Al-Baqarah, ayat 67-68 Jangan terlalu banyak meminta dan melampau!

10:57 AM 0 Comments A+ a-

Terima kasih yang tak terhingga kepada Presidential Master Shareeza atas inisiatif beliau mengadakan CABARAN 20 ENTRI di dalam Kelab Blogger Jutawan Shaklee. "Lembu betina" ni antara salah satu tajuk di dalam cabaran 20 entri tersebut. Kalau tak kerana cabaran ni, sampai sekarang pun Fai tak kan baca kisah tentang Lembu Betina ni. 
----------------------------------------------------------------
Gambar sekadar hiasan

Sayyid Qutub berkata dalam Fi Zilal al-Quran, berkata: Pada akhir pelajaran ini diceritakan kisah lembu dengan terperinci dalam bentuk cerita, bukannya semata-mata sentuhan sepintas lalu sahaja seperti kisah yang lain. Kisah lembu ini tidak pernah disebut dalam Surah-surah Makkiyyah sebelum ini dan tidak pernah pula disebut di tempat-tempat yang lain. Ia menggambarkan sifat keras hati, degil, enggan menurut perintah dan berpura-pura membuat alasan-alasan yang menjadi sifat Bani Israel.

AYAT 67 & 68
Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina”. Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?” Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).”
Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?” Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.”
Firman Allah Taala Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina.”

Al-Mawardi berkata: Lembu betina dinamakan baqarah sedangkan lembu jantan dinamakan thaur. Dinamakan lembu betina dengan baqarah kerana diambil daripada perkataan ‘memecahkan’ seperti katanya: Merobek perutnya apabila dipecahkan. Ini kerana ia digunakan untuk membajak tanah ketika berladang.

Surah ini dinamakan dengan nama Surah al-Baqarah bersempena dengan kisah ini.

Terdapat dua riwayat berhubung dengan sebab nuzul ayat ini.
  1. Ibn Sirin meriwayatkan daripada Ubaidah katanya: Adalah di kalangan Bani Israel seorang lelaki yang mandul, tanpa anak sedangkan beliau mempunyai harta yang banyak, yang mewarisinya ialah anak saudaranya. Lantas beliau membunuh dan membawanya pada waktu malam ke perkampungan lain, kemudian diletakkan di depan pintu rumah seorang lelaki. Apabila menjelangnya pagi, dia mendakwa orang tersebut membunuhnya sehingga mereka semua mengangkat senjata dan hampir-hampirlah berlaku peperangan. Kemudian mereka datang kepada Musa untuk menyelesaikan masalah ini, lantas Musa memerintahkan mereka menyembelih seekor lembu betina.

Pendapat ini hampir sama dengan kenyataan yang disebut oleh al-Mawardi dalam tafsirnyaal-Nukat wa al-`Uyun.

  1. Al-Suddi meriwayatkan daripada guru-gurunya bahawa seorang lelaki di kalangan Bani Israel mempunyai anak perempuan dan anak saudara lelaki yang fakir. Anak saudara tersebut ingin meminang anak perempuannya tetapi tidak diizinkan oleh bapa saudaranya sehingga menyebabkan dia marah seraya berkata: “Demi Allah, aku akan bunuh bapa saudaraku dan ambil hartanya, begitu juga mengahwini anak perempuannya dan makan diahnya”. Kemudian beliau datang kepada bapa saudaranya seraya berkata: “Telah datang rombongan peniaga pada sebahagianAsbat Bani Israel. Marilah bersamaku dan ambillah untukku daripada perniagaaan mereka. Mudah-mudahan aku dapat padanya sedikit habuan”. Kemudian keduanya keluar. Apabila hampir sampai, lantas dibunuhnya dan pulang. Kemudian pada waktu pagi beliau datang seolah-olah mencari bapa saudaranya dan tidak diketahui di mana dia. Ketika itu kumpulan peniaga sedang berhimpun lantas beliau berkata kepada mereka: “Kamu semua telah membunuh bapa saudaraku yang menyebabkan beliau menangis dan bertempik menyeru bapa saudaranya”. Abu al-`Aliah berkata: “Yang datang bertanya kepada Musa supaya Allah menjelaskan keterangan dan pernyataan: Pembunuh dan kata yang lainnya: Bahkan kaum yang berkumpul bertanya kepada Musa: Tatkala dia meminta mereka untuk menyembelih lembu mereka berkata: “Adakah kamu mempermainkan kami?”

Ingatlah ketika Musa, nabimu berkata kepadamu: Sesungguhnya Allah menyuruhmu menyembelih seekor lembu betina tetapi malangnya Mereka berkata: “Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?”

Al-Imam al-Baghawi dalam tafsir Ma`alim al-Tanzil, berkata: Kamu mengejek kami sedangkan kami bertanyamu berkaitan pembunuhan dan kamu menyuruh kami menyembelih seekor lembu betina. Dan sesungguhnya kenyataan mereka seperti itu bagi menunjukkan betapa jauhnya dua perkara pada zahir sedangkan mereka tidak mengetahui hikmah di sebaliknya.

