Resepi Ayam Masak Merah sedappp untuk amatur...

5:05 PM 0 Comments A+ a-

Hari ni mood Fai terlebih baik, masak ayam masak merah untuk lunch merangkap dinner sekali. Hihi... Credit kepada Kak Yatie untuk resepi ni. Setiap resepi yang Fai dah cuba, Fai akan simpan di sini untuk rujukan kot2 Fai terlupa resepi ni bila nak masak lain kali. Hihihi... Semoga resepi ini juga bermanfaat untuk korang...


Bahan-bahan.

1 ekor ayam
1 sk serbuk kunyit(utk goreng ayam)
1 sk garam(utk goreng ayam)
1 cwn sos tomato (fai ganti dengan sebiji tomato yang diblender)
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar kerisek

(Fai tak guna sos cili dan kerisik)


Bahan Kisar

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 cawan cili kisar
2 batang serai
1 inci lengkuas


Bahan Tumis

1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga (tak guna buah pelaga sebab takde kat rumah,hihi)
1 kuntum bunga lawang
1 bji cengkih
1 biji bawang besar(hiris)
1 ulas bwng putih (hiris)
garam dan sedikit gula
minyak utk mengoreng ayam dan menumis
Daun sup sebagai hiasan.


Cara-cara.

Potong ayam ikut suka,basuh dan toskan.Lumur serbuk kunyit dan garam dan goreng hingga separuh masak.Ketepikan dulu..
Blend bawang besar, bawang putih, halia,cili kisar, serai dan lengkuas.
Panaskan kuali dan letak minyak utk menumis.
Tumis bawang besar yg di hiris bersama2 dengan kayu manis,buah pelaga,bunga lawang dan cengkih.
Masukkan bahan2 yg di kisar. Tumis hingga naik bau/naik minyak.
Masukkan tomato yang diblender, sos cili dan sedikit air (agak2 je).
Masukkan garam, gula dan kerisik.Gaul hingga sebati.
Akhir sekali masukkan ayam yg telah di goreng tadi.
Biarkan sambil di gaul sebati.Dah siap boleh di hidangkan.
Taburkan daun sup sebagai hiasan.




Gambar freshhh dari kuali. Tak sempat masuk pinggan dah snap gambar. Hihi...




Fai memang ikut resepi ni bulat2. Amatur lah katakan. Tapi memang jadi. Sedappppp.... Fai biasa juga masak ayam merah ni, tapi Fai tak guna lengkuas. Mungkin sebab tu sebelum ni rasanya kurang umphhh. Hehehe.. Cubalah ye..







FAI NARDIR 
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com







Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)