Al-Baqarah, ayat 67-68 Jangan terlalu banyak meminta dan melampau!

10:57 AM 0 Comments A+ a-

Terima kasih yang tak terhingga kepada Presidential Master Shareeza atas inisiatif beliau mengadakan CABARAN 20 ENTRI di dalam Kelab Blogger Jutawan Shaklee. "Lembu betina" ni antara salah satu tajuk di dalam cabaran 20 entri tersebut. Kalau tak kerana cabaran ni, sampai sekarang pun Fai tak kan baca kisah tentang Lembu Betina ni. 
----------------------------------------------------------------
Gambar sekadar hiasan

Sayyid Qutub berkata dalam Fi Zilal al-Quran, berkata: Pada akhir pelajaran ini diceritakan kisah lembu dengan terperinci dalam bentuk cerita, bukannya semata-mata sentuhan sepintas lalu sahaja seperti kisah yang lain. Kisah lembu ini tidak pernah disebut dalam Surah-surah Makkiyyah sebelum ini dan tidak pernah pula disebut di tempat-tempat yang lain. Ia menggambarkan sifat keras hati, degil, enggan menurut perintah dan berpura-pura membuat alasan-alasan yang menjadi sifat Bani Israel.

AYAT 67 & 68
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).”
Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”
Firman Allah Taala Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina.”

Al-Mawardi berkata: Lembu betina dinamakan baqarah sedangkan lembu jantan dinamakan thaur. Dinamakan lembu betina dengan baqarah kerana diambil daripada perkataan ‘memecahkan’ seperti katanya: Merobek perutnya apabila dipecahkan. Ini kerana ia digunakan untuk membajak tanah ketika berladang.

Surah ini dinamakan dengan nama Surah al-Baqarah bersempena dengan kisah ini.

Terdapat dua riwayat berhubung dengan sebab nuzul ayat ini.
  1. Ibn Sirin meriwayatkan daripada Ubaidah katanya: Adalah di kalangan Bani Israel seorang lelaki yang mandul, tanpa anak sedangkan beliau mempunyai harta yang banyak, yang mewarisinya ialah anak saudaranya. Lantas beliau membunuh dan membawanya pada waktu malam ke perkampungan lain, kemudian diletakkan di depan pintu rumah seorang lelaki. Apabila menjelangnya pagi, dia mendakwa orang tersebut membunuhnya sehingga mereka semua mengangkat senjata dan hampir-hampirlah berlaku peperangan. Kemudian mereka datang kepada Musa untuk menyelesaikan masalah ini, lantas Musa memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina.

Pendapat ini hampir sama dengan kenyataan yang disebut oleh al-Mawardi dalam tafsirnyaal-Nukat wa al-`Uyun.

  1. Al-Suddi meriwayatkan daripada guru-gurunya bahawa seorang lelaki di kalangan Bani Israel mempunyai anak perempuan dan anak saudara lelaki yang fakir. Anak saudara tersebut ingin meminang anak perempuannya tetapi tidak diizinkan oleh bapa saudaranya sehingga menyebabkan dia marah seraya berkata: “Demi Allah, aku akan bunuh bapa saudaraku dan ambil hartanya, begitu juga mengahwini anak perempuannya dan makan diahnya”. Kemudian beliau datang kepada bapa saudaranya seraya berkata: “Telah datang rombongan peniaga pada sebahagianAsbat Bani Israel. Marilah bersamaku dan ambillah untukku daripada perniagaaan mereka. Mudah-mudahan aku dapat padanya sedikit habuan”. Kemudian keduanya keluar. Apabila hampir sampai, lantas dibunuhnya dan pulang. Kemudian pada waktu pagi beliau datang seolah-olah mencari bapa saudaranya dan tidak diketahui di mana dia. Ketika itu kumpulan peniaga sedang berhimpun lantas beliau berkata kepada mereka: “Kamu semua telah membunuh bapa saudaraku yang menyebabkan beliau menangis dan bertempik menyeru bapa saudaranya”. Abu al-`Aliah berkata: “Yang datang bertanya kepada Musa supaya Allah menjelaskan keterangan dan pernyataan: Pembunuh dan kata yang lainnya: Bahkan kaum yang berkumpul bertanya kepada Musa: Tatkala dia meminta mereka untuk menyembelih lembu mereka berkata: “Adakah kamu mempermainkan kami?”