Justeru, ia merupakan satu jawapan daripadamu yang penuh dengan ejekan dan olok-olok terhadap nabimu sedangkan Nabi Musa menjawab: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).” Aku hanya mengadu dan berharap kepada Allah jika sekiranya aku termasuk di kalangan orang yang mengejek dan jahil. Ini kerana keluar daripada memberi jawapan kepada penyoal yang ingin mendapat petunjuk kepada ejekan merupakan kejahilan. Justeru, nabi Musa berlindung daripadanya kerana ia merupakan sifat yang menafikan sifat kenabian. Seterusnya, diperintahkan menyembelih lembu betina bukan yang lain kerana ia merupakan daripada jenis yang disembah mereka daripada anak lembu untuk memperlekehkan dan memperkecilkan apa yang mereka sangka besar. Di samping itu, untuk memberitahu dengan menjawab terhadap mereka hilanglah apa yang ada pada perasaan mereka daripada beribadat.

Mereka berkata pula: “Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?”Iaitu apakah ia jenis lembu betina dan bagaimana sifatnya? Sayyid Qutb berkata: Bentuk pertanyaan seperti ini membayangkan mereka masih ragu-ragu bahawa Nabi Musa hendak mempermain-mainkan mereka dengan perintah Allah yang disampaikan kepada mereka, kerana pertama mereka berkata: “Pohonlah untuk kami supaya Tuhanmu” seolah-olah Allah itu Tuhan Musa sahaja, bukan Tuhan mereka dan persoalan ini tidak ada kena-mengena dengan mereka malah hanya membabitkan Musa dan Tuhannya sahaja.

Yang kedua, mereka meminta Musa memohon kepada Tuhannya supaya menerangkah apakah ia sebenarnya? Pertanyaan mereka tentang hakikat lembu- walaupun yang dimaksudkan mereka ialah sifat lembu merupakan suatu pertanyaan yang bertujuan mengingkar dan mengejek. Apakah ia sebenarnya? Itulah lembu. Allah menerangkan begitu sejak awal-awal lagi tanpa menentukan sifatnya. Itulah lembu. Cukuplah begitu sahaja.

Di sini juga Musa sekali lagi mengembalikan mereka ke jalan yang benar dengan memberi jawapan yang berlainan daripada cara pertanyaan mereka. Beliau tidak menghadapi mereka dengan mempertikaikan bentuk pertanyaan mereka untuk mengelak dan terlibat dalam perdebatan teknikal dengan mereka, malah beliau memberi jawapan yang layak diberikan oleh seorang guru atau pendidik kepada orang-orang jahil dan menyeleweng. Iaitu beliau menjawab dengan menjelaskan sifat-sifat lembu itu.

Persoalan mereka menunjukkan betapa kurangnya darjat iman mereka kerana apabila disandarkan kepada tuhan, disebut “tuhan kamu”, tidak disebut “tuhan kami” seolah-olah tuhan Musa sahaja. Cara dan uslub seperti ini berulang kali pada kalam Bani Israel dalam banyak ayat.

Nabi Musa menjawab: “Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu;iaitu tidak tua bangka dan tidak terlalu muda. Tetapi sebaliknya pertengahan antara tua dan muda.

Dalam ayat-ayat ini Allah hendak menerangkan kepada kita bermula dengan arahan sembelihan lembu dan diikuti dengan sebab serta `illah sebagaimana dalam kisah ini. Sebagai seorang Islam yang beriman dengan Allah, apabila kita beribadat kepada-Nya sebagai ketaatan sama ada diketahui `illah (sebab) atau tidak, yang pentingnya perlaksanaan ibadat tersebut kerana arahan Allah.

Kisah ini bermula dengan lembu betina Bani Israel, tidak didatangkan sebab atau `illah pada permulaan. Justeru, kisah ini mempunyai hikmah sama ada ia tersembunyi daripada kita, maka ia tetap ada. Demikianlah kata Syeikh Sya’rawi dalam tafsirnya.

Lantas Nabi Musa menyuruh mereka dengan katanya: Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya.” Laksanakanlah segala arahan Tuhanmu, jangan kamu banyak meminta sifat dan melampaui, nescaya Allah membebankan kamu

Al-Imam al-Maraghi dalam tafsirnya berkata: Dalam kisah ini penerangan berkaitan jenis yang lain daripada sifat buruk mereka supaya dapat kita mengambil iktibar dan peringatan. Antaranya:
  • Terlalu banyak bersoal yang remeh-temeh membawa kepada hukum yang begitu tegas.
  • Arahan sembelihan lembu betina sebagai tempelak kepada mereka yang mereka mempertuhankannya.
  • Sikap dan sifat mereka yang suka mempersendakan segala arahan nabi.
  • Menghidupkan yang mati dibunuh merupakan sebesar-besar tanda dan dalil betapa kudratnya Tuhan dalam merekacipta segala makhluk daripada tiada.

