Jangan Percaya SHAKLEE... WAJIB BACA!!! 5 Fakta Penting yang akan mengubah PERSEPSI anda tentang Shaklee...

7:03 PM 0 Comments A+ a-

Ya, entri ini khas untuk anda yang tidak sukakan Shaklee. Anda WAJIB BACA 5 Fakta PENTING ini... Dan ianya PASTI akan mengubah persepsi anda tentang Shaklee... Shaklee BUKAN jenama supplement Cap Ayam, tetapi ianya satu jenama yang GAH dan UNGGUL. Produknya DIJAMIN SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI.... Sebenarnya entri ini diambil daripada blog Dr.Malinda... Tetapi Fai terjumpa entri ini bukan dari blog beliau, dari blog seorang Shaklee Independent Distributor yang sentiasa follow penulisan beliau di blog. Fai pun SANGAT KAGUM dengan penulisan Dr Malinda ini... Jemput baca...
_________________________________________________

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

Dah lama juga tak menulis di blog ni. Rindu rasanya :)

Rasanya entry kali ni nak share tentang Shaklee. Sebab pelbagai feedback yang saya terima beberapa minggu kebelakangan ini. So, saya just nak share some facts yang boleh membantu anda membuat perbandingan.

Ha ha.. Tajuk jer dah macam kontroversi kan?

Serius, Memang Betul.

Jangan percaya Shaklee selagi anda tak tahu 5 fakta penting ini.

10 tahun lepas, ketika saya mula-mula memilih Shaklee sebagai supplement kami, saya biasa dengar orang-orang lama dalam Shaklee kata Shaklee ni Supplement No 1 yang terbaik di dunia. Saya senyum jer tapi dalam hati kata, ye ke? Ye la tuh.. Semua orang berniaga akan kata dia punya no 1..hihi

Tapi setelah beberapa lama dalam bidang ini, saya semakin nampak ‘the true colour’ of this industries.

Mujurlah saya dulu agak cerewet dalam memilih supplement yang sesuai untuk keluarga dan dengan izin-NYA, kami dipertemukan dengan Shaklee.

Bahaya juga jika tak ada ilmu, tak tahu tapi makan saja sebab ikut kawan. Kawan ke laut, kita pun ke laut juga.. aduhai..


Ok, ini 5 Fakta Penting yang anda perlu tahu adalah :

1. Banyak brand tersohor tidak menepati standard seperti yang di tulis pada label kandungan nutrisi produk mereka.

Jika kita lihat laporan di New York Times baru-baru ini, FDA telah membuat ujikaji ke atas beberapa brand supplement yang tersohor dan mendapati bahawa sekurang-kurangnya 4 daripada 5 produk yang dijual tidak mengandungi apa yang tertulis di label.

Ia juga mengandungi herba yang merbahaya dan bahan fillers murahan yang berpotensi untuk menyebabkan kesan sampingan dan alahan terhadap pengguna. Syarikat-syarikat tersebut diarahkan untuk menghentikan penjualan produk berkuatkuasa serta merta.





Kita memang perlu concern sebenarnya dengan supplements yang kita ambil. Jangan main hentam sahaja.

GNC, Target, Walgreens and Walmart adalah antara jenama yang dikenalpasti berpotensi memberikan kesan negative terhadap kesihatan pengguna. Anda boleh baca penerangan selanjutkan di :

http://www.msn.com/en-us/news/crime/new-york-attorney-general-targets-supplements-at-major-retailers/ar-AA8VmjN?srcref=rss

Lihat –> Betapa industri dan syarikat yang tidak bertanggungjawab memanipulasi kita sebagai pengguna!.

Pernah ada seorang sahabat saya yang berpeluang untuk berjumpa dengan seorang pakar farmaseutikal di Taiwan yang bertugas dengan kerajaan di sana untuk memeriksa kandungan setiap supplements dan supplements sebelum di pasarkan di Taiwan, mereka mendapati adalah normal jika kandungan supplements lebih rendah dari apa yang di labelkan di botol kerana memang banyak syarikat yang bersifat sedemikian. Tidak telus. Ala-ala mencuri timbangan.