Ingatlah ketika Musa, nabimu berkata kepadamu: Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyembelih seekor lembu betina tetapi malangnya Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”

Al-Imam al-Baghawi dalam tafsir Ma`alim al-Tanzil, berkata: Kamu mengejek kami sedangkan kami bertanyamu berkaitan pembunuhan dan kamu menyuruh kami menyembelih seekor lembu betina. Dan sesungguhnya kenyataan mereka seperti itu bagi menunjukkan betapa jauhnya dua perkara pada zahir sedangkan mereka tidak mengetahui hikmah di sebaliknya.

Justeru, ia merupakan satu jawapan daripadamu yang penuh dengan ejekan dan olok-olok terhadap nabimu sedangkan Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).” Aku hanya mengadu dan berharap kepada Allah jika sekiranya aku termasuk di kalangan orang yang mengejek dan jahil. Ini kerana keluar daripada memberi jawapan kepada penyoal yang ingin mendapat petunjuk kepada ejekan merupakan kejahilan. Justeru, nabi Musa berlindung daripadanya kerana ia merupakan sifat yang menafikan sifat kenabian. Seterusnya, diperintahkan menyembelih lembu betina bukan yang lain kerana ia merupakan daripada jenis yang disembah mereka daripada anak lembu untuk memperlekehkan dan memperkecilkan apa yang mereka sangka besar. Di samping itu, untuk memberitahu dengan menjawab terhadap mereka hilanglah apa yang ada pada perasaan mereka daripada beribadat.

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”Iaitu apakah ia jenis lembu betina dan bagaimana sifatnya? Sayyid Qutb berkata: Bentuk pertanyaan seperti ini membayangkan mereka masih ragu-ragu bahawa Nabi Musa hendak mempermain-mainkan mereka dengan perintah Allah yang disampaikan kepada mereka, kerana pertama mereka berkata: “Pohonlah untuk kami supaya Tuhanmu” seolah-olah Allah itu Tuhan Musa sahaja, bukan Tuhan mereka dan persoalan ini tidak ada kena-mengena dengan mereka malah hanya membabitkan Musa dan Tuhannya sahaja.

Yang kedua, mereka meminta Musa memohon kepada Tuhannya supaya menerangkah apakah ia sebenarnya? Pertanyaan mereka tentang hakikat lembu- walaupun yang dimaksudkan mereka ialah sifat lembu merupakan suatu pertanyaan yang bertujuan mengingkar dan mengejek. Apakah ia sebenarnya? Itulah lembu. Allah menerangkan begitu sejak awal-awal lagi tanpa menentukan sifatnya. Itulah lembu. Cukuplah begitu sahaja.

Di sini juga Musa sekali lagi mengembalikan mereka ke jalan yang benar dengan memberi jawapan yang berlainan daripada cara pertanyaan mereka. Beliau tidak menghadapi mereka dengan mempertikaikan bentuk pertanyaan mereka untuk mengelak dan terlibat dalam perdebatan teknikal dengan mereka, malah beliau memberi jawapan yang layak diberikan oleh seorang guru atau pendidik kepada orang-orang jahil dan menyeleweng. Iaitu beliau menjawab dengan menjelaskan sifat-sifat lembu itu.

Persoalan mereka menunjukkan betapa kurangnya darjat iman mereka kerana apabila disandarkan kepada tuhan, disebut “tuhan kamu”, tidak disebut “tuhan kami” seolah-olah tuhan Musa sahaja. Cara dan uslub seperti ini berulang kali pada kalam Bani Israel dalam banyak ayat.

