9 Khasiat Buah Naga untuk Ibu Hamil

4:12 PM 0 Comments A+ a-

Korang pernah makan buah naga? Buah naga ni sebenarnya banyak khasiantnya. Korang tau tak?? Buah Naga ni sebenarnya ada dua jenis... Buah Naga Merah dengan Buah Naga Putih. Semalam balik kampung, jiran sebelah bagi ibu buah naga 8 biji. Rezeki.... Dapatlah makan buah naga. Pregnant kali ni Fai sukaaa sangat makan buah. Buah Naga Merah ni salah satu favourite Fai sejak dari sebelum pregnant lagi. Sorang makan boleh habis 2 biji tau. Hihi... Hasil carian google Fai terjumpa tentang 9 khasiat buah naga merah untuk ibu hamil. Jemput bacaa...




9 Khasiat Buah Naga Merah Untuk Ibu Hamil

  • Di dalam buah naga merah mengandung serat yang tinggi, jika ibu hamil memakan buah naga setiap hari ia boleh mencegah daripada sembelit.

  • Zat besi yang terdapat pada buah naga merah TERBUKTI SANGAT BERKESAN untuk mengatasi masalah anemia pada ibu hamil.

  • Vitamin B 3 yang terdapat di dalam buah naga dapat membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan sistem saraf pada tulang belakang bayi.

  • Kandungan kalsium yang terdapat di dalam buah naga, telah terbukti BERKESAN dalam meningkatkan pembentukan tulang dan gigi pada bayi.

  • Buah naga merupakan salah satu jenis buah yang KAYA DENGAN VITAMIN C, KARBOHIDRAT, FOLATE, SERAT, KAROTEN sehingga dapat membantu dalam memenuhi kekurangan nutrisi pada ibu hamil dan bayi.

  • Folate yang terdapat di dalam buah naga merah dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan folate pada ibu hamil boleh menyebabkan kecacatan pada sistem saraf otak bayi.  

  • Kandungan karbohidrat yang sangat banyak di dalam buah naga merah dapat membekalkan tenaga untuk ibu hamil dan membantu ibu hamil tersebut tidak mudah penat.

  • Kandungan antioksidan di dalam buah naga merah dapat meningkatkan daya tahan tubuh ibu hamil serta dapat melawan berbagai jenis penyakit.

  • Buah naga mempunyai banyak vitamin, antaranya vitamin B1 yang membantu untuk melancarkan pencernaan dan membantu dalam pertumbuhan janin.



info





Tak rugi makan buah ni sebenarnya sebab banyakkk khasiat.. bukan buah naga je, tapi semua buah pun banyak khasiatnya (>___<)







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)