7 Cara Mengetahui Jantina Bayi yang Dikandungkan

1:08 AM 2 Comments A+ a-

Jika anda sedang hamil, pastinya anda tidak sabar nak tahu apakah jantina bayi yang dikandungkan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda sedang hamil anak sulung. Betul kan? Jom semak apakah 8 cara upyang boleh dilakukan untuk mengetahui jantina bayi yang dikandungkan





1. Jika anda hamil anak lelaki, kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit. Sebaliknya jika anak perempuan, degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.

2. Jika perut anda "rendah", memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”, menandakan anda hamil anak lelaki. Jika perut anda bulat dan "tinggi”, menandakan anda hamil anak perempuan. Ini biasanya orang-orang tua yang tahu, tengok dari bentuk perut kita je mereka dah dapat teka samada anak lelaki atau perempuan. 

3. Anda sangat berseri-seri ketika hamil anak lelaki tetapi sebaliknya, anda akan kelihatan agak "selekeh" jika hamil anak perempuan kerana dipercayai si anak mengambil seri daripada ibunya. Hihi..

4. Jika hamil anak lelaki, anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan. Jika anda hamil anak perempuan, anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.

5. Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri sekiranya hamil anak lelaki manakala Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan sekiranya hamil anak perempuan. 

6. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging jika hamil anak lelaki. Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula jika hamil anak perempuan.





7. Gunakan soda bikarbonat (serbuk penaik) bersama air kencing ibu paling pekat (awal pagi). Sekiranya air kencing anda berbuih, bermakna anda mengandungkan anak lelaki. Tetapi jika soda bikarbonat itu tidak berbuih, bermakna anda sedang hamil anak perempuan.



[Credit: babycenter, siraplimau ]



5 daripada 7 cara di atas memang betul sewaktu Fai pregnantkan Adam. Fai takde alahan teruk dan Fai memang sukaaa sangat makan cheese. Apa jer yang ada cheese Fai suka, kek cheese, nan cheese, tat cheese... Semualah! Hihi... Ramai juga yang tegur Fai semakin berseri-seri masa pregnantkan Adam dulu. Tang perut tu memang betul sangat, nampak bujur bukan bulat. Erm, cara nombor 7 tu Fai baru pertama kali tahu. Boleh la cuba kalau pregnant lagi. Hihihi...






Fai Nardir
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

2 comments

Write comments
Azura Aziz
AUTHOR
August 20, 2015 at 1:25 PM delete

ohh yg no 7 tu mcm interesting nk cuba haha.. Insya Allah next pregnant nanti..

Reply
avatar
AnneRaini
AUTHOR
August 20, 2015 at 4:14 PM delete

bab berseri tu akak rasa dua2 kali pregnant akak selekeh walaupun satu lelaki satu pompuan. pastu dua2 pon mabuk cuna mabuk yg pompaun lebih lama. yg lain pon xde kena mngena.. hehe

Reply
avatar