Kelebihan Ayat 128-129 Surah At-Taubah

2:59 PM 1 Comments A+ a-

Dua ayat terakhir surah At-Taubah ni, mak angkat Fai pesan suruh amalkan. Beliau juga pesan suruh gantung ayat ni di dinding bilik. Dulu Fai memang hafaz ayat ni, tapi tak amalkannya. Bila mak dah pesan macam tu, Fai courious juga nak tahu kenapa.. Fai pun google lah apa fadhilatnya... MasyaaAllah, rupa-rupanya fadhilat ayat ini sangat besarrr. Rugiiii sesiapa yang tidak mengamalkannya..










Maksud:

128. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.


129. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.




Dikatakan bahawa barangsiapa yang membaca ayat ini sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, dengan izin Allah:

  • jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat.
  • jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi seorang yang mulia.
  • jika dia seorang yang kalah, maka akan segera mendapatkan pertolongan.
  • jika dia seorang yang berkesempitan, maka akan mendapat kelapangan.
  • jika dia seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar.
  • jika dia seorang yang berada dalam kesusahan, maka akan hilang kesusahannya.
  • jika dia seorang yang sulit dalam penghidupan, maka akan segera mendapat kelapangan kehidupan.



credit 

credit





Jom kita sama-sama amalkannya.. Tak amal tak rasa (>___<)










Fai Nardir 
SENIOR COORDINATOR APRIL'15 (6 points) 
I'm more than willing to help 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

1 comments:

Write comments
Azura Aziz
AUTHOR
April 27, 2015 at 5:18 PM delete

Assalam.. tq tau singgah & komen kat blog kak Alycia ;)

selalu kat IOI Mall mkn kat Food Junction.. tp byk tmpt mkn.. mcm2 ada ..

Reply
avatar