Ikan Bawal Sweet Sour Sempena Cuti Awal Muharam

8:30 AM 0 Comments A+ a-

Tajuk entri macam orang bekerja je kan.. Padahal hari2 duduk kat rumah. Hihi.. Lunch hari ni Fai plan nak masak ikan bawal sweet sour, kebetulan hari tu beli ikan bawal murah kat Mydin Taman Rinting. Seekor cuma RM3.99 sahaja. Fai pun apa lagi, beli la 2 ekor...


Jom tengok resepi ikan bawal sweet sour ni.. Simple je resepinya, Fai ambil adri blog INI...





credit Google



BAHAN-BAHANNYA :-)
 
2 ekor ikan bawal saiz sederhana, disiang dan cuci bersih, toskan*
Sedikit garam*
Sedikit lada sulah*(*disatukan dan gaul rata, perap sekejap)
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung, rata2. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap. Masuk  sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.
  3. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Hidangkan segera...











Harap-harap jadilah ikan bawal sweet sour yang Fai nak masak nanti.. Hihi...

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)