Siakap Kukus, Masakan paling cepat dan berkhasiat

5:00 PM 0 Comments A+ a-

Fai kalau busy dan tak banyak masa nak masak.. Fai memang masak siakap kukus je. Senang.. Campak je bahan, lepas tu kukus. 10-15 minit dah boleh makan. Hihi... Ni resepi yang Fai biasa gunakan untuk masak siakap kukus..


Resepi Siakap Kukus Simple

Ikan siakap seekor
1 biji Bawang besar - potong bulat
3 ulas Bawang putih - diketuk
1 batang serai - diketuk
1 inci halia potong halus
2-3 helai daun limau purut dipotong halus
1 kuntum bunga kantan dipotong halus
1 sudu minyak ikan (Fai guna jenama Knife)
Sayur ikut suka - brokoli, carrot, kobis bunga
Kalau nak pedas boleh tambah lada sula



Caranya memang simple. Basuh ikan siakap sampai bersih. Masukkan dalam tempat pengukus. Bahan-bahan di atas tu tadi masuk je semua dalam tempat pengukus tu... Kukus sehingga masak dalam 10-15 minit.. Dah siapppp... Hihi..



Memang cepattt. Dah tak payah nak masak sayur lagi sebab semua Fai dah campak dalam tu. Hihihi...












Fai CeritaCinta
Shaklee ID : 852741
HP & Whatsapp : 019-7428120
Email: nnurfairuz@gmail.com


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)