Sayyid Qutub berkata: Nasihat ini memang sudah cukup untuk orang yang mahu cukup. Ia sudah cukup untuk mereka setelah dua kali mereka dikembalikan ke jalan yang benar oleh nabi mereka, dan setelah disindir supaya menunjukkan adab sopan yang selayaknya ketika mengemukakan pertanyaan dan menerima perintah… sudah cukup bagi mereka bertindak mencari mana-mana lembu yang tidak tua dan tidak muda, iaitu seekor lembu yang pertengahan untuk melepaskan tanggungjawab mereka, cukuplah bagi mereka menyembelihkan lembu itu kerana menjunjung perintah Allah dan membebaskan diri mereka daripada kesulitan memayah-mayah dan menyempit-nyempitkan persoalan. Tetapi Israel tetap Israel!

______________________________________

Kalau dalam situasi bisnes... Bagi Fai, kita dah ada MENTOR dalam bisnes. Apa sahaja yang MENTOR kita suruh tu..kita buat jaa, jangan banyak tanya kenapa kena buat tu, kenapa kena buat ni. Ada sebab MENTOR kita suruh buat semua tu. Sebab beliau dah rasa sendiri susah payah nak berbisnes. Apa yang beliau suruh buat ni pun, benda yang samaaa juga yang beliau dah buat sewaktu beliau nak kembangkan bisnes masa awal-awal dulu... Contoh, kena update blog, kena blogwalking, "bukak kedai", buat poster,follow up customer, jaga anak cucu - selalu "bagi makan" kat anak cucu... Beliau suruh buat semua ni kerana beliau  dah banyakkk makan garam daripada kita. Jadi, kita yang baru setahun jagung ni ikut je lah apa yang MENTOR suruh... InshaaAllah kita juga akan berjaya macam beliau. Sebab itulah nak berjaya dalam bisnes kita perlukan seorang MENTOR.


Presidential Master Shareeza dan suami. Beliaulah insan yang menyebabkan Fai "terjebak" dalam dunis bisnes ini. Alhamdulillah berkat tunjuk ajar beliau, Fai dah pun 2 TAHUN WAHM dengan Shaklee...
InshaaAllah lebih ramaiiiii lagi insan yang Fai akan bantu untuk sama-sama berjaya dengan Shaklee. InshaaAllah...







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Bahaya kurang darah (anemia) ketika hamil... Selepas KONSISTEN Vitalea, bacaan HB naik selepas 5 hari..!!

10:07 AM 0 Comments A+ a-

Masalah kurang darah antara perkara "popular" yang sering dialami oleh ibu-ibu hamil. Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa ibu hamil sering mengalami masalah kurang darah ni. Meh Fai nak explain sikit. ececehhh.. hihi.. 

Semasa hamil keperluan zat besi meningkat berikutan jumlah darah dalam badan si ibu bertambah sehingga 50% dari biasa. Zat besi penting untuk pembinaan haemoglobin. Haemoglobin ni pula PENTING kerana ia merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan dan SANGAT DIPERLUKAN oleh bayi yang sedang membesar dalam rahim si ibu.






Punca ANEMIA:
  • Kurang pengambilan zat besi (iron) dan asid folik dalam zat harian.
  • Mengalami muntah yang kerap pada trimester pertama kehamilan.
  • Kerap mengandung iaitu kurang dari 2 tahun.
  • Masalah perubatan seperti malaria, thalasemia, leukemia, buasir dan pendarahan dari faraj.

Tanda - tanda ANEMIA di kalangan ibu hamil:
  • Pucat
  • Rasa letih dan tidak bermaya
  • Kesukaran bernafas / sesak nafas
  • Sentiasa rasa pening
  • Rasa pitam bila bangun
  • Kebas kaki dan tangan
  • Rasa mengah dan berdebar-debar
  • Degupan jantung cepat

Kesan ANEMIA kepada ibu:
  • Mudah mendapat jangkitan.
  • Jika berlaku pendarahan keadaan akan lebih mudarat.
  • Mudah mendapat penyakit lemah jantung.
  • Kematian si ibu ketika melahirkan

Kesan ANEMIA kepada bayi:
  • Keguguran
  • Pembesaran janin terbantut
  • Anak lahir tidak cukup bulan
  • Anak lahir kurang berat badan
  • Anak mati dalam perut



# Perasan tak, kalau check up kat KK nurse mesti marah bila bacaan darah kita rendah?? Betul tak??

Seriuskah masalah anemia saya?

