Petua awet muda...

5:58 AM 2 Comments A+ a-

Siapa yang taknak kelihatan muda kan?? Semua orang nak kelihatan cantik dan awet muda. Selain jaga pemakanan, makan suplemen, pakai toner - moisturizer - compact powder dan sebagainya... Kita juga tak boleh lupa untuk memohon kepadaNya... Mungkin ramai yang dah tahu mengenai petua ni... Petua awet muda dari Ustazah Fatima Az zahrah. Petua ni ayah jumpa di internet, ayah bagi pada Fai sejak sebelum kahwin... Happy reading... ^_*

Cara Pertama:
 
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri kita & utk kebahagiaan rumahtangga kita.


Thanks Princess Diaries untuk ayat ni...


Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

 


Cara Kedua:
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :
  • Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
  • Baca ” Ya Nur ” 1x
  • Baca ” Ya Hadi ” 1 x
  • Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.




Semoga mendapat manfaat... ^_^





Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

2 comments

Write comments
LYAfrina
AUTHOR
March 15, 2012 at 7:31 AM delete

petua y mudah... n paling sng nk diamalkan..

Reply
avatar