Anda perlu rasa BERTUAH sekiranya mengalami morning sickness

8:30 AM 0 Comments A+ a-

Morning sickness ni memang rasa amat tak selesa. Semua perkara rasa serba tak kena. Nak makan takut termuntah semula, nak minum takut termuntah semula. Tekak ni rasa mual je. Ibu hamil yang mengalami morning sickness ni kalau boleh nak cepatttt je habis tempoh 3 bulan pertama tu. Betul tak..?? Memang benar, morning sickness adalah satu gejala yang amat tidak selesa untuk dilalui oleh bakal ibu namun tahukah anda sebenarnya anda adalah ibu yang BERTUAH berbanding mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness. 


 

Mengapa?

Hakikatnya morning sickness mempunyai kesan positif tersendiri kepada ibu hamil. Ini kerana ibu hamil yang mengalami morning sickness mempunyai peluang sebanyak 80% lebih rendah untuk mengalami keguguran di awal kehamilan berbanding ibu hamil yang sihat tanpa sebarang gejala morning sickness.

Bahkan dalam kajian yang dilakukan juga mendapati terdapat hubung kait antara morning sickness dengan risiko untuk kelahiran bayi pramatang. Fakta menarik yang ditemui juga mendapati ibu hamil yang mengalami gejala morning sickness di awal kehamilan boleh merangsang bayi dalam kandungan berpotensi memiliki kecerdikan lebih baik terutama dalam bidang memori bernombor dan kefasihan lisan.

Gejala morning sickness berlaku juga disebabkan oleh peningkatan kadar hormon hCG Beta dan lebih tinggi daripada progesterone dan estrogen ketika hamil. Jadi, kepada ibu hamil yang sedang melalui morning sickness, banyakkan bersabar dan fikirkan yang positif kerana anda sebenarnya bakal ibu yang sangat bertuah.



So korang, jangan "stress" ye dengan gejala morning sickness yang korang alami ni. Macam yang Fai pernah bagitahu sebelum ni, just enjoy your pregnancy moment... 






Fai Nardir
KEY COORDINATOR MEI'15
I'm more than willing to help
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)