Bilakah Masa Sesuai untuk Mula Kumpul Susu Perahan?

10:15 PM 0 Comments A+ a-

Bilakah masa sesuai untuk mula kumpul susu perahan? Nota ini sebagai refresher untuk Fai juga.. InshaaAllah baby yang kedua ni Fai akan fully breastfeed sama macam Adam. Kali ni Fai berazam nak kumpul stock susu banyak-banyak. Masa Adam dulu kurang ilmu tentang breastfeed.. Pula tu bila dah resign, Fai terus tak pam sebab Adam direct feed. Rupanya tak boleh macam tu, walaupun baby direct feed tapi tetap kena pam. 



Bilakah Masa Sesuai untuk Mula Kumpul Susu Perahan?

Anda boleh memulakan menyimpan susu perahan selewatnya dua minggu sebelum anda mula masuk bekerja (bagi ibu bekerjaya) atau boleh mulakan sesi perahan dan penyimpan seawal 2 minggu pertama dalam tempoh berpantang.

Atau boleh juga mulakan sesi perahan untuk menyimpan stok susu perahan seawal hari yang mana anda telah dapat menghasilkan susu biasa (bukan kolostrum).

Susu perahan ini boleh dijadikan stok dan diberikan kepada bayi menggunakan botol susu tetapi sebaiknya jangan perkenalkan botol susu terlalu awal pada bayi anda terutama semasa dalam tempoh berpantang.

Boleh mula mengajar bayi untuk menyusu menggunakan botol susu dua minggu awal sebelum masuk kerja (bagi ibu yang bekerjaya).



 
credit info : Mothers First Choice





Dulu masa Adam, Fai start pam lepas sebulan. Memang agak lambat. Dapat lah juga kumpul stock untuk dibekalkan ke rumah baby sitter sebab masa tu Fai masih kerja lagi.Adam 4 bulan baru Fai resign... Sayangnya bila dah fulltime housewife, Fai tak terus pam kat rumah. Menyesal pun ada.. Tapi syukurrr ada rezeki Adam fully breastfeed sampai 2 tahun... 




Agak-agak, adik adam nanti ikut muka siapa lah ye.. Hihihi...








FAI NARDIR
KEY COORDINATOR JUN'16
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)