< 6.9 : SANGAT TERUK

6.9 - 8.0 : TERUK

8.0 - 9.5 : SEDERHANA

9.5 - 10.5 : RINGAN




Sedikit tips ringkas untuk ibu hamil yang mengalami masalah anemia:
  • Banyakkan makan makanan yang mengandungi zat besi macam kerang, kupang, lala, tiram, ikan bilis...  
  • Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus, daun pudina, cekur manis, dan daun remunggai. 
  • Elak meminum teh, kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi kerana boleh mengganggu penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain. 
  • Banyakkan  pengambilan makanan/buah-buahan yang tinggi kandungan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi yang optimum ke dalam badan.. 




Fai masa pregnantkan Adam dulu, Fai pernah mengalami masalah ANEMIA ni. Bacaan Hb Fai rendah masa pregnant 5 bulan.. Bacaan bawah 11, iaitu 10.7 je... Masa tu memang risau sangat, sebab fikirkan komplikasinya. Fai bertanya pada nutritionist shaklee. Dia suruh tambahkan dos Vitalea... Alhamdulillah memang berkesan. 5 hari Fai konsisten makan Vitalea tu, hb naik 11.4... Syukur sangat! 





Ibu-ibu yang mempunyai masalah Anemia/HB rendah ketika hamil, Fai sangat syorkan anda mencuba Vitalea ni. Memang berkesan untuk naikkan semula bacaan HB anda. Vitalea ni bukan untuk HB semata-mata ye, tapi banyakkkk lagi manfaat lain yang ibu akan dapat... untuk energy, untuk tingkatkan imun sistem.. yang paling PENTING, Vitalea ni berperanan sebagai PELENGKAP NUTRISI dalam badan. Ia menampung mana-mana kekurangan nutrisi dalam badan kita. Yelah, kadang-kadang ibu hamil ni ada yang tak boleh makan sayur, tak boleh makan daging.. InshaaAllah Vitalea boleh membantu untuk menampung mana-mana kekurangan zat dalam dalam badan.


Jika anda preggy mommies dan anda mempunyai masalah HB low, jangan segan2 contact Fai..

I'm more than willing to help.. 












Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Korang tau tak?? ESP murahhh giler bulan ni...

5:44 PM 0 Comments A+ a-

Korang Tau Tak? ESP murah giler bulan ni (>___<)

ESP satu tin : RM159
Sekarang, Beli DUA TIN Cuma RM302 sahaja!!
JIMAT RM16!


Grab NOW 
Grab NOW
Grab NOW
Grab NOW
Grab NOW




Fai 019-7428120 
Fai 019-7428120 
Fai 019-7428120 


Kenapa korang perlu dapatkan ESP ni..??


















Ramai yang dah TRANSFORM diri mereka dengan ESP ni.. yang kulit berjerawat dah semakin cantik, bersih... yang dulu kulit kusam dah semakin BERSERI-SERI.. MENGANJALKAN payudara.. STRETCH MARK pudar...banyakkkkk lagi lah. 

Takkan korang nak tengok diorang ni jer transform cantik.. korang tak nak ke jadi cantik macam mereka..??







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Bahaya jika anda tidak suka minum air. Ketahui 17 Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

2:51 PM 0 Comments A+ a-

Antara pesanan yang WAJIB  disampaikan kepada semuaaa customer tersayang apabila mereka membeli vitamin dengan Fai adalah "Jangan lupa minum air masak sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari ya". Korang tau tak, air masak ni SANGAT PENTING untuk tubuh badan kita tau. Jom kita tengok apa kesan akibat badan kekurangan air..


Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan

1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek). 

2. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak. 

3. Tekanan darah menurun. 

4. Sakit belakang. 

5. Memperlahankan kadar metabolisma badan.

6. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara. 

7. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair. 

8. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik. 

9. Meningkatkan keinginan untuk makan. 

10. Darah menjadi lebih pekat .

11. Degupan jantung semakin meningkat. 

12. Tubuh akan mengalami dehidrasi. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

13. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak. Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi, terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

14. Mengganggu fungsi ginjal. Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. Dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing. 

15. Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian. 

16. Mudah terkena infeksi kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum, kita akan mengalami infeksi. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain. 

17. Kulit menjadi kusam. Ini karena kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.
  




Setiap hari Fai akan pastikan yang Fai minum cukup 2 liter air sehari. Mula-mula memang rasa perit sebab asyik nak ke tandas je. Tapi bila dah biasa minum, kalau tak cukup 2 liter air sehari memang badan akan rasa letih lesu je... Ke mana-mana Fai wajibbb bawa air masak ni. Memang tak boleh la berpisah dengan air. Hihi..


antara botol air yang anda boleh gunakan untuk sukat berapa liter air sehari



Antara tips yang anda boleh praktikkan untuk minum cukup 8 gelas air masak sehari.





Minum air pada waktu yang BETUL memberi kesan mendalam pada tubuh manusia





Korang tau tak?

