Tauhu Terbalik versi Fai Nardir

3:13 PM 2 Comments A+ a-

Sejak dua menjak ni rajin pula rasanya nak masak yang remeh-remeh. Tapi takde lah remeh sangat pun, senanggg je tauhu terbalik ni. Resi asal dari Ketuk-ketuk Ramadhan Sheila Rusli. Dah lamaaa dah, tak ingat tahun berapa. Rasa dalam tahun 2011... Macam mana Fai tetiba boleh nak buah tauhu terbalik ni?? Kebetulan masa bawak Adam jalan-jalan kat Tesco, ternampak la tauhu ni. Dan-dan time tu jugak teringat yang dulu Fai pernah buat dengan ibu. Fai pun beli la bahan-bahan nak buat tauhu terbalik ni. Simple je resepinya... Cuma ambil masa sikit untuk terbalikkan tauhu dan buang isinya... Hehe..

Meh tengok gambar ni..


CARA TERBALIKKAN TAUHU (ikut je step 1-5)



Isinya Fai main campak-campak je. Isi tauhu tu campur dengan udang basah, dada ayam yang dah dipotong dadu dan sebuji telur. Fai buat untuk 9 keping, udang dalam 15 ekor, dada ayam tu dalam lebih kurang 1/4 kg... Sebab Fai suka sumbat tauhu tu MAMPAT-MAMPAT. Hihihi... Ops lupa pula, nak lagi sedappp, gaulkan sekali isi tauhu tu dengan daun sup dan daun bawang dan tambah garam secukup rasa. Hihi..

Masa nak goreng, terbalikkan dulu tauhu tu ye macam dalam gambar. Barulah nampak ala-ala kelopak bunga. Hihi.. Bila dah garing, baru terbalikkan. 




Tauhu terbalik ni sedappp makan panas-panas. Kulit tauhu tu ranguppp macam kulit ayam, tapi lagi sedapppp dari kulit ayam. Tak percaya, cubalah ye...






FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com



Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)