Tempat Makan Best di JB: Pisang Goreng Mawar

12:22 PM 0 Comments A+ a-

Dah beberapa tahun duduk kat JB, ni lah first time Fai makan kat Pisang Goreng Mawar ni. Tu pun lepas hubby baca kat blog tentang tempat ni. Hihi..

Katanya Tengku Mahkiota Johor pun pernah makan kat Pisang Goreng Mawar ni. Ada juga yang bagitahu pernah terserempak dengan pemain JDT - Sahfi Sahli makan kat sini. Bila dah baca TMJ pun pernah makan kat sini, wajiblah kitorang singgah. Sebelum makan kat sini, dalam hati Fai tertantaya-tanya..... "apa yang uniknya tempat ni ye..??"


orang masih tak ramai lagi waktu ni (2.00pm)


Fai pergi masa tu hari Ahad dalam pukul 2.00 petang. Orang masih tak ramai lagi. Firts time ke sini, try la order pisang goreng RM4.00.. Kat sini bukan setakat jual pisang je, tapi ada juga kuih muih yang lain. Yang UNIKnya mi dan mihun goreng kat sini dibungkus dengan daun pisang. Sebungkus cuma RM2.00 sahaja. Murah kan..?? Selain tu ada juga jual Mihun Goreng, Nasi Lemak Udang, Nasi Lemak Ikan.. Kuih pun macam-macam.. KUIH KERIA pun ada, feveret fai dengan husband. Sebiji RM0.50.. Sedapppp kuih keria kat sini, lembutttt.. Sebiji besar pula tu. Makan 3 biji dah kenyang. Hihi..





Kali pertama memcuba Pisang Goreng Mawar ni.. Hmmm... Memang sedapppp. Tepungnya rangup dan tak berminyak. Kalau order pisang goreng kat sini, memang akan dilebihkan tepung pisang goreng tu. Adam lah yang paling suka, sebab rangup. Hihi.. No wander lah TMJ pernah makan kat sini. 

Korang yang suka makanan santai-santai, boleh lah cuba makan kat Pisang Goreng Mawar ni. Memang puas hati...



Lokasi:
Bersebelahan dengan Thistle Hotel, JB.. Sebelum main entrance Thistle Hotel, cari signboard Kim Florist, kedai Pisang Goreng Mawar ni betul-betul sebelah signboard tu.


cari signboard Kim Florist



Pisang Goreng Mawar ni beroperasi 11.00 pagi - 7.00 petang, TUTUP setiap hari Sabtu.


Selamat menjamu selera, hihi...






Fai Nardir
Senior Coordinator Februari'15 (6pts)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)