Antara tips nak sentiasa kelihatan CANTIK dan AWET MUDA adalah dengan minum banyakkk air masak setiap hari.

(>_____<)







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

7 Tips Berniaga Cara Rasulullah

6:01 PM 0 Comments A+ a-

Berniaga Cara rasulullah. Tips ini dikongsikan oleh mentor Fai suatu ketika dulu sewaktu Fai masih lagi baru berjinak-jinak dengan Shaklee. Fai sampaikan ilmu yang beliau kongsikan di sini semoga ianya juga bermanfaat untuk anda.






1. Keuntungan Adalah Sasaran Ke-2

Seseorang peniaga muslim itu, sewajarnya tidak menjadikan keuntungan sebagai sasaran utama perniagaan beliau. Sebaliknya, beliau perlu menjadikan keredhaan Allah SWT itu sebagai punca beliau menjalankan perniagaan.

Dengan menjadikan keredhaan Allah SWT sebagai sasaran pertama perniagaan, peniaga-peniaga muslim akan mampu untuk melakukan perkara-perkara terpuji lain di dalam perniagaan mereka dan pastinya perniagaan akan mendapat keberkatan dan bertambah maju.

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh.(Itu telah menjadi) Janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At Taubah, Ayat 111)


2. Berniaga Mengikut Sunnah

Perniagaan mengikut sunnah junjungan besar Rasullullah SAW adalah perkara yang perlu diikuti oleh kita semua sebagai seorang peniaga muslim. Rasulullah dahulu ketika berniaga, tidak pernah menyakiti hati peniaga lain dan tidak pernah pula berlaku kurang jujur dengan pelanggan. Hal ini diakui oleh mereka yang pernah berurusan dengan baginda SAW sebelum baginda diangkat menjadi rasul lagi.

Dalam satu peristiwa, seorang peniaga bernama Saib bin Ali Saib datang menemui Rasulullah SAW. Melihat Saib datang, Nabi Muhammad berkata, “Mari, mari. Selamat datang saudara saya, dan rakan niaga saya yang tidak pernah bertengkar,” kata Nabi Muhammad.

Saib membalas dengan berkata, “Kita tidak pernah bertengkar sebab tuan peniaga yang sentiasa lurus dan tepat dengan kiraan.” Kisah ini saya petik daripada buku “Cerita Motivasi Untuk Pemimpin” keluaran PTS.

Saya terkenang kembali kata-kata seorang tokoh perniagaan yang berjaya ketika beliau menyampaikan syarahan berkenaan perniagaan beliau, dan salah satu perkara yang dinyatakan oleh beliau berkait dengan teknik Rasulullah berniaga.

Ketika baginda berniaga, baginda menyatakan harga modal yang diperoleh kepada bakal pembeli. Kemudian, baginda menyatakan pula harga jual kepada bakal pelanggan tersebut. Ini merupakan satu contoh perlakuan terpuji Rasulullah yang perlu kita ikuti ketika hendak berniaga.

“Dari Anas Radiallahuanhu berkata Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Barangsiapa yang merasa penat kerana bekerja untuk mencari rezeki yang halal, nescaya terampun segala dosanya”.(Riwayat Al-Imam As-Suyuti)


3. Berkata Benar dan Berlaku Jujur

“Dari Abi Sahid dari Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam Baginda bersabda : Peniaga yang dapat dipercayai dan beramanah, akan bersama para Nabi, orang-orang yang dapat dipercayai dan orang-orang yang mati syahid” (Riwayat Al-Imam At-Tarmizi). Dalam konteks ini, kejujuran ditekankan kerana kejujuran merupakan antara elemen terpenting dalam perniagaan.

Ketika kita berbincang mengenai perniagaan seorang muslim, kita sebenarnya sedang membincangkan satu konsep perniagaan yang membangunkan hubungan kepercayaan di antara peniaga dan pelanggan, dan piawaian ini tidak boleh dicapai dengan adanya dusta dan penipuan.

Pada suatu hari, Nabi Muhammad berjalan-jalan di kawasan pasar bandar Madinah. Baginda lalu di hadapan seorang peniaga yang menjual buah-buahan yang dilonggok-longgokkan.

Rasulullah memeriksa buah-buahan itu dengan memasukkan tangannya ke dalam satu longgokan.
Kemudian Nabi Muhammad menarik tangannya keluar dan menunjukkan jarinya yang basah kepada peniaga itu.

“Apa ini saudara ?” tanya Nabi Muhammad. “Terkena hujan, tuan,” kata peniaga itu.
“Mengapa saudara tidak letakkan buah-buahan yang basah itu di sebelah atas supaya orang dapat melihatnya ?” kata Nabi Muhammad. Kemudian baginda berkata lagi, “Barang siapa menipu, dia bukan pengikut saya.”


