MRD dan U.S. RDA??? Apa beza antara kedua-duanya?? Jom kita tengok...

7:37 AM 0 Comments A+ a-

Hari ni Fai nak share sikit tentang penyukatan0penyukatan yg digunakan dalam label2 nutrien makanan tambahan (supplemen)... Fai ambil dari buku Dr. Bruce Miller "Bagaimana Memahami Label-label Makanan Tambahan"... Semoga ianya membantu anda di luar sana...

MDR (Minimum Daily Requirement) - sukatan lama yang bermaksud Keperluan Harian yang Minimum. MDR bertujuan menyatakan amaun minimum setiap nutrien yang jika dimakan dlm amaun yang kecil akan menghasilkan tanda-tanda kekurangan yang nyata. Bagaimanapun, pihak kerajaan yang menghasilkan konsep ini sedar akan betapa mustahilnya untuk menggambarkan kuantiti minimum ini dan ekoran itu telah membentuk satu sukatan am iaitu U.S. RDA

U.S RDA (United States Recommended Daily Allowance) membawa maksud Elaun Harian Yang Disyorkan oleh Amerika Syarikat. U.S. RDA direka oleh the Food Nutritional Board of the National Academy Sciences - National Research Council). Setiap lima tahun pakar-pakar ini akan mengkaji semula paras RDA seperti yang dicetuskan oleh bukti-bukti terbaru. Penyemakan terakhir dicetak dalam tahun 1980.

gambar sekadar hiasan



Kelebihan-kelebihan U.S. RDA:

U.S RDA direka khusus untuk diguna dalam penglabelan nutrien. Sebagai satu sukatan makanan yang piawai, U.S RDA mungkin merupakan sumber penting bagi diri anda. Jom kita tengok apa lagi kelebihan-kelebihan U.S. RDA ini...

  • Dengan menentukan peratus U.S. RDA, pengeluar yang tidak jujur dihalang menipu para pengguna dengan kuantiti pemakanan paling minimum.
  • U.S. RDA digunakan sebagai rujukan para pengguna untuk membandingkan nutrien-nutrien yang dibekalkan oleh keluaran-keluaran yang berasingan. 
  • Walaupun kebanyakan ahli pemakanan berpendapat jumlah U.S. RDA adalah terlalu rendah, keseimbangan nutrien U.S. RDA secara amnya adalah sesuai dan berguna sebagai piawaian untuk perbandingan.
  • U.S. RDA boleh menjadi sumber yang praktikal dan berguna sebagai asas perancangan makanan. Ramai orang dalam bidang pemakanan ini menggunakan senarai U.S. RDA sebagai titik permulaan lalu diberi amaun tambahan untuk menampung tablet diet, desakan kerja, kesihatan am dan keperluan fizikal, stres dan lain-lain faktor dan keperluan individu.

Diharap artikel yang serba ringkas ini dapat membantu kita semua dalam memilih makanan tambahan yang betul ^-*

Entri seterusnya insyaallah Fai akan sambung tentang kelebihan-kelebihan U.S RDA...


Hubungi Fai di 019-7428120| nnurfairuz@gmail.com untuk dapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, juga dapatkan tips dan cara pengambilan vitamin yang betul apabila anda membuat pembelian dari Fai. 



* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. (I'm Shaklee Independent Distributor)

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)