Ayam Segar dan Ayam Kampung di Pasar Bararah, Taman Pasir Putih, Johor.

Sejak nutritionist Shaklee bagitahu ayam sekarang ni banyak disuntik dengan hormon dan antibiotik. Fai memang takut nak makan ayam biasa yang dijual di pasaraya. Beralih la kepada AYAM SEGAR yang tidak disuntik dan AYAM KAMPUNG. Ahad lepas ajak la husband pi cari. Husband bawa Fai ke PASAR BARARAH di Taman Pasir Putih. 






Sebelum ni pernah lalu je, tak singgah pun. Hihihi... Hari tu nak beli ayam kampung, tapi dah habis. Beli lah ayam biasa. Lupa pula nak tanya berapa harga sekilo. Yang Fai beli hari tu, ayam dalam 1.2 kg RM10.00... Kalau ayam kampung pula dijual RM15 sekilo. 

Waktu Operasi Pasar Bararah:
Dibuka setiap hari, jam 4.00 pagi hingga 5.00 petang


Bagi Fai, barulah rasa ayam sebenar bila makan ayam yang Fai beli kat Pasar Bararah ni. Goreng dengan kunyit basah je, tapi memang sedappp. Macam dah lama tak makan ayam pula rasanya. Hihihi. Dagingnya pejal, lemak pun sikittt je. Masa basuh ayam tu, baunya sama macam Fai basuh ayam kat kampung masa zaman sekolah dulu. Memang jauh beza lah kalau nak dibandingkan dengan ayam yang Fai selalu beli sebelum ni.

Weekend ni nak beli ayam kampung pula. Fai suka masak sup je, campur kentang sikit, makan dengan nasi panas dan sambal kicap. Memang sedappp. Hihihi... Korang selalu ayam masak apa..??







FAI NARDIR
KEY COORDINATOR JUN'16

You Might Also Like

4 comments