4. Buka Ruang Pada Pandangan Serta Kritikan Yang Membina

Walaupun kritikan daripada pelanggan adalah seperti “pil pahit” yang harus ditelan, setiap peniaga muslim harus ingat bahawa yang pahit itu tidak semestinya racun, manakala manis tidak semestinya penawar. Banyak benar contoh yang boleh mengaitkan penawar itu dengan sifat ‘pahit sedikit’.

Kritikan yang berasas dan membina merupakan keperluan dalam perniagaan yang kadang-kadang tidak dipandang oleh peniaga Muslim. Mereka menganggap kritikan itu lebih membawa keburukan kepada perniagaan mereka. Sebenarnya mereka tersilap. Dengan kritikan yang membina itu, seorang usahawan itu bukan sahaja boleh bertahan lebih lama, bahkan mampu untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau ke medan yang lebih luas.


5. Sasarkan Matlamat Yang Lebih Tinggi

Usahawan muslim sewajarnya tidak berada di takuk yang sama. Sewajarnya dengan pelancaran produk baru, target perniagaan bagi jangka waktu sederhana serta jangka waktu panjang juga telah dilaksanakan.

Ini juga bererti, perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muslim perlu mempunyai sistem yang mantap. Sistem yang tersusun dan saling melengkapi antara satu sama lain. Bagi menerangkan hal ini, kita semak kembali apa yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam surah As-Saff ayat 4 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berjuang dijalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.”


6. Bekerjasama Dengan Muslim Lain Dalam Pasaran Anda

Ini mungkin perkara yang sangat sulit bagi sesetengah usahawan. Saling tunjuk menunjuk, tuduhan demi tuduhan dan teknik menikam dari belakang sering menjadi pilihan sesetengah muslim yang memasarkan produk yang sama dengan pesaingnya. Tapi ini sama sekali bukan etika ekonomi seorang muslim harus bekerja.

Persaudaraan dalam umat tidak wajar dilupakan. Pertimbangkan untuk membentuk sebuah kesatuan usahawan Muslim yang terdiri daripada peruncit atau pengedar serta boleh sama-sama berkongsi pengalaman, dan belajar untuk bekerja sama. Kerjasama ini tidak lain dan tidak bukan dapat menguntungkan pengguna Muslim itu sendiri, dan akhirnya menguntungkan perniagaan Muslim sendiri.


7.Jangan Menjual Benda-Benda Haram

Harta yang halal membawa keberkatan dalam hidup. Ini merupakan ungkapan yang boleh digunakan untuk menjelaskan tip terakhir ini.

Ingatlah bahawa orang yang mendapat rezeki dari sumber yang tidak halal akan membawa akibat yang buruk seperti rezeki yang diperolehi tiada keberkatan di dalamnya, hilang kepercayaan orang ramai kepadanya, tidak akan diterima doanya, akan mendapat tempat yang hina di sisi Allah Subhanahu Wata’ala dan dimasukkan ke dalam api neraka.

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya : “Dari Khaula Al-Ansariah Radiallahuanha ia berkata : Aku mendengar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Bahawasanya orang yang mencampur adukkan harta Allah dengan jalan yang tidak halal, maka mereka akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat kelak”. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)





Berniagalah demi mencari Redha Allah, inshaaAllah perniagaan kita akan maju jaya.







Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Jadilah seperti LEBAH, jauhi labah-labah

4:46 PM 0 Comments A+ a-

Mungkin Fai agak terlambat sebab baru nak follow Page Warga Prihatin ni. Bagi Fai, kesemua penulisan di page ini dapat memberikan makna dan kesan yang sangat mendalam kepada sesiapa sahaja yang membacanya. Antara penulisan yang terkesan di hati Fai adalah tentang entri ini JADILAH SEPERTI LEBAH, JAUHI LABAH-LABAH... 

Jom kita sama-sama hayatinya...

Al-Quran dijadikan sebagai petujuk kepada umat manusia tentang kebenaran dan kebatilan. Ia juga terkandung bukti supaya dapat kita membezakan baik dan buruknya. Kita diciptakan oleh Allah untuk mengikut petunjuk yang diberikan dalam Al-Quran. Jika kita tidak membaca Al-Quran bagaimana hendak mengetahui petunjuk dan bukti yang diberi? Bagaimana pula kita hendak membezakan yang haq dan batil?

Dah jumpa dimana letaknya naskah terjemahan Al-Quran anda saat ini? Atau anda belum beli lagi? Belum install lagi dalam komputer dan smartfone anda? Memory dah penuh dengan lagu?

Tuhan tidak menciptakan manusia dengan sia-sia. Ada fungsi dan tugas kita sebagai hamba. Jika kita masih bermegah di atas dunia, nyatalah kita masih belum mengaku diri sebagai hamba. Tugas hamba adalah patuh kepada tuannya. Jika tidak patuh maka murkalah tuan punya hamba. 

