Hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia didalamnya...

10:31 AM 0 Comments A+ a-

Semalam Fai luahkan perasaan pada my dear sis... Beliau berpesan "Mulakan hari dgn doa..dengan memikirkan yg positif2.. dengan senyuman... Walaupun dalam hati berdebar2 atau sedang bersedih... Ujian, musibah, masalah hidup adalah lumrah kehidupan... semua pasti akan diuji dan Allah menguji bukan kerana Allah benci.. Tetapi kerana Allah kasih pada hambaNya. Kenapa? kerana Allah tidak akan sekali-kali menguji diluar kemampuan hambaNya. Hanya Allah yg tahu sejauh mana kekuatan kita semua..." Kata2 semangat inilah yang membuat Fai bangkit semula... 

Fai hanya nak berkongsi dgn anda entri yang beliau tulis khas untk Fai... Semoga ianya juga boleh menenangkan hati anda yang sedang bersedih...

"Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu..."



Apa yang ditetapkan untuk kita itu yang terbaik... Hanya kita yg perlu mengukuhkan dinding kesabaran kita.. "tidak akan datang kelapangan melainkan selepas kesabaran dan tiada kesenangan melainkan selepas kesusahan"...Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan apa jua ketentuan Allah swt. Aturan Allah itu yg terbaik. Yakin dan tenanglah wahai hati.. InsyaAllah....
 

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)