Tempat Makan Best di Port Dickson

3:03 PM 0 Comments A+ a-

Sambung lagi cerita jalan-jalan cari makan di Port dickson.. hihi..








Siti Maisara Tom Yam Port Dickson.. Murahhh makan kat sini. Sebelum check in Grand Lexis, kami singgah sini dulu untuk lunch. Husband order siakap 3 rasa, nasi putih 2 dengan telur bistik. Air kopi dan sirap ais... Nak tahu berapa harganya..?? CUMA RM34 sahaja... Murahhhhh sangat kan?? Kalau kat JB makan macam ni mahu cecah RM60-70.. Memang berbaloi... Masakannya sedappppp pulak tu.


Malam tu kitorang dinner di tempat yang sama juga tapi restoren sebelah Siti Maisara Tom Yam ni. Hihi.. Tak sempat ambil gambar restoran sebab kitorang dah terlewat masa tu. Lepas makan terus balik hotel.

Dinner: Hubby order Nasi Goreng kampung dan Puyuh Sambal




Belek-belek menu, Fai ternampak "MEE GULUNG" ni.. Terus je Fai order, sebab namanya pelik. Tak pernah dengar dan tak pernah makan pun sebelum ni. Nak try la best ke tak...


Dinner: Mee Gulung Port Dickson


Ni lah rupa mee gulung tu.. Mee kuning yang dibalut dengan telur, ala-ala nasi goreng pattaya la tapi ni dalam versi mee. Hihi.. Memang sangat sedappppp uolls. Tengah taip pun Fai dok telan air liur ni. Aduhhh... Kuahnya ada rasa masam manis, mee kuning tu sebelum digulung dengan telur dicelup dulu dengan kicap. Fai agak je ni sebab nampak mee tu warna hitam kicap. Hehe.. Yang putih-putih atas mi tu kobis yang dihiris haluss... Serius memang sangat sedappppp...


Best rupanya Port Dickson ni.. Tempat makan best, murah pula tu...





Lepas ni nak bercuit ke mana pulak ye..??







Fai CeritaCinta
Senior Coordinator Feb'15 (5pts)
Contact No: 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)