Pilihan vitamin untuk ibu menyusu... (Set Menyusu Shaklee)

5:10 PM 3 Comments A+ a-

Entri ringkas ni ekslusif untuk ibu2 yg tercari2 suplemen yg boleh membantu mereka menjayakn penyusuan. Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. Susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang dan membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat dan sangat kurus. Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.


Family Wellness Set - Supplemen Asas untuk permulaan yang SIHAT...
Untuk membantu memilih set penyusuan yang sesuai boleh tengok di bawah ni...



Family Wellness Set + Alfalfa + Ostematrix (Breastfeeding Optimum)  


KaK Farihah, Fai share pic ni ye ^_^



Set ni sesuai untuk siapa?
  1. Ibu yang ada masalah susu merudum/masalah penyusuan
  2. Ibu yang ingin menyimpan stok
  3. Ibu yang ingin relaktasi
  4. Ibu yang tidak ada masa untuk memenuhi keperluan nutrisi harian
  5. Ibu yang selalu keletihan, wajah kusam dan stress

Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Relaktasi / induce relactation >> contohnya ibu telah berhenti menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama2 tips yang Fai bagi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha!
 


Family Wellness Set + Ostematrix (Medium)

Lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. 

Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. 

Apa yang menarik dengan Set ini? Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu dan alah kepada laktose. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.




Family Wellness Set (Basic)

Untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata.

Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. B Complex lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus kepada imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala ESP sebagai perangsang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

Sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.


 

Utk menjayakan penyusuan.. CHEKCLIST yg lengkap dlm menjayakan penyusuan adalah gabung
  • Tubuh yang sihat
  • Supply Vs Demand (kene kerap pam)
  • Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak. Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  • Istiqamah iaitu konsisten.



1-2minggu awal mkn suplemen ni kene teruskan kerap pam.. pam setiap 2-3jam sekali. Air pastikan minum sehari minimum 2.5-3liter... Apa2 pun kene kerap pam. Awal2 pam ni takkan terus mencurah., ianya untuk merangsang sahaja...




BONUS yang anda akan dapat jika membeli set ni dengan Fai??
  • Jadual makan istimewa
  • Tips boost susu
  • Konsultasi nutrisi & penyusuan sepanjang masa

  



Anak adalah anugerah terindah... Susu ibu melengkap ikatan kasih sayang antara ibu dan anak... ^__^







Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Tips cepat hamil dengan GLA Complex Shaklee

1:11 PM 1 Comments A+ a-

"Dah berisi ker?"
"Bila nak dapat anak?"

Bagi yg dah berkahwin lebih dari setahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata mesti sedih kan bila ada orang yg tanya macam ni?? Bila tengok kawan2 kita yg kahwin lambat dan mereka dah dikurniakan cahaya mata lebih awal, lagi la bertambah2 sedih. Boleh bersedih, tapi JANGAN lama2… Eh, ni bukan entri sedih tau. Sekadar nak berkongsi. Jangan sedih2... Ada lagi ramaiii orang kat luar tu yg kahwin dah berpuluh2 tahun tapi mash belum dapat anak. Bagi Fai, biarlah apa orang nak cakap. Yang penting kita happy... Teruskan usaha, mohon padaNya dan tawakal. Allah yg menciptakan kita, DIA yg lebih mengetahui apa yg terbaik untuk kita. Setiap yg terjadi ni PASTI ada hikmahnya. Allah uji kita kerana DIA nak kurniakan kita yg terbaik. Yg penting kita YAKIN dgn kekuasaanNya… InsyaAllah…

Jom kita tengok apa kaitan GLA Complex Shaklee ni dengan kesuburan (untuk cepat hamil)…





Bagaimana GLA Complex membantu anda untuk cepat hamil?

GLA (gamma linolenic acid) menurunkan kolesterol dan ia membantu melegakan sindrom pra haid (PMS) seperti senggugut, dan membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Ia juga membantu dalam melegakan kesakitan dan kekejangan kerana GLA ditukarkan kepada prostagdalin E1.

Bagaimana GLA Complex membantu dalam PMS (senggugut)? Ini kerana, apabila seseorang mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan pada otot dalam rahim dan sekitarnya. Menurut kajian, keadaan ini berlaku apabila tubuh seseorang kekurangan GLA (gamma linolenic acid) itu tadi. Jadi sebagai memenuhi GLA yang kurang tadi, pengambilan GLA complex adalah perlu.

