Bayi kerap menyusu tanda susu tak cukup?

1:28 PM 0 Comments A+ a-

Terbaca entri ni dari blog Kedai Tripple S berkenaan seorang ibu mengadu tentang masalah penyusuannya...

Anaknya berusia 2 bulan. Kata si ibu, bayinya terlalu kerap menyusu sehingga ibu berasa tertekan sebab ingat susunya tak banyak dan tak cukup untuk bayinya.
Si ibu cuba pam pula untuk melihat berapa amaun yang boleh didapati. 1oz! Ouh ibu sangat kecewa, susu saya sikit katanya. 
"Dia ni kejap-kejap nak menyusu, kalau siang gap dalam 1 1/2jam - 2jam, kalau malam pulak gap dalam 2-3jam.. saya risau la, susu saya ni ada ke takde sebenarnya"
Ok ibu, jangan tension ye. Jom kita baca dulu artikel ni. Menurut artikel di http://breastfeeding.about.com,

On average, a breastfed newborn eats approximately every 2 to 3 hours around the clock. This is about 8 to 12 times in a 24-hour period. Babies have little stomachs and breast milk is easily digested, so feed your baby often. The recommended way to feed your breastfed baby is on demand.
Jadi, adalah normal jika bayi anda menyusu dalam tempoh sebegini. 2-3 jam sekali dalam masa 24jam, 8-12kali penyusuan sepanjang hari. 
 
Jadi ibu tak perlu bimbang kerana ini adalah normal. Dan sebenarnya susu ibu sangat mudah dihadamkan dan perutnya juga tak besar mana. Sebab itulah bayi mudah kembali lapar. Jangan samakan bayi macam kita golongan dewasa yang makan 3-4kali sehari sahaja ye.





Jadi, ibu perlu hentikan kerisauan anda. Susukan bayi mengikut permintaannya. Insya allah, semakin kerap penyusuan berlaku, semakin banyak susu dihasilkan oleh tubuh.
Dan berkenaan hasil perahan yang cuma 1 oz tadi tu.. cuba ibu bayangkan, anak ibu menyusu setiap 2jam.. lepas tu ibu pam dan hasil perahan cuma 1 oz.. tahu tak kenapa?

Sebab lebih banyak susu dah masuk ke dalam perut bayi. Jadi sebenarnya apabila ibu mengepam selepas anak menyusu dan masih mampu mendapat 1oz, ia dikira sebagai banyak. Dan biasanya tujuan mengepam susu selepas sesi direct feeding adalah untuk benar-benar mengosongkan payudara. Kalau ibu konsisten melakukan rutin begini, percayalah bila ibu dah mula bekerja nanti, susu akan terhasil dengan meriah. 



_________________________________

Info ni Fai copy paste bulat-bulat jer dari blog beliau. Hihi... Thanks dear untuk info ni.. Info yg sangat berguna untuk momma to be macam Fai... :-)



Nak jayakan penyusuan dengan Shaklee? Feel free to PM Fai ya... 


Fai CeritaCinta 
Shaklee ID : 852741 
HP & Whatsapp : 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)