Adam Hussin, permata bernilai untuk ibu dan papa...

3:55 PM 2 Comments A+ a-

Masa ibu tulis entri ni, ibu tengah rindukan Adam sangat2... Rasa tak sanggup nak berpisah dgn Adam.. Ibu nak Adam ada depan mata ibu jer sayang... Tapi ibu terpaksa sayang... Setiap hari ibu minta Adam doakan bisnes ibu semakin maju dan ibu boleh berhenti kerja December ni untuk jaga Adam kat rumah... Ibu yakin, doa anak ibu ni akan dimakbulkan...

24 Julai 2013, pukul 9 malam ibu dah mula rasa contraction tapi tak kerap.. Pukul 2 pagi rasa semakin kerap. Ibu ajak papa pergi hospital... Pkul 3 pagi ibu masuk labour room, tepat 7.47 pagi Adam Hussin selamat dilahirkan. Bergenang air mata ibu pertama kali tengok Adam. Kulit Adam putih bersih je masa keluar dari perut ibu. Ni sebab ibu ikut pesan Nenek Mak, nenek cakap "minum air kelapa banyak nanti baby putih bersih jer." Adam anugerah terindah untuk ibu dan papa... Duat tahun ibu dgn papa berusaha untuk dapatkan Adam. Akhirnya Allah makbulkan doa kami... Subhanallah... Rasa diri ni kerdil sangat dengan kekuasaanNya.. Petang tu jugak Tok Dad, Nanny, Mommy dan Ummi datang tengok Adam. Ibu tahu, diorang semua happy sangat2 dengan kelahiran Adam... yang buat ibu happy sangat2, baby ibu ni sangat pandai melekap untuk menyusu. Adam memang budak bijak. Adam dengar apa yg ibu selalu cakap dengan Adam masa dalam perut... Adam memang takde masalah nak menyusu badan... Syukur sangat...


hari pertama di dunia


Mula-mula ibu stress sebab masih tak boleh nak biasakan diri lagi... Bila Adam nangis malam, papa, tok dad dgn nanny tolong jaga Adam. Masa dalam hari, Adam suka dipeluk baru Adam boleh tidur... Hari ke-8 Adam tanggal pusat, nenek mak datang botakkan Adam. Adam nangis, terpaksa la ibu bagi nenen sambil nenek mak cukurkan Adam... hihi...


papa cakap Adam mcm super saiya.. hihi..


Semua orang cakap Adam anak papa.. hehe... Adam memang anak papa pun kan? hihi... Tengok lah tu, baru bape hari kat dunia, cara tidur dah macam orang besar. Sama pulak tu dengan cara papa tidur... Hihi...




Adam jenis tahan sakit. Masa inject sebulan, Adam nangis kejap jer... Dapat nenen, terus tidur. Adam budak kuat..! Adam membesar dgn sihat dengan susu ibu. Timbang sebulan, Adam 4.2 kg... 


Adam sebelum check up sebulan


Hari ni Adam genap 57 hari. Rasa kejap jer masa tu berlalu... Rasa macam semalam ibu baru lahirkan Adam... Adam, doakan ibu berhenati kerja dan dapat jaga Adam sepenuhnya December ni. Ibu tak sampai hati nak tengok Adam membesar kat tangan orang. Inu nak tengok setiap perkembanganAdam... Adam dah pandai bezakan malam dengan siang. Waktu siang Adam tidur sejam - sejam setengah baru bangun minta susu. Malam jer, Adam tidur 2-3 jam baru bangun minta susu. Anak ibu memang bijak... Setiap hari sebelum pergi kerja, Adam akan bangun dan main2 dulu dgn ibu dan papa... Dah penat main, Adam minta nenen, pastu tidur... Bila ibu balik kerja, Adam mesti manja2 dulu dengan ibu. Adam mesti nangis sebab nak ibu tidurkan Adam, padahal boleh jer tidur sendiri guna buai eletrik tu... Nenek mak selalu cakap Adam ni pandai cari akal.. hihi... yang buat ibu rindukan Adam, ibu rindu bila Adam tengok mata ibu setiap kali menyusu... Ibu tak tahu nak cakap macam mana perasaan ibu masa tu sayang... yang penting, ibu nak Adam tahu yg ibu sayang sangat2 kat Adam. Adam cinta hati ibu dengan papa...


Adam - 57 hari (>___<)

Sejak dari mengandung - berpantang.. sampai sekarang (menyusu), ibu ambil supplemen Shaklee.. Sebab ibu nak Adam membesar dengan sihat... ibu nak Adam dapat khasiat terbaik dari susu ibu... Ibu ambil Nutriferon sebab ibu nak imun sistem Adam kuat... ibu makan OmegaGuard Shaklee sebab ibu nak Adam jadi budak bijak... Alhamdulillah, susu untuk Adam pun banyakkk. Doakan ibu dapat susukan Adam sampai umur 2 tahun ye sayang...dan dengan Shaklee juga ibu akan berhenti kerja duduk rumah jaga Adam... ibu nak buat Shaklee fulltime dari rumah semata-mata kerana Adam... Love u sayang <3



>> Retire young with Shaklee << 


Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 


*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

2 comments

Write comments
IMaH
AUTHOR
September 20, 2013 at 1:37 PM delete

Alhamdulillah..Tahniah dah dapt baby comel!

Reply
avatar