Bagaimana GLA Complex membantu untuk cepat hamil

GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna putih telur. Cecair yg subur akan kelihatan jernih, licin dan anjal. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada can sebab sperma masih ada di situ sampai hari ke-5 ^__^

Jika anda masih belum dikurniakan rezeki anak, cuba periksa cecair serviks anda. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan, kering… itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Penting untuk kita mengenali ‘cecair kesuburan’ kita ni.

Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA complex??

Jawapannya tidak, GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tapi kalau dah subur tu takdelah sampai sebulan 2-3 kali bertelur ^_^




Masalah lain berkaitan kesuburan boleh ke website Pakar sakit Puan, Dr Hamid Arshat





Sharing is caring!



 










Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 







* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Erti Syukur

9:53 AM 1 Comments A+ a-

Banyakkk sangat perkara yg terjadi kebelakangan ni yg mengajar diri ni SENTIASA BERSYUKUR... Walau sebesar mana sekalipun pemberianNya, bersyukurlah... Manusia ni sentiasa alpa, bila dah terjadi sesuatu perkara baru ingat nak bersyukur. Astarghfirullah...Semoga kita semua terhindar dari sifat seperti ni... Sori ye semua, Fai memang tak sempat nak singgah ke blog anda, insyaAllah sehari dua ni Fai akan singgah ye... Terima kasih kepada yg sudi singgah walaupun blog ni dah lama tak "berupdate", hihi... Sayanggg semua, muahhhh! ^_^

 

Erti Syukur

Album : Satu Tekad
Munsyid : UNIC
http://liriknasyid.com

Lafazkan kalimah syukur
Lafazkan kalimah itu
Alhamdulillah...

Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Pemurah-
Tak kan terbalas walaupun sebesar zarah

Kenikmatan yang bertandang
Terkadang tidak dihiraukan - Lepas dari pandangan -
Dan bila hilang barulah dikesalkan

Adakalanya aku hanyut
Adakalanya aku lupa
Adakala aku leka
Ampunilah...
Kerana ku manusia
Lemah dan tidak berdaya di sisiMu
Seringkali terlupa nikmatMu
Datang tiada jemu
Bila terhimpit mulalah
Mencari dan menyebut namaMu
Barulah merasai makna sebenar erti syukur
Syukur atas rahmatMu

Adakala ku hanyut
Adakala ku lupa
Adakala ku leka dan adakala ku alpa
Kerana ku manusia
Lemah dan tak berdaya
Seringkali terlupa nikmat yang Kau kurnia
Ku bersyukur ya Tuhan
Segala pemberian
Walau luas lautan
Bukanlah perbandingan
Ku tingkat keimanan
Ku gilap ketaqwaan
Sebagai perlambangan
Terima kasihku Tuhan

Onak duri kehidupan
Jatuh bangun sendirian
Ada hikmah yang tersimpan
Yang menguji iman

Bersyukurlah selalu
Sentiasalah redha dan menerima
Tiap ujian tiba bukan diminta
Sebaliknya Allah Maha Mengetahui

Kan ku bertasbih selalu
Bertahmid berzikir padaMu
Sebagai tanda ku nilai
RahmatMu Tuhan

Aku bersyukur Ya Allah
Segala pemberianMu pada ku
Seluas lautan pun bukanlah jadi ukurannya
Memang tiada bandingan
Segalanya yang ku kecapi
Adalah milikMu Ilahi -Tuhan Maha Permurah-
Bukan miliku pinjaman sementara
Syukur Alhamdulillah

Sesungguhnya solatku,
Amalku, hidupku, matiku
Kerna Allah yang satu
Kuserahkan segala harta jiwa dan raga
Sebagai tanda cinta
KepadaMu yang Esa
 
 
 
 
 
 
 

Testimoni: Jemput tumpang rasa teruja mereka

5:10 PM 4 Comments A+ a-

Kenapa entri blog Fai ni lebih banyak cerita tentang penjagaan kulit?? Tentang suplemen untuk penjagaan kulit muka??

