Petua Redakan Gatal Tekak

12:30 PM 1 Comments A+ a-

Sebenarnya dari semalam lagi tekak dah mula rasa tak sedap. Macam nak batuk.. Fai cuma tambahkan dos Vitamin C je. Malam sebelum tidur telan OmegaGuard. Nampaknya pagi ni masih tak kurang jugak. Nampak gayanya Fai kena makan GARLIC COMPLEX juga baru reda rasa gatal tekak ni. Tapi Garlic dah habis pula tu. Nak tunggu husband balik keje petang nanti macam dah tak tahan, tekak semakin rasa gatal merenyam... asyik nak batuk je. Tiba-tiba teringat pula petua yang ibu Fai pernah buat dulu.. Iaitu sapukan kapur bersama dengan limau nipis.





Kebetulan memang ada limau nipis kat rumah ni. Apa lagi, Fai pun ambil sebiji dan belah dua. Kemudia sapukan dengan kapur masak. Limau yang dah diletakkan dengan kapur tadi, disapu kat kawasan leher di mana tekak rasa gatal sambil selawat.

Alhamdulillah, reda rasa gatal tekak ni.. Takde lah asyik nak terbatuk-batuk je. Lebih-lebih kagi sekarang ni dah nak masuk 7 bulan. Seksa rasanya bila kena batuk macam ni. Petua ni untuk sementara boleh la guna, tapi ubat tetap kena makan ya.

Waktu macam sekarang ni, Fai memang tak berani nak makan ubat batuk.. Takut efek kat baby... Fai lebih yakin untuk ambil supplement. Apa yang Fai ambil untuk kurangkan rasa gatal tekak dan batuk:

Garlic Complex - 4biji
Vitamin C - 6biji
OmegaGuard - 3biji


Fai memang ambil high dose vitamin-vitamin ni.. Alhamdulillah, biasanya lepas 3-4 hari konsisten makan ikut dose ni... batuk dan gatal tekak tu berkurang. Bila dah ok dan kurang rasa gatal tekak tu, Fai ambil ikut dose normal. Tak perlu makan ubat 😊😊😊








FAI NARDIR
Email: nnurfairuz@gmail.com


Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

1 comments:

Write comments
January 16, 2016 at 10:50 PM delete

Semoga cpt sembuh ye dear..
Musim panas ni mcm2 penyakit..
Take care..

Reply
avatar