Pilih beg tangan ikut bentuk badan...

10:19 AM 5 Comments A+ a-

Mungkin ramai wanita yang tidak mengetahui tentang tips penting ini kerana rata-rata wanita membeli beg tangan hanya kerana terpikat dengan faktor luaran tanpa memikirkan kesesuaian dengan bentuk badan. Fai pun macam ni juga. Belek2, bila dah suka jer terus beli... Tak pikir pun beg tangan tu sesuai dengan bentuk badan atau tak... Hihi...

Tahukah anda bahawa perkara ini juga perlu diambil kira? Jommm ikuti tip berikut sebelum membuat keputusan membeli beg tangan... (^_^)


Panduan memilih beg tangan mengikut susuk dan bentuk tubuh:





Bentuk tubuh jenis pear
  • Selalunya mereka akan besar di bahagian punggung (pinggul yg lebar) dan kecil di bahagian dada.
  • Perlu mengalih perhatian ke bahagian atas. Justeru itu, beg tangan dgn TALI PENDEK sesuai utnuk anda. Beg bertali pendek melindungi dada anda yg kecil. Ia juga memberikan keseimbangan pada bentuk badan.

Bentuk tubuh jenis apple
  • Akan kelihatan kurus di bahagian punggung ke bawah, namun mengalami masalah besar di bahagian atas.
  • Sebaiknya gunakan beg tangan yang tergantung di paras pinggang seperti beg silang atau beg bimbit supaya dapat memberikan keseimbangan kepada tubuh badan anda.
  • Beg tangan yg TALInya PANJANG sedikit sesuai untuk bentuk badan apple untuk mengelakkan badan nampak terlalu penuh di bahagian atas. Dgn tali yg panjang seidikit, ia dpt menutupi kekurangan bahagian atas yg besar dari yg bawah.




Bentuk tubuh jenis hour glass
  • Jenis ini sempurna, nampak seimbang di bahagian atas dan bawah serta pinggang kelihatan ramping.
  • Wanita berbentuk badan ini sgt beruntung kerana boleh menggayakan semua jenis beg.
  • Tetapi anda tidak perlu terlalu yakin. Terdapat beberapa perkara yang harus difikirkan sebelum anda memilih beg tangan seperti corak, bentuk, gaya dan warna. Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri2 yg paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yg sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yg terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
 



Bentuk tubuh jenis petite
  • Selalunya wanita yang bertubuh KURUS memiliki bentuk badan seperti ini. Beg jenis lebar dan clutch juga boleh dikenakan pada pemilik yg mempunyai tubuh begini.
  • Jgn sesekali suba menggayakan beg tangan yg bertali pendek kerana ianya akan menampakkan lagi bentuk badan anda yg kecil.
  • Beg berbentuk bulat atau ala-ala bulat sesuai untuk wanita yang memiliki bentuk badan jenis ini. 
 



Bentuk tubuh jenis slim athletic
  • Kalau wanita yg aktif bersukan biasanya ukuran dada, pinggang dan pinggul mereka sama sahaja.
  • Sama seperti wanita yg memiliki tubuh jenis petite, beg berbentuk bulat atau ala2 bulat sesuai juga untuk wanita yg memiliki tubuh bentuk jenis slim athletic.
Gambar di atas semua ihsan en.google... Tengok gambar handbeg yg cantik2 ni tiba2 pula rasa nk beli handbeg. Last Fai beli handbeg sebelum nikah tahun lepas... Dah setahun lebih ni tak beli hndbeg baru... Ermmm, esok cuti nak pi usha2 la... SELAMAT HARI BURUH kpd semua yg sudi singgah sini dan masih bekerja. Enjoy your holiday!  ^_^

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

5 comments

Write comments
IntaNBerliaN
AUTHOR
April 30, 2012 at 4:17 PM delete

info yg sgt bagus ni.. sbb mmg sy beli selalu ni pun sbb minat.. xpnh lak sbb ikut bntuk bdn.. :-)

Reply
avatar
MamaEma
AUTHOR
April 30, 2012 at 4:41 PM delete

ema suka yg jenis besar-beasr tali pendek..sebab boleh sumbat segala keperluan anak..ngeh3x..

Reply
avatar
April 30, 2012 at 6:53 PM delete

Akak memang suka beg tali pendek..rupenye memang sesuai utk bdn bentuk pear ye..(akakla tu..heheh)

Btw, pegi kuantan aritu patutnye 3 jam je. Tp bl bwk keta sendiri..cmpur berhenti rehat dh jd 4 jam lebih..:-P

Reply
avatar
Alycia
AUTHOR
May 1, 2012 at 12:23 AM delete

salam kenal.. tq for sharing this ;)

Reply
avatar
May 1, 2012 at 5:15 PM delete

hehe yg tau minat beg tangankedua dari baw
h kiki

Reply
avatar