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu;iaitu tidak tua bangka dan tidak terlalu muda. Tetapi sebaliknya pertengahan antara tua dan muda.

Dalam ayat-ayat ini Allah hendak menerangkan kepada kita bermula dengan arahan sembelihan lembu dan diikuti dengan sebab serta `illah sebagaimana dalam kisah ini. Sebagai seorang Islam yang beriman dengan Allah, apabila kita beribadat kepada-Nya sebagai ketaatan sama ada diketahui `illah (sebab) atau tidak, yang pentingnya perlaksanaan ibadat tersebut kerana arahan Allah.

Kisah ini bermula dengan lembu betina Bani Israel, tidak didatangkan sebab atau `illah pada permulaan. Justeru, kisah ini mempunyai hikmah sama ada ia tersembunyi daripada kita, maka ia tetap ada. Demikianlah kata Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya.

Lantas Nabi Musa menyuruh mereka dengan katanya: Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.” Laksanakanlah segala arahan Tuhanmu, jangan kamu banyak meminta sifat dan melampaui, nescaya Allah membebankan kamu

Al-Imam al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: Dalam kisah ini penerangan berkaitan jenis yang lain daripada sifat buruk mereka supaya dapat kita mengambil iktibar dan peringatan. Antaranya:
  • Terlalu banyak bersoal yang remeh-temeh membawa kepada hukum yang begitu tegas.
  • Arahan sembelihan lembu betina sebagai tempelak kepada mereka yang mereka mempertuhankannya.
  • Sikap dan sifat mereka yang suka mempersendakan segala arahan nabi.
  • Menghidupkan yang mati dibunuh merupakan sebesar-besar tanda dan dalil betapa kudratnya Tuhan dalam merekacipta segala makhluk daripada tiada.

Sayyid Qutub berkata: Nasihat ini memang sudah cukup untuk orang yang mahu cukup. Ia sudah cukup untuk mereka setelah dua kali mereka dikembalikan ke jalan yang benar oleh nabi mereka, dan setelah disindir supaya menunjukkan adab sopan yang selayaknya ketika mengemukakan pertanyaan dan menerima perintah… sudah cukup bagi mereka bertindak mencari mana-mana lembu yang tidak tua dan tidak muda, iaitu seekor lembu yang pertengahan untuk melepaskan tanggungjawab mereka, cukuplah bagi mereka menyembelihkan lembu itu kerana menjunjung perintah Allah dan membebaskan diri mereka daripada kesulitan memayah-mayah dan menyempit-nyempitkan persoalan. Tetapi Israel tetap Israel!

______________________________________

Kalau dalam situasi bisnes... Bagi Fai, kita dah ada MENTOR dalam bisnes. Apa sahaja yang MENTOR kita suruh tu..kita buat jaa, jangan banyak tanya kenapa kena buat tu, kenapa kena buat ni. Ada sebab MENTOR kita suruh buat semua tu. Sebab beliau dah rasa sendiri susah payah nak berbisnes. Apa yang beliau suruh buat ni pun, benda yang samaaa juga yang beliau dah buat sewaktu beliau nak kembangkan bisnes masa awal-awal dulu... Contoh, kena update blog, kena blogwalking, "bukak kedai", buat poster,follow up customer, jaga anak cucu - selalu "bagi makan" kat anak cucu... Beliau suruh buat semua ni kerana beliau  dah banyakkk makan garam daripada kita. Jadi, kita yang baru setahun jagung ni ikut je lah apa yang MENTOR suruh... InshaaAllah kita juga akan berjaya macam beliau. Sebab itulah nak berjaya dalam bisnes kita perlukan seorang MENTOR.


Presidential Master Shareeza dan suami. Beliaulah insan yang menyebabkan Fai "terjebak" dalam dunis bisnes ini. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar beliau, Fai dah pun 2 TAHUN WAHM dengan Shaklee...
InshaaAllah lebih ramaiiiii lagi insan yang Fai akan bantu untuk sama-sama berjaya dengan Shaklee. InshaaAllah...







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)