Makanan Pertama Bayi 6 Bulan

1:29 PM 3 Comments A+ a-

Hari ni genap Adam Hussin 6 bulan.. Rasa macam baru je semalam bersalin. Sekejap je anak ibu ni dah besar. Dah boleh start makan dah pun... Hehe..

InshaAllah setiap hari Fai akan masakkan untuk Adam. yelah, sekarang ni kan dah housewife. Boleh la nak masak hari2. Hehe... Ni antara yg Fai sempat google untuk makanan pertama bayi 6 bulan. Semoga membantu ibu2 di luar sana. Ianya sebagai rujukan diri sendiri juga (>___<)

Jadual bawah ni ikut turutan paed & ikut rasa. Tidaklah berturut-turut manis je, tidak juga tawar hebeq, tidak juga pahit je. Dengan harapan baby taknak la yang manis saje.

Jadual Pemakanan Bayi 6 Bulan

Ada note kecik kat bawah tu rules2 yang penting. Maksud mix 'old' and 'new' tu macam ni. 
'Old' - makanan yang kita dah berjaya sebelum ni & lepas 4 hari makan & takde tanda alergik.
'New' - makanan yang kita pun dah berjaya baru2 ini. 

Contoh dari jadual kat atas.

Old = Rice
New = Apple
Hari ke14 korang mixkan rice + apple sebab both dah lepas ujian alergik. 
Korang tak boleh mixkan rice dengan carrot lagi sebelum hari ke24.


Planner ni memang sangat membantu especially ibu anak first macam Fai ni.. yela sebelum ni langsung xde pengalaman bagi baby makan kan. Ibunya pulak yg excited terlebih. Hehe... InshaaAllah Fai akan bagi Adam makan ikut Planner ni...


Senarai makanan ikut bulan






Planner dah ada, list makanan dah ada.. Senanggg la nak sediakn makanan untuk Adam... Hihi..



Nak share sedikit cara penyediaan puri.


Kumpulan Bijirin

Bubur Nasi (Hidangan dua orang)

  • 25 g (¼ cawan) beras, dikisar halus
  • 450 ml (1¾ cawan) air
Cara memasak
  1. Didihkan air. Masukkan beras yang dikisarhalus, kacau dari semasa ke semasa.
  2. Reneh selama 10 minit dan teruskan mengacau.
  3. Hidangkan semasa panas.
Cadangan
  • Untuk menambah khasiat, beras putih boleh digantikan dengan beras perang (mengandungi Vitamin B dan serat)
  • Tambahkan susu ibu ke dalam bubur.

 # seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke


Kumpulan Buah-buahan

Stew Epal (Hidangan dua orang)

  • 100 g (1 biji) epal merah, dibersihkan, dikupas, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz sederhana.
  • 250 ml (1 cawan) air
Cara memasak
  1. Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
  2. Masukkan buah epal ke dalam periuk.
  3. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah epal menjadi lembut.
  4. Kisar epal dengan blender kering + sedikit air. Lepas kisar, tapis lagi untuk dapatkan tekstur yang betul2 halus bagi elakkan bayi tercekik. 
Cadangan
  • Hidang bersama susu ibu
  • Buah epal boleh digantikan dengan buah-buahan yang lain seperti tembikai susu ataupun buah pir.

# kukus lebih baik daripada merebus kerana nutriennya akan kekal, rebus plak nutriennya akan pergi ke air rebusan.





INFO

Makanan pertama yg anda perkenalkan kpd bayi mestilah benar-benar lembut dan tidak terlalu berperisa.Biasanya,pd peringkat permulaan,bayi akan lebih senang menerima bubur nasi krn tekstur dan rasa yg seakan susu.
Ramai berpendapat, waktu terbaik utk memberi bayi makan ialah selepas mereka bangun drpd tidur pada waktu pagi.Mungkin di antara pukul 10 hingga 11 pagi. Ketika ini biasanya bayi akan rasa lapar. Agar bayi tidak terkejut dan rasa lebih selamat,beri mereka minum sedikit susu dahulu sebelum meneruskannya dgn memberi makan.

Anda dinasihatkan agar tidak memperkenalkan makanan baru pada waktu malam kerana ada bayi yg alahan terhadap sesetengah jenis makanan. Jika hal ini berlaku pada waktu siang,mudahlah bagi anda utk membawa anak mendapatkan rawatan sewajarnya.







credit: Sakina Farhan, KeluargaBaru, MummyZahra



Semoga info-info ini membantu anda juga..




Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 



Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

3 comments

Write comments
January 7, 2015 at 8:38 PM delete

Salam perkenalan.info yg berguna untuk mummy baru mcm sy.. jom singgah blog :)

Reply
avatar
MPASI
AUTHOR
September 24, 2015 at 12:17 PM delete

Berguna ni, bingung nak kasih makanan pertama bayi

Reply
avatar
February 19, 2016 at 3:39 PM delete

yeah..esok 1st day baby nk makn

Reply
avatar