DUA Tips Cepat Hamil yang Sangat Mudah untuk Diamalkan

9:11 AM 1 Comments A+ a-

Fai pun dulu lambat dikurniakan anak. Selepas dua tahun berkahwin, barulah Fai disahkan hamil. Ada DUA Tips Cepat Hamil yang Fai nak kongsikan, dan tips ini jugalah yang Fai amalkan sewaktu sebelum hamilkan Adam dulu... 


Tips Cepat Hamil:

1. Kerap mengamalkan MINUM SUSU KAMBING SEGAR dan Kurma.

Petua ni bidan yang bagitahu Fai. Dalam seminggu tu 2-3 kali jugalah Fai dengan husband gigihkan diri minum susu kambing ni. Mula-mula tu takut juga tak boleh minum, sebab takut bau hanyir susu kambing tu. Rupa-rupanya sedappppp sangat susu kambing ni bila dah diblend dengan kurma. Lemakkk. Memang sedappp. Kalau minum sejuk-sejuk lagi umphhh... Hihi..


2. Banyak amalkan Doa Nabi Zakaria

Fai memang kerap amalkan doa ni. Setiap kali lepas solat, nak tidur.. Bila-bila masa Fai teringat je, Fai akan baca doa ini.






Alhamdulillah, setelah lebih kurang setahun amalkan tips ni, Fai disahkan hamil. Perasaan masa tu hanya Allah je yang tahu. Tak boleh nak diungkap dengan perkataan. Lebih-lebih lagi bila pertama kali dengar degup jantung baby dalam kandungan. Tapi bukan tips ini sahaja, selain tu pemakanan juga penting. Perlu makan makanan yang berkhasiat, jangan ambil fast food tau. Fai juga dah mula amalkan supplemen dari sejak sebelum hamil lagi.

Cubalah dua tips ini ya... Semoga tips yang Fai sharekan ini dapat membantu anda juga.






FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Hp/whatsapp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

1 comments:

Write comments
syikin hashim
AUTHOR
September 5, 2015 at 4:28 PM delete

terima kasih kongsi tips ni...sebab saya pun masih berusaha

Reply
avatar