Kembali kepada asas kehidupan berpandukan Al-Quran

1:00 PM 0 Comments A+ a-

Perkongsian kelas agama bersama Ustaz Shauqi dari Rumah Pengasih Warga Prihatin di FTC... Sharing dari rakan SID Fai... Jemput bacaaa... sebagai peringatan untuk diri sendiri juga..


Kembali kepada asas kehidupan berpandukan Al-Quran

Kenapa Al-Quran diturunkan?
Al-Quran adalah wahyu dari Allah. Diturunkan kepada umat Islam untuk menjadi panduan, pegangan dan cara hidup .

Pada masa kini, adakah Al-Quran dijadikan pegangan hidup?
1. Baca Al-Quran – setiap hari, seminggu sekali, sebulan sekali
2. Baca Al-Quran tetapi tidak memahami maksud
3. Baca Al-Quran, faham maksud tetapi tidak menjadi amalan
4. Al-Quran hanya pada masa tertentu sahaja – Kelas mengaji, majlis agama, sebagai hantaran
5. Tidak membaca langsung

 
3 cabaran dan dugaan terbesar:

1. Godaan Nafsu – Inginkan yang terbesar, terhebat, termahal dsbg
2. Godaan Syaitan – Meninggalkan suruhan Allah, melakukan yang dilarang
3. Tuntutan Dunia – Hiburan yang melalaikan, mengabaikan tanggungjawab, gila kuasa

 




Andaikan 1 waktu solat = 5 minit.
5 waktu solat = 25 minit.
Masa yang Allah beri 24 jam sehari
Jadi, hanya 25 min sahaja yang diperuntukkan untuk bertemu Allah.
Apa yang kita lakukan untuk 23 jam 35 min?
Inilah 3 cabaran dan dugaan terbesar – Nafsu, Syaitan & Dunia

Kehidupan didunia, perlu ada matlamat, hala tuju, syurga atau negara – perlu ada ilmu, perlu ada panduan iaitu Al-Quran. 




Ambil peluang dari sisa-sisa umur yang ada untuk kembali kepada jalan yang benar. Menyerah diri kepada Allah, lakukan dengan rela hati dan ikhlas, solat, mengaji, sedekah sdbg. Lakukan segera perubahan kerana Allah berpandukan Al-Quran.

 

Semoga bermanfaat





Fai Nardir 
KEY COORDINATOR MEI'15 (8 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)