Contoh jika Vitamin C dilabelkan 500 mg, pada hakikatnya biasanya akan lebih rendah dari apa yang ditulis, tetapi jika masih 50% dari kandungan, piawai masih boleh di terima untuk dipasarkan.

Kita bayar untuk 500mg tapi dapat hanya untuk 250mg. Tak adil kan?

Dan beliau atas inisitif sendiri membuat ujian ke atas Multivitamin Shaklee (Vitalea), just nak tengok kualiti terbaik yang diperkatakan, dan dia sangat terkejut kerana apa yang ada di label adalah sama dengan apa yang ada di dalam tablet yang diuji.

Shaklee delivered what has been stated. Dan off course, semenjak dari itu dia menjadi penguna produk Shaklee semenjak dari itu. It worth the money.


2. Terdapat bahan merbahaya atau dadah yang disembunyikan dalam produk kesihatan

Tadi menipu. Ini pula lagi merbahaya. Membunuh dalam senyap!

Saya pernah ada seorang client saya bertanya tentang supplements kurus yang sangat hot pada waktu tu – Acai Beri. Penuh testimoni di fb menunjukkan pengguna yang tak berdiet dan tidak bersenam turun 20kg sebulan dan sebagainya.

Dia tunjukkan pada saya botol tu dan saya baca, di situ hanya tertulis jenis-jenis herba yang ada dan jika hanya mengikut label, saya berpendapat tidak ada masalah untuk digunakan.

Hanya kandungan dari buah-buahan. Ok apa? Nutrisi yang bagus tetapi saya masih pelik, mana boleh makan phytonutrients sahaja boleh kurus mudah sebegitu rupa?

Mesti ada something yang menyebabkan berat boleh turun giler-giler macam tu. Produk tersebut telah dihantar ke makmal untuk diuji dan ternyata laporan menunjukkan ia mengandungi bahan kimia jenis Sibultramine – sejenis dadah yang telah diharamkan penggunannya untuk slimming.

Nah? Tak tulis pun di label tu ada Sibultramine! Menipu kan namanya tu?

Sibutramine boleh meningkatkan tekanan darah, meningkatkan kadar nadi, mengganggu fungsi jantung dan saraf, dan seterusnya boleh memberikan risiko kepada pesakit yang mempunyai penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, strok dan kematian.




Dah ada yang mati, baru kelulusan di tarik balik? Huhu.. apa cerita? Kalu kita yang mati, nyawa tu baoleh ganti balik? Haru betul kan?

http://www2.hmetro.com.my/articles/Produkacaiberiberacun/Article/

Tak berbaloi rasanya mengeluarkan duit tapi merosakkan diri sendiri. Hilang nak kurus, mati jadinya. Sadiss!

Nak kurus ke, Nak PUTIH ke, Nak cantik ke hatta nak sihat pun perlu ada ilmu.

Perlu berhati-hati dengan apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita.

Nasihat tulus ikhlas dari saya – Jangan makan ikut trend. Makan ikut apa yang diperlukan oleh tubuh kita. Pilih yang berkualiti tinggi. Luangkan masa untuk melihat dan meninjau sedikit apa yang kita ambil dan kita laburkan untuk kesihatan.


3. Banyak supplement tidak melalui ujian klinikal

Tak guna bayar supplements bertahun-tahun untuk merosakkan buah pinggang! Kita mahu yang terbaik untuk kesihatan, biar tua dan sihat.

Dan salah satu standard untuk mengetahui kebaikan sesuatu rawatan atau ubat biasanya setiap produk mestilah melalui ujian klinikal – iaitu ujian yang dijalankan ke atas manusia, dengan membandingkan kumpulan yang menggunakan rawatan ini berbanding kumpulan yang tidak menggunakan (placebo).

Dan kajian seperti ini memerlukan biaya yang sangat besar. Menelan puluhan ribu sehingga ke jutaan ringgit bergantung kepada besar saiz kumpulan ujian. Kebanyakkan syarikat fokus pada mempromosikan produk.

Jika bayar artis sebagai duta sahaja dah banyak menelan belanja. Menjadi penaja program realiti dan berjuta biaya. Kualiti Produk? Ntah nombor berapa.

