Adakah selamat untuk makan mi segera semasa hamil?

9:49 AM 1 Comments A+ a-

Tertarik dengan artikel dari babycenter.com ni... Ibu hamil ni kadang2 tekak terasa nak makan mi segera (maggie)... Boleh ker makan maggie? Selamat ker untuk baby? Jom baca apa kata Dr Patricia Kho...



Mi cepat masak adalah sejenis makanan "segera" - sangat senang dan mudah untuk disediakan (apa yang anda perlukan hanyalah air panas!). Ianya boleh membantu meredakan perut yang mual, rasaya agak sedap dan harga sangat berpatutan juga. Walau bagaimanapun, sehidangan mi segera bukanlah makanan yang seimbang. Kandungannya hanyalah kanji, garam yang banyak dan monosodium glutamat (MSG). Ada sesetengahnya diperkayakan dengan vitamin A.

Tetapi, mi segera tidak seharusnya dimakan secara berasingan sebab ia kurang kandungan protein, vitamin, mineral, sayur-sayuran dan serat. Ia juga tersangat masin dan mungkin boleh menyebabkan
hipertensi jika anda memakannya dari hari ke hari.

Secara umum, mi segera adalah selamat untuk dimakan selagi dilakukan secara sederhana.


Jika anda terasa hendak makan mi segera, pertimbangkan tip-tip ini:


  • Tambah hanya separuh atau kurang daripada separuh perasa yang terdapat di dalam paket untuk mengurangkan pengambilan garam.

  • Tambah ramuan lain seperti telur rebus, ayam masak, udang, bebola ikan masak, bebatang ketam, sayur-sayuran berdaun hijau seperti sawi, bayam atau siew pak choy, atau sayur-sayuran lain seperti lobak merah.


Disemak oleh penulis-bersama Asian Parenting Today Jennifer Hor, seorang pendidik antenatal dan Parent Craft yang juga pakar dalam penyusuan ibu dan isu-isu lain berkaitan bayi sihat
. Dr Patricia Kho adalah seorang pakar ob-gyn yang menjadi konsultan untuk beberapa hospital di Filipina.

_______________________________________________

Kalau sesekali nak makan tu boleh. Takpe... Tapi ikutlah tips2 yg Dr Patricia Kho dah bgtau kat atas tadi. Semoga artikel ni bermanfaat buat ibu2 yg sedang hamil  :-))



Ingin dapatkan konsultasi tentang suplemenyg sesuai diambil sewaktu hamil? Feel free to contact Fai ya.. I'm more than willing to help (>___<)


Fai Shaklee 
Shaklee Independent Distributor 
ID Shaklee : 852741 
HP: 019-7428120 
Email: nnurfairuz@gmail.com 

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)