Dulu fai pun ade masalah juga dgn kulit muka… Terlalu berminyak. Hidung ni memang banyakkk sgt minyak,sampai nampak mcm berpeluh2. Tak boleh kena panas sikit. Nanti habis penuh muka dgn minyak. Ingat lagi masa zaman sekolah, Fai selalu cakap sendiri, “tak ada ker produk untuk hilangkan minyak kat muka dgn hidung aku ni?” Jerawat pula suka tumbuh kat dahi. Benci betul rasanya. Hobi Fai dulu, SUKA sangat tengok produk2 kecantikan kat katalog2 dan beli. Tapi bila dah beli, ada yg TAK SERASI. Kulit muka sampai merah gatal2. Nak diikutkan macam2 yg Fai dah cuba… S*****u T****i, O**y, L****l... mcm2 lagi la… TAPI, semuanya tak berkesan untuk mengurangkan minyak dan jerawat…

Alhamdulillah Allah bukakan hati untuk cuba suplemen shaklee ni. Secara jujur, fai memang puas hati dgn kesannya. JERAWAT memang dah TAK ADA langsung. Time nak period satu jerawat pun tak keluar... Alhamdulillah, memang sangat2 bersyukur... Muka pun dah tak berminyak, yg paling ketara bila berjemur muka ni memang TAK BERMINYAK macam dulu lagi. Minyak kat hidung ni pun dah tak ada… Self confident pun makin bertambah...

Sebab tu lah Fai lebih fokus tentang vitamin untuk penjagaan kulit muka ni kat blog. Sebab Fai memang nak share dgn semuaaa org. Setiap kali ke pasaraya atau mana2, bila terserempak dgn org yg ada masalah kulit muka, Fai hanya mampu cakap dalam hati “kalaulah aku boleh bagitahu diorg tentang kebaikan skin care Shaklee ni, alangkah bagusnya”… Ya! Kalau boleh, memang fai nak suruh semuaaaa org try suplemen shaklee ni. Hihihi… Tapi takkan lah Fai nk paksa2 pulak kan. Apa yg Fai boleh buat, cuma berkongsi tentang kebaikannya dgn semua org. Berkongsi di blog, berkongsi di FB, mouth to mouth… Then terpulang la samada org tu nak cuba atau tak...

Niat Fai menulis ni, BUKANlah nak memberi testimoni atau claim yang melampau… Tapi, Fai benar2 ikhlas ingin membantu… I'm more than willing to help ^__^

Semoga testimoni2 kat bawah ni boleh membantu anda, memberi peluang untuk diri anda mencuba sesuatu yang baik… InsyaAllah dgn izinNya…



Majoriti feedback yg kami terima… Jemput tumpang rasa teruja mereka  ^__^














credit to genkimomma







Vitamin untuk penjagaan kulit muka... Sentiasa kelihatan cantik... Berseri... Bebas jerawat... Awet muda....


Kulit muka bebas jerawat, semakin gebu, licin dan “flawless’ dengan ESP (soy protein) Shaklee…











Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 










* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Vitamin sintetik dan vitamin semulajadi... Mana satu pilihan anda...

4:08 PM 0 Comments A+ a-

“Alah, vitamin mana2 pun sama aje. Mahal ke, murah ke, yang free lagi baik!”
“Vitamin sintetik ke, semulajadi ke, sama je jenis vitaminnya..”
“Yang vitamin semulajadi tu sama je buatnya dengan vitamin biasa”
“Makan je vitamin apa2..”
“Kalau vitamin sintetik tu tak bagus, mesti lah diorang tak jual”

Sebenarnya, tanggapan di atas adalah tidak betul sama sekali. Tak bagus maka tak jual? Saya nak tanya, rokok tu bagus ke? Kenapa merata2 kedai jual rokok?

Ramai antara kita tak dapat appreciate kepentingan vitamin semulajadi dan bahaya vitamin sintetik, mungkin sebab kita tak tahu pun vitamin tu ada yang sintetik, ada yang semulajadi.

Macamana nak faham perbezaannya?

Sebelum tu, vitamin ni boleh dibahagikan kepada 3 kategori: sintetik, organik & semulajadi.

Analoginya seperti dalam gambar.


 
Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau.

Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?


 
Dapatkan VITAMIN SEMULAJADI anda hari ini! ^__^













Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 







 * These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Tips Untuk Ibu Yang Mengepam Secara Eksklusif

1:12 PM 5 Comments A+ a-

Khas untuk ibu2 menyusu, especially ibu2 baru dan bakal ibu... Semoga ianya bermanfaat kpd semua. Hasil perkongsian di blog MamaQairen


(1) Jenis Pam Yang Sesuai


ihsan Google

Agak subjektif sikit bila bercakap tentang pam yang sesuai. Masih ramai ibu exclusive pumper (EP) yang menggunakan pam manual sahaja.Tapi secara peribadi mama mencadangkan pada anda (jika ada rezeki lebih) investlah dalam pam yang mahal sikit. Lebih baik gunakan pam elektrik dan pada yang sama mama nasihatkan anda membuat double pumping. Contoh pam yang ada dipasaran seperti Ameda, Medela Freestyle, Spectra dan sebagainya.