Tetapi supplement pula adalah dalam kategori makanan dan ia sebenarnya tidak perlu dibuat ujian klinikal sebelum dipasarkan. Anda boleh memproses products, hantar ke makmal untuk kelulusan KKM dan boleh terus dipasarkan. Tidak perlu ujian klinikal. Yang tak ada kelulusan KKM pun melambak di pasaran.

Tetapi, ini masih tidak dapat memastikan kesan jangkamasa panjang, bila ada laporan kesan sampingan then baru produk itu di tarik balik dari pasaran. Bukan supplements sahaja, ubat yang melalui pelbagai tahap ujian pun juga ada yang di tarik balik dari pasaran kerana ramai yang mati selepas makan. Ha? Betul. Serius. Ini fakta bukan auta.

Shaklee mengambil langkah yang menyebabkan saya boleh terima kualitinya sebagai supplements yang berkualti tinggi (medical supergrade). Saya dipertemukan dengan Shaklee lebih 10 tahun lepas sepertimana yang saya perkongsikan di http://www.drmalinda.com/2013/09/my-shaklee-story.html.

Saya bukan taksub pada jenama Shaklee tetapi saya semakin kagum dengan kualiti yang ada.

They walk their talk : Always Safe, Always Work, Always Green. Hanya yang berani sahaja akan menggunakan tagline ni kerana if it is not work or not safe or harm to nature –> bila-bila masa sahaja ada posibilities kena saman.

Dalam 10 tahun bersama Shaklee, banyak kali produk tidak di keluarkan kerana bahan mentah tidak mematuhi piawaian. GLA pernah tidak dikeluarkan kerana kualiti tidak mencapai standard yang tertinggi. Biar rugi, yang penting kualiti tertinggi terjaga. Mereka nak pastikan kita makan yang terbaik sahaja.

Banyak syarikat, tak de ujian apa-apa pun, suruh kilang orang lain buat, letak jenama sendiri, kualiti ntah ke mana, yang penting boleh jual.

Salah satu kajian yang saya respects iaitu kajian ‘berani mati’ yang menyebabkan saya rasa jika saya ada company sendiri pun belum tentu sanggup nak buat.

Kajian ini dilakukan oleh pihak ketiga, mereka tidak ada kena mengena dengan Shaklee dan jika keputusan baik atau buruk akan dipublish dan seluruh dunia akan mengetahuinya.

Kajian Landmark ini bertujuan untuk melihat tahap kesihatan pengguna-pengguna supplements Shaklee yang telah menggunakan rangkaian produk Shaklee lebih dari 20 tahun berbanding individu yang tidak mengambil supplement dan individu yang menggunakan jenama lain.





Dr. Gladys Block, world class scientist bersama team saintis di School of Public Health, University of California, Berkeley menjalankan kajian ini. No hanky panky. Keputusan tidak boleh dibeli.

Jika keputusan pengguna Shaklee lebih teruk berbanding yang tak makan supplement, mahu bungkus company. Sebab tu saya kata memang kajian seperti ini berani mati. Hanya yang betul- betul confident dengan produk mereka sahaja berani keluar duit untuk kepastian ini.

Cuba anda tanya dengan pemilik-pemilik syarikat supplement yang menjual pelbagai produk kesihatan, berani tak mereka keluarkan jutaan untuk tujuan memastikan produk mereka selamat digunakan untuk jangkamasa panjang? Cer tanya.

So far, Shaklee satu-satunya syarikat supplements yang telah membuat kajian jangkamasa panjang seperti ini – Landmark study.

Nak tau keputusan kajian? Ok ke tidak?

Mesti nak tau kan? Sebab kalu keputusan tak ok, better anda stop makan Shaklee. Jangan membazir duit.





Cuba anda perhatikan keputusan di atas.

Ada 3 kumpulan :
1. Pengguna Shaklee (lebih dari 20 tahun)
2. Pengguna Multivitamin (jenama lain)
3. Tidak mengambil supplements langsung.

Dan, jika anda perhatikan, di antara tiga kumpulan kajian golongan yang berisiko tinggi untuk penyakit kronik adalah bukan golongan yang tidak makan supplement tetapi golongan yang menggunakan multivitamin pelbagai jenama!

See? Menggunakan supplement meningkatkan risiko penyakit kronik. Lebih baik tak payah makan. Betul?

