Tempat Makan Best di Bandar Baru Bangi: Laksa Penang Asam Jawa

12:40 PM 0 Comments A+ a-

Tengah hari ni besttt kalau update entri pasal makanan.. Semua tengah lapar kan? Hihihi... Entri hari ni KHAS untuk penggemar LAKSA PENANG. Fai nak share tempat makan laksa penang best di Bandar Baru Bangi >>> Laksa Penang Asam Jawa ni....

Tempat ni Fai terjumpa secara kebetulan. Pusing-pusing kawasan Bandar baru Bangi tu, kitorang ternampak lah satu warung kecil. Yang peliknya,kat warung ni cuma ada kerusi sahaja.. tiada meja makan TETAPI ramaiiiii orang makan kat situ...... Lalu depan warung tu, rupa-rupanya warung tu jual laksa penang. Dalam hati, "sedappp sangat ke laksa penang dia ni, tempat takde meja pun orang ramai datang makan..."  Nak tahu punya pasal, Fai ajak hubby singgah.. Order laksa penang 2.. Semangkuk RM3/3.50.. tak ingat, hihi...





Bau kuahnya memang harum semerbakkk.. Tengok pun pekak semacam je ni. Fai pun trylah... Sekali suap je, memang "terangkattt"... Laksa penang dia memang sedappp. Pekattt, terasa isi ikannya. Hubby yang gtak suka laksa penang pun boleh cakap sedappp. Hihi...

Korang yang ada lalu area sana, boleh la singgah... 

Location: Jalan PBU 2, Bandar Baru Bangi (depan kedai MakCik Bakery)







Fai Nardir
Senior Coordinator Februari'15 (6pts)
I'm more than willing to help
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)