Makanan semulajadi untuk tambah susu ibu...

7:21 AM 4 Comments A+ a-

credit here and here ;)

9 jenis makanan penambah susu:

(1) Daun Alfalfa

Meskipun dalam set penyusuan tu ada pil alfalfa, tapi tak salah kalo nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni saya biasa jumpa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.



 
(2) Halba/Fenugreek

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu2 di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan. Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.
 
(3) Jintan
Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja 
(4) Kurma

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.
(5) Susu
Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.
(6) Keju

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’ saja kilang susunya ;)
 
 
(7) Tempe
Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakkan, malah memekatkan susu.
(8) Sayuran Hijau
Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.
(9) Lobak Putih
Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu. 
__________________________________________________________________
Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahuan dalam bidang penyusuan.
KERAP MENGEPAm: Setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama.
Doa untuk membanyakkan susu ibu:


Kredit kepada : http://doaayatdanzikir.wordpress.com


Zikir-zikir untuk membanyakkan susu ibu seperti YA MATIIN, Selawat dan sebagainya.
Dan ibu-ibu hendaklah selalu bertaubat, bersedekah, membersihkan hati dan berbaik sangka dengan si pemberi rezeki.

Terdapat banyak makanan tambahan semulajadi yang boleh membantu untuk menambah susu ibu... Perlukah saya ambil vitamin lagi?
YA! Perlu! Vitamin2 ni BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBANYAKKAN SUSU, tapi memberi tenaga, kurangkan kelesuan, mengurangkan stress dan lain2 lagiii… 
 
*Set penyusuan Shaklee lengkap dengan Protein (Natural Soy), 8 kumpulan vitamin B, Kalsium-Magnesium dengan Vitamin D, Multivitamin dengan Zat Besi, 500mg Vitamin C serta Alfalfa (milk booster semulajadi yang digunakan sejak dahulu kala lagi) *
Tak percaya??  Sila baca
 

Work at Home Mom. Fulltime Shaklee Independent Distributor Founder Project Shaklee Team (PST)

4 comments

Write comments
November 15, 2011 at 1:06 PM delete

seronok rasanya ble bnyk susu bdn kan? ;)

Reply
avatar
Ms Fai
AUTHOR
November 15, 2011 at 3:28 PM delete

hehe,mestilah kak... even fai belum pernah bf lagi, tpi fai seronok dgr customer2 bgtau susu diorg semakin byk dan pekat ;)

Reply
avatar
~ yus ~
AUTHOR
November 15, 2011 at 6:03 PM delete

tempe pun boleh tambah susu ya...hihi

Reply
avatar
IntaNBerliaN
AUTHOR
November 16, 2011 at 6:26 PM delete

halba n jintaan pun blh tmbahkan susu rupanya..

thanks ye bg info ni

Reply
avatar