Tips Sihat: 5 Cara Senaman Mata yang mudah dilakukan.

5:05 PM 0 Comments A+ a-

Korang perasan tak, kalau kita terrrlalu lama mengadap laptop, atau terrrlalu lama tengok tv.. Mata akan rasa penat. Rasa letihhh. Kadang-kadang sampai berair. Tu tandanya korang perlu berhenti sebentar dan lakukan senaman mata. 




Senang je sanaman mata ni. Ada 5 cara yang korang boleh buat:


CARA PERTAMA: 

Gosok kedua tapak tangan kita sehingga rasa panas, lepas tu, letak kedua-dua tangan di atas mata kita masing-masing. Ulang sebanyak 3- 5 kali. Senang bukan ? Kalau boleh ulang lah setiap hari. Paling kurang pun kita buat setiap kali mata kita rasa ‘letih’ atau sakit.


CARA KEDUA:

Mulakan dengan mata melihat ke atas. Kemudian, pusing mata kita arah jam 10 kali dan arah lawan jam 10 kali.


CARA KETIGA:

Ambilkan pen, atau pembaris, atau yang berkaitan. Pegang dan letak di jarak antara mata hingga lengan kita. Fokuskan mata pada pen/objek pilihan. Kemudian, dengan perlahan, gerakkan pen/objek pilihan dekat ke mata, dan perlahan, gerakkan pen itu ke belakang semula. Ulang sebanyak 10 kali.


CARA KEEMPAT:

Urut perlahan-lahan di dahi kita hingga ruang antara kening kita. Dan rehatkan mata selama 3-5 minit.


Cara kelima ni paling bestttt. Bukan je dapat merehatkan mata, malah dapat membantu meningkatkan daya ingatan!

CARA KELIMA:

Menggerakkan mata ke kiri dan kanan secara berulangan selama 30 saat. 
Fakta membuktikan bahawa senama ini dapat MENINGKATKAN DAYA INGATAN SEBANYAK 10%




Mudah kan? Sebenarnya senaman mata ini juga salah satu terapi untuk "release tension".
Tak percaya? Cubalah! (>_____<)






Fai Nardir
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com



Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)