Resepi Spaghetti Bolognese paling simple

3:12 PM 1 Comments A+ a-

Dari semalam teringin sangat nak makan spaghetti bolognese ni.. Tadi baru berkesempatan masak. Simple je resepi ni, pejam mata pun boleh siap. Hihi..

Bahan2:
Spaghetti Kimball
Sos spaghetti Kimball
Bebola daging
1 sudu butter
3 ulas bawang putih dipotong dadu
2 keping cheesedale

Cara2:
1. Didihkan air dalam periuk, celurkan spaghetti. Ada yg letak garam + minyak zaitun, tapi Fai tak letak pun. Agak2 spaghetti dah lembut, toskan dan sapu sedikit butter untuk mengelakkan spaghetti dari melekat.
2. Goreng bebola daging dgn api sederhana. Goreng kejap je sebab tak nak terlalu masak. Kemudian ketepikan.
3. Panaskan kuali dgn butter. Tumis bawang putih hingga naik bau.
4. Tuangkan Sos Spaghetti Kimball, masukkan bebola daging dan biarkan mendidih.
5. Masukkan cheesedale dan kacau hingga cair.



Tadaaa.. 



Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)