Fungsi kita di dunia ini sudah terbalik. Kita lupa siapa Allah sebagai PENGATUR. Kita terjerat, menjadi mangsa sistem hidup dan ekonomi aturan YAHUDI. Itulah cara labah-labah. Ia meletakkan sarangnya seluruh dunia. Kitalah mangsanya yang terperangkap tanpa mampu berbuat apa-apa. Rupa kita masih sama, tapi dalaman kita sudah rompong disedut mereka.

Kita hanya membuta tuli mengikut aturan mereka, HAMBA kepada sistem mereka. Kita bekerja dan hidup 24 jam dengan agenda pembodohan manusia untuk sujud patuh pada HARTA, WANITA dan PANGKAT DUNIA. Kita langsung menjauhi nilai Islam yang sebenar. Hilang agama, hilang JEMAAH, malah pohon tauhid kita langsung ditebas, diracun akarnya supaya kita hilang arah mencari diri kenapa dan bagaimana kita harus jadi MUSLIM! 




APA CIRI LEBAH?

Lebah, hanyalah serangga. Besar manalah sangat saiz seekor lebah, jika hendak dibandingkan dengan kita manusia, yang Allah telah lantik untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Hebatnya serangga kecil ini kerana cara hidup berjemaah. JEMAAH LEBAH ini taat pada POHON DAN RUMAH yang SATU. Di situlah tempat bergantungnya SARANG mereka yang SATU. POHON yang terpilih itu pula pohon yang baik; akarnya teguh, cabangnya melangit. Dahan yang dipilih pula jauh dari gangguan. Pokok itulah sistem tauhid Allah yang punya maruah yang tinggi, berdiri dengan sendirinya dan memberi manfaat, merahmati alam semesta. 

Allah sendiri menceritakan perihal lebah dalam Al-Quran (Surah 16; An-Nahl). Adakah Allah menceritakan perihal lebah untuk suka-suka, sekadar untuk kita menghayati keindahan seekor lebah? Sekadar mahu khabarkan yang Allah berkuasa mencipta lebah? Sesungguhnya tidaklah Allah jadikan sesuatu dan menceritakannya dengan sia-sia. Setiap yang diceritakan di dalam Al-Quran ada pengajaran, ada manfaat bagi mereka yang sudi mendengar, melihat dan berfikir.

Al-Baqarah :2, “Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; PETUNJUK bagi mereka yang bertaqwa”.
Al-Baqarah :5 “Merekalah yang mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”.

Maha Bijaksana Allah, dijadikan seekor lebah sebagai perumpamaan. Tidak Allah jadikan sesuatu yang ghaib, yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita sebagai petunjuk, panduan dan pengajaran bagi kita. Segala yang Allah jadikan petunjuk itu wujud dan ada di sekeliling kita. Beruntunglah mereka-mereka yang mencari dan mendapat petunjuk dari Allah.

Carilah yang baik-baik seperti lebah untuk merahmatkan alam, memilih nektus yang terbaik. Lebah sedut madu dari pelbagai bunga, dikumpul jadi makanan dan ubat terbaik untuk manusia. Bunga tidak layu, bahkan lebah membantu pendebungaan. Tidak seperti habit labah-labah yang memangsa bersendirian. Tidak banyak bergerak, hanya dengan memerangkap mangsa saja. Mangsa yang terperangkap akan disedut isinya, meninggalkan rupa saja. 


KAITAN LEBAH DENGAN UMMAT MANUSIA

Dajjal itu berupa-rupa. “Jika datangnya selepas aku tiada, maka setiap diri harus jaga diri masing-masing” nabi kata. Jika Dajjal merosak fahaman, maka lawannya ialan Nur Muhammad, cahaya ilmu dari Nur Allah. Hari ini rasanya sudah lebih 73 ajaran sesat diseluruh dunia. Ironinya, Dajal-Dajjal yang nak menyesatkan kita juga pakai quran. Orang yang kurang berfikir akan bertanya, bagaimana hendak pilih 1 YANG HAK DARI 73? Ramai juga yang takut tersalah pilih? Janganlah bila takut, terus langsung kita tidak memilih dan berusaha. 

Gunakanlah akal untuk berfikir. Allah telah memudahkan Al-Quran sebagai pelajaran. Allah tanya berulang kali dan ditanya lagi, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan? (54 Al-Qamar: ayat 17,22,32,40). Tentu Allah tahu kita tidak mahu ambil pelajaran kerana itu Allah ulang pertanyaan itu berkali kali.

Jika kita masih terkapai-kapai dengan soalan-soalan berkaitan ketuhanan, maka hendaklah kita MENCARI seperti jemaah lebah. Tuhan kurniakan akal untuk kita fikir dan fizikal badan untuk digerakkan dalam usaha MENCARI kebenaran. Ikut proses lebah dalam mencari makanan yang terbaik untuk dibawa pulang ke sarang dengan memilih nektus yang terbaik. Kata kunci disini adalah CARI, PILIH YANG TERBAIK DAN KONGSIKAN. 

