4. Gunakan pencuci alat sulit wanita yang sesuai.

Disarankan untuk menggunakan air rebusan daun sireh kerana khasiat sireh yang turun temurun terbukti mengatasi masalah kentut vagina.


5. Tempoh 100 hari selepas bersalin adalah tempoh yang sebaiknya suami isteri melakukan hubungan intim selepas habis berpantang. Suami dan isteri perlu sepakat. Tempoh ini akan membantu mengatasi masalah faraj longgar.


6. Elakkan makanan yang bersifat sejuk dan menjalar

Faktor pemakanan yang makan ikut selera juga adalah satu punca utama masalah faraj longgar dan kentut faraj. Ibu berpantang memerlukan makanan yang seimbang, termasuk sayur-sayuran. Akan tetapi perlu diingat, jangan diambil sayuran bersifat sejuk dan menjalar seperti kacang panjang, bayam, timun batang dan sebagainya. Sayuran sejuk dan menjalar boleh menyebabkan faraj berair dan rasa becak yang tidak selesa. Amalkan sayuran seperti sawi, lobak merah dan brokoli yang lebih bersifat sederhana.


7. Ambil vitamin atau suplemen untuk mengetatkan Faraj

 

Alfalfa merupakan raja tumbuhan dan bertindak sebagai kacip fatimah (perapat). Ia adalah sejenis herba yang dapat membantu mengetatkan faraj, menghilangkan masalah keputihan, bertindak sebagai anti-bau pada alat sulit dan membantu menghangatkan hubungan suami isteri. 


Untuk ibu yang sedang berpantang, Fai amat galakkan anda mengambil Alfalfa Shaklee ni kerana ia mampu untuk merawat dan memulihkan dalaman  terutamanya masalah kentut faraj ini. Berdasarkan pengalaman Fai sendiri dalam membantu customer yang mempunyai masalah kentut faraj selepas bersalin, inshaaAllah dengan pengambilan dos Alfalfa yang betul dan pengambilan Alfalfa secara KONSISTEN, tidak sampai sebulan masalah kentut faraj anda dapat diatasi... Dengan izinNya juga... inshaaAllah... 


Pastikan anda mendapat konsultasi yang betul daripada pengedar untuk kesan yang cepat...




 










FAI NARDIR
KEY COORDINATOR JUN'16 (8pt)
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com





Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)