Tetapi surprisingly, kumpulan pengguna Shaklee menunjukkan perbezaan yang sangat ketara. Risiko penyakit kronik seperti jantung, diabetis, storke and sebagainya jauh lebih rendah berbanding dua golongan tadi. So, jelas menunjukkan bahawa Shaklee selamat digunakan untuk jangkamasa panjang. Proven by scientific data.

Anda boleh baca kajian landmark ini lebih lanjut di link http://www.nutritionj.com/content/6/1/30#





Pengguna Shaklee mempunyai tahap lemak Trigeliserida dan Hs-CRP yang paling rendah. Bacaan ni memang perlu rendah ye sbb kalu tinggi menunjukkan badan kita mempunyai radang yang tinggi dan meningkatkan risiko untuk semua penyakit kronik.

Sebab itulah mereka yang menggunakan Shaklee lebih dari 20 tahun semakin sihat dan nampak awet muda sentiasa… hihi. Betul. Tak caya? Cuba tengok contoh-contoh mereka yang dah makan lama.




Ini gambar saya bersama Presidential Master Al-Hegerman dan Carol. Dia dah makan Shaklee lebih dari 50 tahun, dari awal zaman-zaman Dr Forest C Shaklee mula-mula buat bisnes lagi. Umur dah hampir 90 tahun pun masih boleh hadir conference. Don’t play play. Dia nampak 30 tahun lebih muda dari usia sebenar. Life testimonies the #shaklee effects.




Di Malaysia pula, saya kagum dengan nenek-nenek yang sangat sihat dan mempunyai look foward attitude. PM Josephine Goh (Mama Joe), PM Tunku Mastom dan PM Cikgu Rohana antara nenda-nenda yang boleh menjadi contoh kepada warga-warga emas di luar sana. Walaupun mereka sudah berusia 60-an dan 70-an tetapi masih sihat, ceria dan masih gagah untuk menambah nilai hidup ramai insan lain dari aspek kesihatan dan perniagaan.

Mereka adalah pencapai pelbagai award dalam bisnes Shaklee. Di kala orang lain sibuk memberi alasan untuk tidak berjaya, mereka menjadi contoh sebagai usahawan yang hebat bergaya!

The Quality stands out from the rest. Ini yang menyebabkan saya mengesyorkan anda menggunakan supplement Shaklee, It is all about the quality! The #ShakleeEffect

Apa lagi yang Shaklee buat untuk memastikan kualiti yang terbaik untuk pengguna mereka? Jutaan duit dilaburkan untuk reserach & development.





Pelaburan dalam research & development untuk memastikan keberkesanan produk. RM 1 Billion. Banyak tu.. Jika syarikat kita sendiri, belum tentu kita mampu nak mengeluarkan sebanyak itu hanya untuk kajian, tak termasuk kos-kos yang lain lagi. Huh!





Setiap produk di pantau dari peringkat bahan mentah hingga ke bahagian produksi. Beribu-ribu ujian kualiti tahunan dijalankan. Ada juga ujian Transportation test – untuk memastikan proses penghantaran tidak menyebabkan nutrisi dalam produk tersebut berkurangan.

Saya sendiri pernah bertemu dengan beberapa saintist yang bertugas bersama Shaklee semasa mengunjungi Headquaters Shaklee di Pleasanton, California. So, team saintis memang mereka wujud, bukan sekadar marketing gimik sahaja. Ada dari pelbagai expertise dan pelbagai bangsa. Saintis melayu belum ada. Soon In Shaa Allah.





Pelbagai ujian klinikal yang dilakukan juga di diterbitkan dalam journal-journal antarabangsa. Jika anda biasa dalam bidang journal, anda pasti tahu bukan mudah sesuatu study itu diterbitkan di peringkat antarabangsa. Banyak peringkat yang perlu dilalui. Tidious.





Tidak boleh just bayar dan journal anda akan dipilih. Hihi.. Tak boleh. Proses pemilihan sahaja dan sangat ketat, dan off course hanya yang terbaik sahaja yang akan diterbitkan. Jika kita pernah membuat dan menulis papers tentang research, memang cukup mencabar minda dan memeningkan kepala.


