Menyusukan anak ketika hamil.. Apa yang anda perlu tahu...

2:03 PM 0 Comments A+ a-

Satu ilmu baru untuk Fai, semoga ianya juga bermanfaat untuk semua..

Menyusukan anak ketika hamil.. atau istilah lain dipanggil "TANDEM NURSING.." 

Apa yang anda perlu tahu..??

 


 
sy akui ramai ibu yang tidak mempunyai sebarang masalah dengan keadaan tersebut (menyusukan anak ketika hami) tetapi tertekan dgn desakan "bijak pandai" di sekeliling mereka membuatkan proses penyusuan ketika hamil mengganggu emosi mereka..sebaiknya minta pandangan Doktor atau Pakar Laktasi berhubung perkara ini..apa yg sy tahu selagi ibu sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah atau sejarah komplikasi kehamilan sebelum ini boleh meneruskan penyusuan seperti biasa cuma perlu bersedia mental dan fizikal kerana kemungkinan lain akan berlaku..in sya Allah sy akan terangkan selanjutnya dalam point seterusnya..


Bagaimanapun, anda perlu bersedia dengan kemungkinan2 seperti ini :- 
  1. Anda akan berasa sedikit letih dan kurang bermaya terutama jika sedang 'mabuk'..sebaiknya berehatlah secukupnya..pastikan diet harian anda di ambil sebaiknya dan jangan skip mengambil menu sihat, cukup zat dan seimbang..pastikan air juga diminum secukupnya..
  2. Ada ibu yg berasa sakit/ngilu pada puting sewaktu anak menyusu..ini kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil..kebiasaannya perkara ini berlaku di awal penyusuan dan beransur hilang selepas itu..pastikan anak menyusu dlm posisi yg tidak mendatangkan ketidakselesaan kepada anda.
  3. Paling penting bersedialah untuk menghadapai fasa 'KEMERUNDUMAN'..adalah normal jika ibu dapati hari demi hari penghasilan susu akan semakin kurang dan terus berkurangan..ada ibu yang terus 'kering susu'..jangan panik kerana anda tidak salah sebaliknya ia berlaku secara semulajadi kerana perubahan hormon ketika hamil..waktu ini anda tidak perlu buat power pumping kerana penghasilan susu tidak dapat ditingkatkan seperti biasa.
 


 


Anda juga perlu tahu bahawa :-
  1. Penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya.
  2. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu.
  3. Penghasilan susu (Fasa Laktogenesis 1) untuk baby dlm kandungan telah bermula dr awal lagi..dan penghasilan kolostrum bermula dari trimester kedua kehamilan..hikmahnya kerana ada bayi yg dilahirkan sewaktu usia kandungan memasuki trimester kedua..jadi Allah Yang Maha Bijaksana mempersiapkn bekalan untuk anak manusia pada waktu yg sepatutnya..di fasa ini rasa susu juga akan berubah..kebanyakan anak yg menyusu akan bercerai susu dengan sendirinya..bagaimanapun ada juga anak yang meneruskan kehamilan sehingga hujung kehamilan.
  4. Setakat ini, masih tidak terdapat kajian yg mengesahkan bahawa ibu yang menyusukn anak sewaktu hamil berisiko untuk melahirkan anak yang kekurangan zat yg sepatutnya diterima..ini merupakan mitos semata2. Ini kerana ciptaan Allah swt ini hebat dan badan akan menghasilkannnya mengikut priority. pastikan ibu mendapat rehat yg cukup dan makan makanan yg berkhasiat sepanjang tempoh ini.
  5. Setakat ini juga tiada lagi pertembungan atau perbalahan pendapat di antara ulama jika benar penyusuan ketika kehamilan benar-benar memberi mudarat kepada bayi yang dikandung.
 


 


 


Bagaimanapun, terdapat ibu yang berisiko untuk meneruskan penyusuan ketika hamil..anda di nasihatkan untuk tidak melakukannya jika anda :-
  1. Ibu yg pernah melahirkan bayi pra matang
  2. Hamil kembar
  3. Pernah keguguran
  4. Kehamilan yang berisiko tinggi
  5. Mengalami komplikasi sewaktu kehamilan terdahulu seperti pendarahan ketika hamil
  6. Di akhir fasa kehamilan, jika anda menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan ( ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang )
Menurut kajian, tindakbalas oksitosin terhadap rahim untuk memulakan kontraksi tidak berlaku sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Maka, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat, dan ibu2 tak perlu tergesa2 menghentikan menyusukan anak sebaik mengetahui yg diri mengandung. Namun begitu, amat penting bagi ibu2 yg berhasrat ingin meneruskan penyusuan (Tandem Nursing) mengambil kira perkara2 dibawah bagi menjamin perkembangan kandungan yg sempurna, kesihatan ibu, dan emosi anak yg menyusu :-
  1. Sejarah perubatan
  2. Doktor mengesahkan yg kandungan anda berada dalam keadaan baik dan boleh meneruskan penyusuan
  3. Tahap keselesaan fizikal dan emosi
  4. Usia anak dan keperluan penyusuannya (Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya Minta nasihat pakar kanak-kanak tentang perkembangan berat badannya.
  5. Pengambilan makanan yg berkhasiat
  6. Mendapatkan berat badan yg sesuai/ideal
  7. Mempunyai dan menikmati masa rehat yg mencukupi
 



_______________________________________

Itu dia serba sedikti info yang dapat Fai kongsikan untuk hari ini.. Semoga info ini bermanfaat untuk anda yang masih lagi berfikir-fikir untuk menyusukan anak ketika hamil... Tiada larangan untuk susu kan anak sehingga usia berapa. Malah dalam islam juga tidak menyebut haram menyusukan anak sehingga usia lebih 2tahun. Jika diberikan peluang untuk Fai menyusukan anak ketika hamil, Fai TIDAK AKAN SESEKALI WEAN OFF Adam... Biarlah Adam nak menyusu selagi mana dia sendiri yang nak. InshaaAllah, bila tiba masanya.. Adam akan wean off sendiri tanpa perlu paksaan daripada sesiapa.



cinta hati ibu papa








Fai CeritaCinta 
Senior Coordinator Feb'15 (5pts) 
Contact No: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)