5 Khasiat Pisang untuk Ibu Hamil

11:49 AM 0 Comments A+ a-

Pisang memang banyakkk khasiatnya. Korang tau tak? Pisang juga amat baik untuk ibu hamil.





5 Khasiat Pisang untuk Ibu Hamil

ANEMIA
Anemia ialah penyakit kurang darah yang sering dialami oleh ibu hamil. Pisang baik untuk anemia kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah. 

KURANGKAN RASA MUAL
Ibu hamil yang sering mual di pagi hari elok memakan pisang. Kandungan gula semula jadi yang tinggi terdapat pada pisang boleh mempertahankan kadar gula dalam darah sehingga mengurangi rasa mual.

SEMBELIT
Biasanya ibu hamil akan mula mengalami masalah sembelit pada trimester kedua. Buah pisang dikatakan makanan paling mujarab bagi penyakit sembelit. 

TEKANAN DARAH
Ada sesetengah ibu yang akan mengidap darah tinggi ketika hamil. Bagi ibu hamil yang mengidap darah tinggi, elok memakan buah pisang. Ia mengandungi ‘potassium‘ tinggi yang amat berguna bagi mereka yang melakukan diet rendah garam.

PENING-PENING
Kadang-kadang ibu hamil akan merasa pening-pening. Cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.




Apa - apa pun, kena bersederhana. Janganlah melantak sampai sesikat pisang pulak ye. Hihihi...














Fai Nardir
I'm more than willing to help

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)