Mee Bandung Wak Radol, Taman Sierra Perdana Masai, Johor

4:45 PM 0 Comments A+ a-

Sejak Restoran Kesinambungan Wak Radol di bukan di Taman Sierra Perdana, Masai... Ada la juga beberapa kali Fai dengan husband makan Sate Wak radol yang terkenal tu di situ. Hihi... 

2 minggu lepas, family Fai datang tidur di rumah. Sesekali diorang datang JB memang bawa "meronda" lah satu JB ni. Hihi... Mulanya pergi ke Kaher, di Plentong Johor. Tempat pemborong dan pembekal alatulis. Ayah nak tengok barang-barang alatulis untuk sekolahnya. Lepas tu bawa diorang ke Jusco Tebrau. Sesekali jalan-jalan dengan family memang besttt. Adamlah yang paling EXSITED sekali. Suka sebab ramai yang melayan. Hihi...






Berbalik kepada tajuk entri "Mee Bandung Wak Radol".. Dah penat berjalan di Jusco Tebrau, kitorang pun singgah la Restoran Kesinambungan Wak Radol untuk makan petang. Sebab restoran ni dibuka pada jam 5.00 petang hingga 12.00 malam sahaja. Fai dengn ibu order Mee Bandung. Yang lain order masakan panas. Macam biasa, SATE adalah menu WAJIB jika makan di sini. Hihi. Rugi kalau tak merasa sate Wak Radol ni. memang sedappppp... Hubby tengok Fai bukan main selera lagi makan Mee Bandung Wak Radol tu, dia pun rasa sikit. Katanya memang sedappp... Susah nak dengar hubby puji mee bandung sedap sebab dia memang tak suka makan mee bandung ni... Hihi..


Sabtu lepas, balik dari Kluang... hubby ajak singgah restoran Wak Radol, katanya nak bungkus mee bandung. Dah mula addicted la tu.. Hihihi... Fai pun sukaaa denga mee bandung kat sini, rasanya memang kena dengan tekak. Nak ke Muar makan mee bandung jauh sangat, kitorang makan mee bandung Wak Radol ni je lah... Restorannya pun dekat belakang rumah je. Hihihi...



ihsan Google


Peminat setia Mee Bandung, korang boleh la cuba Mee Bandung Wak Radol ni.. Restorannya di Taman Sierra Perdana, Masai Johor... bersebelahan dengan Lebuhraya EDL...












Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)