4. Kurang dari 5% Nutrition class di ajar di sekolah-sekolah perubatan.

Bila saya berkongsi dan mengesyorkan kepada potential client untuk mula menggunakan supplements, ada juga feedback yang saya terima seperti ‘Biar saya tanya doctor saya dulu’.. Hihi.. saya senyum jer. Tanya la, apa salahnya. Kan?

Jika anda yang membaca blog saya ini juga seorang doktor, anda cuba ingat semula berapa kali kelas tentang nutrisi di ajar semasa kita undergrade dahulu? Berapa jam? Ada tapi sangat terpinggir, tak ambil port sangat tentang semua tu.




Kita lebih kepada untuk membuat diagnosis dan bagaimana untuk merawat. Konsep bagaimana sesetengah nutrisi dapat mencegah penyakit diabetis? Macam tak berapa nak belajar rasanya..huhu

Beberapa tahun lepas, saya tertonton satu program Bicara Siti. Siti Nurhaliza menjemput seorang Pakar O&G yang tersohor di lembah Kelang. She’s awesome. So ada la seorang penonton di studio yang bertanya kepada beliau tentang perlukah kita mengambil supplements?

As usual, jawapan standard doktor yang biasa saya dengar – beliau mengatakan bahawa supplement tidak perlu, kita boleh mengambil diet yang seimbang melalui pemakanan harian, buah sayur etc etc. Saya senyum jer..Rasa macam nak jumpa je Doc ni..hihi

Happen that, tahun 2011, ketika saya melanjutkan pelajaran dalam Master in Anti-Aging, kami berada dalam satu kelas. Ha ha.. best nih. Beliau juga mula mendalami bidang baru yang boleh menambah nilai kesihatan client-clientnya.

Pada satu pagi kami sedang berbual-bual, ada seorang rakan bertanya kepada dia, supplements apa yang dia makan sekarang? Nak tau dia jawab apa? “Morning I take Omega dan CoQ10 for my heart, beta carotene for my eyes, vitamin c dan vitamin E for my skin, Glucosamine for my joint etc etc..’ and the list goes on…

Sekali lagi saya senyum meleret, kalu saya cerita yang saya dengar jawapan dia di dalam rancangan Bicara Siti sebelum ni mesti dia senyum juga..

People change their perception if they know the truth.

Ada satu buku yang menarik untuk anda baca.





Baca sendiri la ye :)


5. Supplement yang baik boleh’bercakap’ dengan diri anda.

Beberapa bulan lepas, seorang pakar dalam bidang biokimia di sebuah universiti tempatan bertemu dengan saya. Dia menyapa saya dan tiba-tiba berkata “ Are you Dr. Malinda? Thanks doctor, because of your sharing in the blog, I have the confidence to try shaklee products!”.

Saya pula yang excited bila dia bercerita yang dia ada masalah resdung yang teruk, dah dapat pelbagai rawatan tetapi tak menunjukkan perubahan yang baik.

Dia sangat skeptikal dengan supplements apatah lagi supplements yang dijual melalui MLM. Negative giler. Seperti biasa yang saya katakan tadi, orang dalam bidang kimia, farmasi dan perubatan ni memang begitu sifatnya sebab kami di ajar untuk critical thinking dan evidence based medicine. Itu adalah nature kami. So, normal la kalu mereka tanya banyak soalan saintifik ye.. hihi

Bila dia mula ambil supplement Shaklee, produk mula ‘bercakap’ dengan diri dia, dia sendiri dapat rasakan banyak perubahan pada resdung, kulit dan tahap kesihatan secara keseluruhan. Good products will always works!

Shaklee juga memberi ‘power’ kepada golongan-golongan manusia yang agak special di mana aspek pemakanan adalah aspek yang sangat penting – sikit pun tak boleh salah kerana boleh mengganggu prestasi. Salah makan ubat pun tak lepas ujian doping.

Rangkaian produk sukan membantu ramai atlit untuk memenangi 125 medals di Olimpik dan Shaklee juga adalah membekal nutrisi kepada World explorer, 7 world’s record of Time-Life’s Greatest Adventures of All Time!





