Bahaya jika anda tidak suka minum air. Ketahui 17 Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

2:51 PM 0 Comments A+ a-

Antara pesanan yang WAJIB  disampaikan kepada semuaaa customer tersayang apabila mereka membeli vitamin dengan Fai adalah "Jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari ya". Korang tau tak, air masak ni SANGAT PENTING untuk tubuh badan kita tau. Jom kita tengok apa kesan akibat badan kekurangan air..


Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 

2. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 

3. Tekanan darah menurun. 

4. Sakit belakang. 

5. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

6. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 

7. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 

8. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 

9. Meningkatkan keinginan untuk makan. 

10. Darah menjadi lebih pekat .

11. Degupan jantung semakin meningkat. 

12. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

13. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

14. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 

15. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 

16. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 

17. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
  




Setiap hari Fai akan pastikan yang Fai minum cukup 2 liter air sehari. Mula-mula memang rasa perit sebab asyik nak ke tandas je. Tapi bila dah biasa minum, kalau tak cukup 2 liter air sehari memang badan akan rasa letih lesu je... Ke mana-mana Fai wajibbb bawa air masak ni. Memang tak boleh la berpisah dengan air. Hihi..


antara botol air yang anda boleh gunakan untuk sukat berapa liter air sehari



Antara tips yang anda boleh praktikkan untuk minum cukup 8 gelas air masak sehari.





Minum air pada waktu yang BETUL memberi kesan mendalam pada tubuh manusia





Korang tau tak?

Antara tips nak sentiasa kelihatan CANTIK dan AWET MUDA adalah dengan minum banyakkk air masak setiap hari.

(>_____<)







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)