Tips penyusuan supermodel terkenal Amber Chia...

7:10 AM 2 Comments A+ a-

Wahh, hari ni dah hari Jumaat. Penghulu segala hari. Rasa nyaman dan damai jer setiap kali tiba hari Jumaat... Hari ni Fai nak share tentang pengalaman Amber Chia yang diambil dari Majalah Pa&Ma. Semoga ianya memberi manfaat kpd kita semua ^-*


Statusnya yang terkenal sebagai supermodel yg sibuk dgn dunia peragaan tidak sesekali menghalang Amber Chia untuk menyusukan si manjanya, Ashton... Tiada rahsia besar yg disimpan Amber, apa yg diamalkan hanyalah menyusukan bayi sekerap yg mungkin. Amber percaya bahawa payudara yg sering dikosongkan berkemampuan untuk menghasilkan lebih banyak susu ibu... Jangan malas nak kosingkan payudara ya ibu2... Hihi... Sekadar coretan ringkas di pagi Jumaat sbb saya perlu menziarahi kubur arwah abah pagi ini... Hihi...



Tip penyusuan Amber Chia:
  1. Jangan tergesa2 sewaktu mengepam payudara. Lakukan dlm keadaan tenang agar pengeluran susu ibu berjalan lancar.
  2. Makan banyak ikan dan sayur-sayuran bagi menambah susu ibu.
  3. Jangan sekali berkata susu anda semakin berkurang! Tanggapan negatif itu tanpa disedari boleh menjejaskan kelancaran proses penghasilan susu ibu.
  4. Pam payudara sekerap yg mungkin agar lebih banyak susu terhasil apabila payudara sering dikosongkan.
  5. Gunakan breast shields yang boleh membantu anda menakung susu ibu yg meleleh.

 _________________________________


Kita perlu tahu konsep asas penyusuan ialah : Lebih kerap payudara dikosongkan maka lebih banyak susu yang dihasilkan TETAPI dengan SYARAT:

1.Si ibu sihat dan menjaga pemakanannya.
2.Si ibu memastikan pengambilan air secukupnya demi menggantikan cecair yang keluar untuk menghasilkan susu ibu.
3.Si ibu tenang, emosinya stabil dan BEBAS dari sebarang tekanan dalaman atau luaran [keluarga atau pejabat].
4.Elakkan berdiet kerana ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori.


 


Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

2 comments

Write comments
IntaNBerliaN
AUTHOR
January 20, 2012 at 2:35 PM delete

skrg ni mereka2 yg glamer pun dah ramai yg susukan ank kan. mmg tabiklah dorg :-)

Reply
avatar
Ms Fai
AUTHOR
January 20, 2012 at 3:00 PM delete

betul tu...harapnya fai pn mcm tu jgk satu hari nnti ;)

Reply
avatar