Tempat sarapan best di Johor Bahru.. Kluang Rail Coffee (MyRail) di Taman Molek, Johor

12:31 PM 1 Comments A+ a-

Fai dengan hubby suka cari tempat makan best kat Johor Bahru. Ktorang suka cari tempat sarapan besttt. Hihi.. Biasanya, hari Sabtu dengan Ahad ktorang akan sarapan luar. Tapi, kebetulan hari Khamis lepas hubby cuti, Fai ajak hubby teman ke Shaklee JB Branch. Sementara tunggu Shaklee buka, hubby ajak sarapan di MyRail. Berdekatan dengan Shaklee Taman Molek. First time sarapan kat sini. Mula-mula tu macam teragak-agak juga nak masuk sebab tak ramai orang. Hihi.. Tapi bila dah lama duduk, ramaiiii yang sarapan kat situ. Especially chinese...


Masuk je cafe tu memang Fai SANGAT TERUJA. Decorationnya sangat CANTIKKK.. Ada satu sudut di mana tempat makan dihias seperti kita berada di dalam keretapi. Gambar dinding berlatar belakangkan permandangan STESEN KERATAPI KLUANG juga tersergam indah di dinding bahagian luar cafe.











Yang best, tempatnya BERSIH.. So boleh la lepaskan Adam dalam cafe tu...

Makanan?? Bagi Fai memuaskan. Fai bagi 5 bintang. Hihi.. Hari tu ktorang makan mi hun siam sambal sotong, mi hun siam ayam rendang, square toast (menu wajibbb Fai setiap kali makan di Kluang Railway sebab butter dia tu sangat sedappp).. Ait teh o dengan kopi panas.


Buku menu sama seperti Kluang Rail Coffee




Harga mahal sedikit daripada Kluang Rail Coffee



Sebenarnya My Rail ni adalah kesinambungan kepada  Kluang Rail Coffee yang sangat famous di Kluang tu. Sekarang ni kalau Fai balik Kluang... WAJIB singgah sarapan kat sana. Sebab hubby suka kopi dengan mi hun siamnya.. Fai pula sukaaa roti bakarnya... Sekarang ni nak rasa kopi Kluang kat JB pun boleh. Hihi...








Nk tanya tentang Shaklee, feel free to ask Fai ok (>____<)



Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)