8 perkara yang tak akan dilupakan oleh ibu yang sedang hamil
- 8:52 AM
- By Fai Nardir
- 1 Comments
Bila teringat semula kenangan PERTAMA sewaktu mengandungkan Adam dulu, memang Fai tak akan lupakan 8 perkara ini. Perkara yang akan buat si ibu sangat teruja dengan kandungannya, lebih-lebih lagi ianya adalah kali PERTAMA si ibu itu hamil. Bagi Fai, walaupun hamil kali kedua, perkara ini tetap menjadi yang pertama kerana setiap anak lain ragamnya...
1. Pertama Kali Dengar Degup Jantung Si kecil
Rasa macam nak menangis bila pertama kali dengar degup jantung si
kecil! Macam tak percaya ada insan kecil yang perlu dilindungi dalam
perut anda. Biasanya degup jantung dapat didengar semasa doktor membuat
ujian imbasan semasa kandungan berusia 12 minggu.
Menitik air mata sewaktu kali pertama dengar degupan jantung Adam ketika ini..
2. Tendangan Pertama Orang Dalam
“Oh macam ni rupanya rasa kena tendang dari dalam perut.” Mungkin itu yang terlintas di fikiran anda. Cute je
rasa bila kaki kecil bayi anda mula membuat gerakan tendangan dalam
perut. Terasa geli tetapi dalam masa yang sama muncul perasaan bahagia.
Biasanya ibu mula merasakan tendangan pertama ketika usia kandungan
antara 16 – 24 minggu.
Masa adam dulu, genap 20 minggu Fai dapat rasa tendangannya. Perasaan masa tu memang tak dapat diungkapkan... Hanya Allah je yang tahu betapa bersyukurnya kami...
3. Berbual Dengan Bayi
Terasa seronok apabila boleh berbual-bual dengan bayi sambil mengusap
lembut perut. Ia merupakan rangsangan awal yang terbaik kepada bayi
anda. Bayi akan memberikan respon pergerakan apabila ibu kerap berbual
dengannya. Itu tandanya bayi kenal anda adalah ibunya.
4. Isyarat Bayi Kenyang Dalam Perut
Kalau ibu terasa lapar, bayi kerap membuat pergerakan tetapi bila ibu
sudah makan, biasanya bayi tidak banyak ragam dan akan kurang pergerakan
serta tidur lena di dalam rahim ibu.
5. Membeli Pakaian Mengandung
Perubahan fizikal bentuk badan ibu mengandung membuatkan anda perlu
menukar pakaian sedia ada dengan pakaian mengandung. Belilah koleksi
yang boleh dipakai dua dalam satu iaitu baju mengandung termasuk baju
menyusu.
Dulu Fai tak banyak beli baju hamil, Fai banyak pakai jubah. Jeans pun ada satu je..
6. Mencari Nama Bayi
Terujanya! Jangan sampai anda suami isteri bertengkar kerana memilih
nama bayi sudah. Pilihlah nama bayi yang mempunyai makna yang elok.
Tentang nama ni kami tiada masalah, memang sepakat nak namakan si kecil dalam perut dengan nama ADAM HUSSIN.
7. Membeli Kelengkapan Bayi
Ini juga antara perkara yang paling menyeronokkan apabila hendak sambut
orang baharu. Kalau tak tahu nak mula beli barang apa dulu, lebih baik
anda buat senarai barang yang perlu ada untuk menyambut kelahiran bayi.
Utamakan membeli barangan kelengkapan yang wajib ada dahulu, jangan
membazir beli barang yang tidak perlu walaupun anda tidak tahan melihat
‘kecomelan’ barangan tersebut.
Ini memang paling teruja. Fai beli masa baby fair. Geram tengok baju2 baby comel2... Semuaaa rasa nak borong. Hihihi...
8. Merasa Kontraksi Pertama
Pengakhiran sebuah kehamilan adalah merasai kesakitan kontraksi untuk
melahirkan bayi. Kesakitan yang memang tidak boleh dibayangkan oleh
kebanyakan wanita yang pertama kali mengandung pasti akan menjadi
kenangan yang paling tidak akan dilupakan oleh mereka sampai bila-bila.
Ya, waktu kontraksi memang tak dapat dilupakan. Sampai sekarang Fai masih ingat lagi macam mana rasa sakit kontraksi ketika itu. Tapi bila baby dah selamat lahir, rasa sakit tu hilang serta merta.
Kepada ibu yang sedang hamil ketika ini, nikmati segala pengalaman
baharu yang anda lalui itu dengan penuh kegembiraan kerana ia sangat
berharga.
credit: Pa&Ma
![]() |
Adam Hussin hari pertama lahir ke dunia.. |
Fai Nardir
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com
1 comments