Kenapa mama katakan begitu, ini kerana bila anda pam kiri dan kanan secara serentak, maka kedua - dua belah payudara akan mengeluarkan susu. Maka lebih cepat dan banyak kita dapat kumpul stok kan?

2) Mula Mengepam!

AWAS: Jika anda baru melahirkan anak, mulakan dengan memberikan bayi susu di payudara anda. Anda akan mendapati breast masih ‘kosong’ dan susu badan ‘tiada’. Sebenarnya ia sedang mengeluarkan cecair likat kolostrum yang tidak mengalir tapi keluar bila dihisap oleh bayi. Biar bayi anda hisap untuk meransang pengeluaran susu tersebut.

Kecuali kalau baby masuk SCN/NICU, susukan bayi anda sekerapnya.
Bagi ibu2 yang tidak dapat menyusukan bayi secara direct di awal kelahiran, anda perlu mengepam sebanyak 8-12 kali sehari, atau 2-3 jam skali dalam masa 24 jam untuk establish-kan supply susu ibu.

Anda boleh pam selama 15 minit (atau lebih, bila dah tak keluar susu lagi) dan akhiri dengan marmet (mengepam dengan tangan). Kaedah Marmet dikatakan kaedah terbaik untuk mengosongkan payudara. Mengepam dan memerah menggunakan tangan (bersama2) adalah cara terbaik untuk meningkatkan pengeluaran susu (bagi ibu EP).

Selain itu, ada lagi satu cara yang agak berkesan iaitu anda 'membantu' meransang payudara anda dengan cara anda gentel nipple anda selama beberapa minit. Biasanya selepas 1-2 minit susu akan mula keluar. Dengan cara ini ia memudahkan lagi untuk anda mengepam.

3) Nipple Cream

Lumrah bagi ibu yang menyusu akan merasa sakit pada bahagian puting susu, merekah, luka dan sebagainya. Terutama pada awal kelahiran, ini kerana setiap hari, siang malam kita pam susu atau cara hisapan bayi anda tidak betul. Jadi apa nak buat? Anda boleh guna nipple cream yang sesuai dan sapu selepas pam susu, bukan sebelumnya ye!!

Susu ibu juga boleh digunakan. sapukan susu ibu pada nipple dan biarkan kering.


4) Menyimpan Susu Perahan

Stok susu adalah sangat penting kepada ibu EP, kerana itu sajalah sumber dan back-up yang ada untuk bayi. Kena ingat demand bayi kadang2 berubah, bila dia mengalami growth spurt, kurang sihat, mungkin mengurangkan/menambahkan permintaan dia terhadap susu.

So, untuk stok susu ibu boleh gunakan tips ini:
  • tandakan tarikh dan masa mengepam pada botol susu : Supaya kita dapat tahu sampai bila kita boleh gunakan susu tersebut.
  • tandakan kalau anda ada mengambil ubat pada hari2 tertentu : Misalnya 31/1/2012 ada demam & makan antibiotik. Tandakan yang anda ada ambil antibiotik, so di suatu hari bila baby minum susu yang tarikh 31/1/2012, dan kalau baby lain macam, mungkin sebab kandungan antibiotik dalam susu anda. Itu contoh la.. kalau makan makanan2 yang pedas ke, berangin ke, tandakan juga.. so kalau baby lain macam bila minum susu tu, kita mungkin boleh suspect sebabnya.

5) Membersihkan Alatan Mengepam

Disebabkan penggunaan yang tegar, anda tak perlu nak basuh & sterile setiap kali lepas pam. Steril yang wajibnya masa mula2 beli pam & botol, sebelum guna kena steril dulu. Tapi lepas tu memadai cuci dengan pencuci yang sesuai (bebas fosfat, triclosan, etc!). Dan untuk EP mom, boleh gunakan bekas kedap udara atau ziplock bag, then masukkan dalam fridge. Sebelum simpan lap dulu sisa2 susu.
Di pejabat, lepas pam anda simpan corong pam di dalam cooler beg sahaja.


PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN:
  • Ponteng sesi mengepam. ohhh ini disaster! Jangan sesekali ponteng!!
  • Tak jaga makan minum
  • Pakai bra yang ketat
  • Tak cukup tidur
  • Stress
  • Ambil pil perancang yang kurangkan susu (noriday sahaja yang boleh ye!!)