Jika produk Shaklee mengandungi dadah merbahaya, ia pasti boleh dikesan di dalam ujian yang dilakukan terhadap atlit-atlit ini. So, jangan bimbang. Tiada sebarang dadah yang disembunyikan dalam produk Shaklee.

Hajat di hati nak jadi atlit dulu tidak kesampaian, dapat bergambar bersama atlit olimpik pentathlete dunia. Eli Bremer pun jadi la..hihi

Angkasawan juga golongan yang special. Mereka perlu mempunyai tahap kesihatan yang sangat baik. Mereka tak boleh bawa makanan sembarangan ke angkasa, mereka memerlukan pemakanan berteknologi tinggi untuk memastikan kelangsungan hidup mereka di sana. Tak ada maknanya nak bawa burger, nasi lemak, roti canai dan sebagainya…hihi





Semenjak tahun 1993, Shaklee adalah satu-satunya syarikat pemakanan yang diberi tanggungjawab untuk menyediakan pemakanan tambahan untuk NASA space shuttle astronauts dengan minuman rehidrasi istimewa untuk mereka iaitu called Astro-Ade.




It is all about the Quality. Mungkin ramai yang akan kata banyak lagi produk yang berkualiti di pasaran, Ya, saya tidak menafikan cuma sebagai pengguna anda perlu memilih yang terbaik untuk diri dan keluarga anda.

Choose the highest medical supergrade supplement, bukan yang cincai cincai buat dan jual. Kita nak pelaburan jangkamasa panjang, keluar duit untuk kesihatan bukan meningkatkan risiko untuk merosakkan badan.

Supplement pertama Shaklee telah berusia 100 tahun! Vitalea telah diformulasikan pada tahun 1915. It is the history. Pioneer in food supplements industries.




Hanya yang berkualiti tinggi biasanya akan tahan lebih lama. Betul Betul?

Pilih yang terbaik. Pilih yang anda percaya kredibiliti mereka.
Ini melibatkan masa depan jangka masa panjang. Tak guna putih melepak hari ini tetapi menderita kanser kulit pada masa akan datang.

Baru-baru ini Shaklee telah menerima award The Best BrandLaureates 2014-2015 untuk kesekian kalinya. Satu-satunya syarikat Nutritional Supplements MLM yang menerima awards ini. Again, it is all about the quality.








Ramai juga bertanya saya kenapa menyokong produk US? Kenapa tidak menyokong produk Malaysia? Maafkan saya, bukan saya tidak menyokong. Saya sangat menyokong produk Malaysia tetapi untuk kategori pemakanan tambahan medical supergrade, kita belum mempunyai teknologi sehebat mereka.

Kita tidak mempunyai dana sekental mereka untuk melakukan kajian klinikal terhadap supplement apatah lagi supplement adalah sesuatu yang tidak boleh dipatentkan.

Tidak banyak syarikat malah syarikat farmaseutikal yang berminat untuk vitamin kerana ia tidak boleh dipatentkan dan tidak dapat memberikan keuntungan yang optima.

Saya hanya berkongsi sesuatu yang berkualiti yang kami sendiri telah mendapat manfaat darinya. Terpulang pada anda untuk memilih. Tiada paksaan. Jangan makan jika anda tidak percaya.

Saya hanya membantu memberi info dan perkongsian. Alhamdulillah, ramai juga rakan-rakan doktor saya telah mula mengambil langkah untuk menggunakan supplement untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka dan keluarga, banyak feedbak positif yang saya terima.

Saya hanya berkongsi. Saya belum mampu untuk membuat produk sendiri setaraf dengan teknologi Shaklee, In shaa Allah jika ada dana yang setaraf, why not?

Bermula dengan berkongsi dengan apa yang terbaik. Saya percaya masa depan industri kesihatan bukan sekadar merawat penyakit atau ‘sickness care’ tetapi kita akan beralih ke arah pencegahan atau ‘wellness care’. Kita mahu tua, sihat, kuat dan seronok untuk beribadat.


Kesihatan adalah Kekayaan.

Jangan Percaya Saya, Anda perlu mencuba dan rasakan keistimewaanya.

————————————————–








CINTA Fai masih pada Shaklee. Dari dulu, kini dan selamanya.






FAI NARDIR 
KEY COORDINATOR JULAI'15 (8points)
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)