Petua atasi masalah mata sembap dan hitam

1:34 PM 1 Comments A+ a-

Mata sembap, lingkaran hitam bawah mata atau letih tidak bermaya, sering kali berlaku pada mereka yang meghadapi masalah kurang tidur atau tidak mendapat rehat secukupnya. Masalah ini bertambah teruk apabila anda menghidap selesema. Ia secara tak langsung mengganggu penampilan diri terutama bagi yang banyak masa di luar dan bertemu dengan ramai orang. 
 
Tip ringkas ni ni Fai ambil dari Info Sihat Mingguan Wanita... Bahan-bahannya senang jer, semua ada di  dapur rumah kita... Selamat mencuba!

Kentang
Kupas kentang terlebih dahulu dan biarkan ia kering sebelum diparut. Ambil parutan kentang dan bungkus dengan kain, lalu letakkan pada mata... Tapi fai tak parut... Fai hiris nipis2 jer kentang ni dan biarkan 10-15minit pada kedua2 mata...


Garam

Ambil setengah sudu teh garam dan tambahkan ½ iter air. Celup putik kapas pada larutan garam dan sapukan pada mata.


Uncang teh

Celup dua uncang teh ke dalam air panas lalu angkat dan biarkan sebentar hingga suam. Kemudian letakkan pada mata dan tutup dengan kain selama 5-10 minit. Sebaiknya pilih teh hijau atau hitam. Kandungan kafein di dalam teh membantu mengurangkan masalah bengkak atau lebam pada mata.


Ketulan ais

Kaedah paling klasik dan kerap dilakukan terutama untuk mengurangkan bengkak di bahagian mata adalah dengan menekap ketulan ais yang dibungkus pada mata. Anda juga boleh mencuci wajah dengan air sejuk ketika mandi. Selain itu, anda turut boleh menggunakan sudu yang disejukkan. Letakkan sudu pada ketulan ais dan biarkan ia sejuk seketika. Ketika itu letakkan pada bahagian mata yang bengkak.


Timun

Timun tidak hanya baik untuk kesihatan, tetapi juga bermanfaat untuk mengatasi masalah pada mata. Kandungan astringent yang ada di dalamnya membantu untuk menghilangkan bengkak atau lebam pada mata. Letakkan timun yang dipotong ke dalam peti sejuk dan biarkan seketika. Setelah sejuk, ambil dan letakkan pada wajah. Biarkan mata berehat seketika.


Minum air putih

Maskipun cara ini tidak dapat menghilangkan dengan cepat bengkak pada mata, namun dengan memperbanyak minum air putih akan membantu mempercepat proses pemulihan.


__________________________________________________

Ada tak vitamin yg membantu mengatasi sembap bawah mata ni?? Mestilah ada.. Hehe... Paling basic anda hanya perlu ambil ESP (Energizing Soy Protein) dan Vitalea (Multivitamin)... Insyaallah akan dapat membantu kurangkan sembap bawah mata jika konsisten selama 90 hari dan makan vitamin ikut jadual yg betul... Eh, kenapa perlu konsisten 90 hari?? Untuk mendapatkan keserasian kerana sel badan kita hidup antara 90-120 hari. Dan..... Yg paling penting kita kena cukup tidur. Fai kalo tak cukup tidur pun mata nampak sembap juga... Hehe... (",)



Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling sesuai dengan anda. Anda juga akan diberikan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila membeli dengan Fai (",) 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

1 comments:

Write comments
mamaNoriz
AUTHOR
February 13, 2012 at 5:16 PM delete

vitelea tu multivitamin kan?
ia tak tmbah berat badan ke?
sbb takut makin byk kahsiat makin selera makan lak...hehehehe


Fai email akak kat mrs_royzam@yahoo.com.sg

yg dulu tu akak tak jumpa pun...huhu

Reply
avatar