Resepi Jemput-jemput Nasi Sedappp...

4:05 PM 0 Comments A+ a-

Mood rajin tiba-tiba sampai. Hihihi... Kebetulan pagi semalam ada nasi sejuk, apalagi Fai pun google la resepi jemput-jemput nasi ni. Teringat dulu ibu pernah buat. Senanggg je rupanya... Resepi ni Fai ambil dari TiffinBiru...


BAHANNYA :-)

2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar, hiris 
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 biji bawang besar, didadu

(Fai tak letak bawang besar dengan bawang putih sebab Adam tak suka bawang, hihi)
1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
1 biji lada merah, hiris halus

(lada merah pun Fai tak letak, hihi)
Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng



CARA MEMBUATNYA :-)


Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.

Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.

Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.




credit




Inilah rupa jemput-jemput nasi Fai. Sukaaaa Adam makan, habisss 3 biji. Hihi...







Fai Nardir  
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)