Rahsia Ibu-ibu kekal Cergas ketika Hamil

11:57 PM 0 Comments A+ a-

Bermacam ragam karenah ibu hamil. Majoritinya akan berasa mudah letih dan tak bertenaga kerana berlakunya PERUBAHAN HORMON bagi persediaan untuk si kecil membesar di dalam rahim kita. Antara soalan yang popular di kalangan ibu hamil adalah..... "Apakah yang boleh membantu meningkatkan tenaga saya semasa hamil?"




Jom baca sedikit perkongsian pengalaman ibu hamil.. Mereka dan pun bongkarkan Rahsia mereka cergas bertenaga ketika hamii... Fai ambil kisah mereka ini dari babycenter.com.my...


”Saya mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 bulan bernama Kaiya, dan saya juga sedang hamil 28 minggu. Kaiya sangat susah tidur dan di samping itu saya kerap ditendang oleh bayi dalam kandungan saya ini. Tidur seolah-olah satu memori silam. Satu-satunya perkara yang membolehkan saya terus bertenaga sepanjang hari ialah dengan memakan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia benar-benar dapat memberi saya tenaga, terutamanya pisang.”
Chloe


“Saya sedang hamil 12 minggu dan saya tidak pernah rasa letih seperti ini. Apabila saya bangun pada waktu pagi, apa yang saya benar-benar inginkan ialah baring semula di katil. Tetapi saya dapati, makan sedikit dan kerap membantu mengekalkan tenaga saya, terutamanya apabila saya terpaksa menghadapi mabuk hamil.”
Amie


“Saya minum bergelen-gelen air! Sekurang-kurangnya itulah yang saya rasa. Setiap kali saya mula rasa mengantuk, segelas air dari peti sejuk akan menyegarkan saya.”
Becca



Daripada perkongsian di atas, 3 rahsia yang dah pun dibongkarkan oleh ibu-ibu ini untuk kekal cergas bertenaga ketika hamil adalah:

  1. makan banyakkk buah-buahan dan sayur-sayuran
  2. makan sedikit tetapi kerap untuk kekalkan tenaga
  3. minum banyakkk air masak

Rahsia kekal cergas ketika hamil ini berdasarkan pengalaman mereka bertiga... Lain orang lain pengalamannya, tetapi kita boleh jadikan ianya sebagai panduan.


Alhamdulillah masa pregnantkan Adam dulu, Fai tak mengalami penat yang melampau. Sentiasa rasa cergas sepanjang pregnant.. Lagi 3 hari nak bersalin, Fai masih sempat lagi COD Vitamin tau. Hihi...





FAI NARDIR
I'm more than willing to help
Hp: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)