Setelah dikumpulkan maka terhasillah satu sarang yang penuh dengan nectar terbaik dari ladang. Begitu juga kehidupan manusia di dalam proses mencari tadi, kita perlu berjemaah yang membawa kepada kesatuan dan bukannya perpecahan. Masing-masing mencari dan bawa kepada jemaah untuk disucikan, dirumus dan laksanakan bersama bagi mendapat kemanisan ilmunya. Itulah sunnah iqra’ dan aqimuddin secara berjemaah. Barulah ia dapat menyembuhkan pelbagai penyakit akhlak di kalangan masyarakat yang kini asyik bersengketa.

Di dalam surah An-Nahl Allah perintahkan kita untuk memerhati tingkah-laku lebah sebagai zikir atau nasihat kepada kita. Di dalam sarangnya ada struktur organisasi yg tersusun dan teratur, ada satu pemimpin dan ada pekerja-pekerjanya yang memainkan peranan masing-masing. Sebahagian lagi ditugaskan untuk mencari madu di luar. Perumpamaan yang Allah hadirkan kepada kita di dalam al-Quran bukanlah untuk dijadikan permainan ataupun senda gurau. Ia memiliki fungsi yg saling terkait untuk satu sama lain. 

Seperti mana dalam firman Allah dalam surah Al-Imran 3:191 bahawa “… tidaklah Allah jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..”. Maka hendaklah kita bertafakkur dan bertadabbur dengan ayat-ayat Allah ini.





PERANAN UMMAT ISLAM

Cuba kita kaitkan gerak-kerja lebah dan sistem organisasinya dengan ummat Islam hari ini. Apakah kita memainkan peranan kita sebagai seorang insan yg bergelar muslim yakni berserah diri menunaikan tanggungjawab kita dalam menyeru manusia kepada Allah? Lihat sahaja kehidupan ummat dan dunia Islam hari ini. Bagaimana keadaannya? Kita yakin bahawa kita bukan di tampuk yang atas, bahkan kita telah lama tenggelam sedalam-dalamnya. 

Apabila kita melihat saudara seagama kita ditindas apakah reaksi kita? Apakah kita memainkan peranan seperti lebah? Bila sarangnya di serang, sekumpulan lebah akan menyerang kembali. Kita? Bukan kata saudara seIslam, nasib keluarga sendiri pun belum tentu terbela lagi.

Lihat contoh menentukan awal puasa. Kita adalah ummat yang satu, anak bulan yang satu. Kita berpuasa dengan melihat anak bulan yang sama. Itulah satu perintah global yang Allah tunjukkan kepada kita bahawa di mana pun seorang muslim itu berada , petunjuknya hanya satu. Allah mendatangkan al-quran sebagai mukjizat untuk ummat Muhammad. Maka gunakanlah ia sebaik mungkin sebagai syafaat di dunia lagi, bukan sahaja di dalam kubur. Bacalah ia sebagai panduan ketika hidup, bukan DIBACAKAN sewaktu mati nanti !

Nabi Muhammad sentiasa mengenangkan ummatnya yang hidup jauh dari zaman baginda. Bagaimana kita yang masih hidup sihat dan waras ini mengingati dan membalas jasa perjuangan baginda? Apakah sumbangan kita pada agama dalam menghidupkan Islam hatta di dalam rumah sendiri? Di dalam batang tubuh sendiri??

Kesatuan kita amat rapuh kerana berjayanya agenda Yahudi memecah dan perintah jiwa kita yang telah mengikut saja dengan rela dan redha. Kita tidur lena tanpa pakaian agama – bogel tanpa ilmu dan panduan. Masih belum cukup malukah kita bila aurat agama dilondehkan dengan segala penyakit jiwa yang membenihkan jenayah dalam agama. Belum lagi dikupaskan isu-isu fanatisme dan membawa agama sebagai habuan dunia, meraih kekayaan dan menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah untuk kesenangan peribadi.

Inilah antara punca-punca Islam itu dipandang sepi dari satu harakah memerintah dunia dengan ADIL dan memandu manusia kepada rahmat seluruh alam. LEBAH yang sepatutnya bersatu sudah kematian RATU. Itulah situasinya sejak sistem Khalifah Islam sedunia yang ditetapkan Allah itu dimansuhkan pada 1924. Hidup kita seperti bangkai yang menagih nyawa – itulah yang Yahudi jenamakan kita! Sewenang-wenang mereka katakan dengan angkuh yang kita Muslim ini sudah macam BANGKAI semata-mata.

Kocak fikir
WARGA PRIHATIN



Banyakkk lagi perkongsian menarik di page Warga Prihatin.. 
Ada masa Fai akan share lagi di sini...






Fai Nardir 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com