TIPS MAKSIMUMKAN SUPPLY SUSU IBU:
  • Makan mengikut keperluan ibu menyusu, extra kalori, extra protein, extra kalsium, extra water, etc.
  • Rehat secukupnya
  • FIkiran positif
  • Mendapatkan supplement agar badan sentiasa fit
  • Buat urutan pada breast
  • Tengok muka/gambar baby & lahirkan perasaan sayang
  • Tuam payudara
  • Buat power pumping
  • Double pumping+marmet


Akhir sekali, dapatkan sokongan dari suami, keluarga dan rakan2 yang boleh terus memberikan motivasi. Ramai ibu EP yang berjaya menyusukan anak mereka sampai 2 tahun.. malah ada yang sampai 4 tahun, walaupun mereka bekerja! Set dalam fikiran kita SUSU AKU CUKUP UNTUK ANAK AKU.

Bayi yang minum susu ibu ni pada 6 bulan pertama sahaja mereka sangat kerap menyusu. Bila dah berusia 6 bulan keatas mereka dah mula kurang, lepas 1 tahun lagi kurang sebab mereka dah mula makan macam - macam.

InsyaAllah, teruskan pam dan berdoa kepada Allah. Anda mesti boleh! ^_^



Thanks MamaQairen for this info! ^_^















Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Kesihatan adalah anugerah hidup hari ini...

1:03 PM 0 Comments A+ a-

Pernah tak anda mengalami situasi seperti di bawah?



Amna (bukan nama sebenar) telah pergi membuat rawatan di sebuah klinik pakar. Doktor mengesahkan beliau menghidap penyakit “A” yg agak kronik dan doktor telah menyarankan agar beliau mendapatkan sejenis antibiotik “X” di farmasi untuk merawat penyakitnya.

Jika kita berada dalam situasi Amna… Adakah kita akan cakap macam ni sewaktu di farmasi??
“Penyakit saya ni agak teruk. Tapi saya nak kan antibiotik paling murah yg boleh merawat penyakit ni”

Mestilah tak kan?? Apa yg kita akan cakap kalau kita berada dlm situasi Amna?… Mostly kita akan cakap macam ni…
“Saya tak peduli, walaupun antibiotik tu mahal saya akan beli. Yang penting penyakit saya ni sembuh”

________________________________________


Betul takkk?? Mesti kita akan cakap macam tu… Bila dah sakit, yg ada dalam pemikiran kita 1 jer… Nak penyakit tu cepat sembuh... Tak kisah la betapa mahal sekalipun harga ubat tu, kita tetap akan bayar… Kan2?? 




Macam tu jugalah Fai sebelum kenal Shaklee. Langsung tak ada kesedaran tentang kepentingan suplemen. Alhamdulillah, Allah bukakan hati untuk mencuba suplemen Shaklee. Sejak jatuh cinta dgn Shaklee, ubat2 klinik langsung dah tak pernah sentuh. Demam pun sikit2 jer, tak seteruk dulu. Bila keluarga sihat, hati pun senang. Suami pun bertambah sayangggg… Fai percaya untuk nampak cantik, kita perlu bermula dari kecantikan dalaman… dannn yg paling penting, untuk kelihatan cantik 30 tahun akan datang, ianya bermula HARI INI… InsyaAllah…


Fai tak boleh jamin anda akan sentiasa sihat dengan Shaklee, tapiii insyaAllah Fai boleh bantu anda untuk memperbaiki taraf kesihatan kepada yg lebih baik. InsyaAllah ^_^


Tak salah jika kita peruntukkan sedikit wang untuk melabur dalam membeli suplemen yg berkualiti, sebab Fai percaya harga yg kita laburkan tu setanding dgn manfaat kesihatan yg bakal diperolehi. Bukan sahaja kita dapat meningkatkan taraf kesihatan, kita juga dapat menikmati ANUGERAH KEKAYAAN hidup hari ini… 



Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan Muslim daripada Amru bin Maimun R.A., pada suatu hari Rasullullah S.A.W telah menyampaikan pengajarannya kepada seorang lelaki, dengan sabdanya yang bermaksud: 

“Rebutlah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara yang lain, iaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum jatuh papa, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datang saat kematian.”





Peringatan untuk diri sendiri juga... Semoga ianya bermanfaat kepada semua ^_^









Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)