Cuti-cuti Melaka... Homestay di Bukit Katil, berdekatan dengan Bayou Lagoon..

11:13 AM 0 Comments A+ a-

Sabtu lepas husband ajak jalan-jalan Melaka. Kebetulan semua adik-adik Fai balik, so kira macam ala-ala gathering family la. Hehe.. Last minute plan sebenarnya. Alhamdulillah ada rezeki kitorang, ada homestay kosong di Bukit Katil Ayer Keroh. Cari homestay kat sana sebab hari Ahad nak bawak Adam main air kat Bayou Lagoon Part Resort. Homestau ni memang dekat dengan Bayou Lagoon. Lebih kurang 10 minit je nak ke Bayou Lagoon Park Resort tu. Memang dekattt sangat. Hihi... 

Nak cerita sikit pasal homestay ni, serius memang sangat-sangat puas hati. Ada 4 bilik, 2 bilik beraircond dan 2 bilik air. Kawasan garage boleh parking 2 kereta. Memang selesa lah. Ruang makan yang besarrr, dapur basah yang lengkap untuk memasak. Ada dapur gas, siap dengan pinggan mangkuk. Ada mesin basuh. Kalau yang nak bawak family ramai,dalam 10-15 org dewasa pun masih selesa lagi tapi korang kena lah bawak toto dengan bantal ye. Sebab homestay ni cuma sediakan tempat tidur utk 9 org dewasa je.. 3 bilik katil kembar, 1 bilik lagi ada 2 katil bujang, dan ada 1 tilam bujang extra. Korang yang nak jalan-jalan Melaka especially area Bukit Katil Fai memang highly recommend homestay ni. Boleh contact nombor onwer dalam gambar bawah ni. Harga pun bagi Fai ok sangat, 2 hari 1 malam RM250.00...











FAI NARDIR
KEY COORDINATOR JUN'16
Email: nnurfairuz@gmail.com





Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)