RASULULLAH ..BETAPA AGUNGNYA AKHLAK MU

12:57 PM 0 Comments A+ a-

RASULULLAH ..BETAPA AGUNGNYA AKHLAK MU

Bila aku tak suka pada rasa makananku
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang pernah meletakkan batu pada keliling perutnya untuk menahan lapar

Bila aku merasa pakaianku cuma sedikit
- Aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang hanya punya dua helai baju seumur hidupnya

Bila aku merasa tidak selesa akan tempat pembaringanku
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang tidur hanya beralas pelepah kurma dan kain kasar dalam hidupnya

Apabila aku menjadi begitu kedekut untuk memberi dan berkongsi dengan orang lain ..
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang pernah memberi segala-galanya sehingga dia hampir tiada apa-apa untuk dirinya

Bila aku fikir betapa miskinnya hidupku
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang begitu cinta pada orang miskin dan ingin bersama si miskin di syurga, ia menaikkan semangatku

Bila aku kecewa pada mereka yg banyak menyakiti aku
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang sentiasa memaafkan sesiapa sahaja yang berbuat jahat padanya

Bila aku berfikir tentang mereka yg membenci aku
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang sentiasa berdoa untuk orang-orang yang telah menghinanya

Bila orang lain tidak berterima kasih pada tiap kebaikan yang aku lakukan pada mereka
- Aku teringat pada baginda Muhammad ﷺ yang mengingatkan aku bahawa ganjaran yg hebat hanya dari Allah SWT

Bila tiada siapa menyayangi aku, 
- Aku teringat pada baginda
Muhammad ﷺ yang mencintaiku semenjak beribu tahun dulu

Apabila aku berfikir betapa sengsaranya hidup aku..
- Aku teringat pada Baginda
Muhammad ﷺ yang menempuh segala kepayahan hidup demi nikmat Iman dan Islam pada ummatnya yg dicintai dan itu bagai cas positif yang menguatkan aku !

Assalamualaika ya Rasulullah

Assalamualaika ya Habiballah

Selawat dan salam ke atas baginda ﷺ junjungan besar ﷺ contoh terbaik sepanjang zaman. Sohibul Azman . Terima Kasih Ya Rasulullah untuk nikmat iman dan islam . Syafaatkan daku di akhirat nanti.

Kerinduan padamu takkan pernah padam selamanya padamu Ya Habiballah .

Selamat datang bulan kelahiran nabi  Muhammad ﷺ



Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)